rebonding.


Seorang pak imam terkejut melihat rambut anaknya yang kerinting bertukar menjadi lurus
"kenapa dgn rambut kamu tu" tanya pak imam
"rebonding ayah" kata anaknya
"apa rebonding tu?" tanya pak imam yg kurang faham
"diluruskan" jawab anaknye dgn selamber
" oooooo" pak imam angguk tanda faham


pak imam pun pegi ke masjid.....bila time solat.... sebelum angkat takbir....pak imam toleh ke belakang....
" safnya tolong rebonding ya "



^_^ like + share + comment ! :)

Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

Benda Bangang Yang Tak patut di Tanya.


*Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: "Tunggu bas ke?" 
*Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye" 

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: "Ko nak mandi ke?"
*Anda harus menjawab: "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?" 

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?" 
*Anda harus menjawab: "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri" 

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?" 
*Anda harus menjawab: Dgn nada yg lembut " eh jangan buat lawak kat sini la,kan aku tengah sikat rambut ni?


* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balik dari keje?" 
*Anda harus menjawab: "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis" 

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"
*Tak payah jawab: Peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia. 

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: "Eh citer melayu ke?" 
*Anda harus menjawab: "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X... ko tunggu jap nanti otromen kuar". 


credit: ciq kecik.
Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

HARAM KAHWIN SATU PEJABAT! (WAJIB BACA)

HARAM BERKAHWIN WANITA SATU PEJABAT ! !


mie: Aku nak kawin la Joi...
Joi : Dengan budak mana?
Mie : Satu pejabat...
Joi : Ish mana boleh kawin satu pejabat…haram tuh!
Mie : Eh, apasal lak haram? Ko ni da terikut ajaran sesat ke ape?
Joi : Aku pun alim gak la...aku pon ada dengar ceramah gak kat masjid..
Mie : Ok, bagitaw aku..sebab apa sampai jadi haram?
Joi : Islam suruh kawin paling ramai 4 orang je... kalau dah satu pejabat ada 20,30 org perempuan, tu kan ke haram..


haha# poyo kan? 

thank you for reading :)
Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

alhamdulillah, tempat kedua pertandngan menulis cerpen

hai..

entry ni sepatutnya ditulis minggu lepas. namun apakan daya, malas sangat nak menaip.

apappun maaf malas nak upload gambar hamper. macam poyo pulak rasa. apapun alhamdulillah sebab menang tempat kedua.  pertama??haha semestinya orang terpandai kat kolah.

NUR SYAFIQAH BT ABD RAHMAN.

tahniah2 ! payah la nak challenge dy nih:3 haha

what happened on the stage??
1. masa cg nak umumkan pemenang tu, aku langsung takready. dalam ertikata lain *taksangak nak menang*
2. dah umum kalot gelabah gabra semua ada. malu serrr nak p kat pentas tu susah sangat. (ramai)
3. masa ambik hadiah,mula2  pengetua bagi sampul (duit), pastu aku nak blahh tengok2 ada lagi. alamak hamper besor nya. makk aii taklarat weh nakpegang.

tu lah antara benda yang tak boleh blahh sangat tu. kah3. aku menang hamper dan duit. masih takbukak2 tuh. ada g atas almari. malas la nak bukak -_-----

dan dpaat duit sejumlah RM----. haha takyah tau la, tapi cukup la naak buat duit raya kan :)

apapun alhamdulillah, menaang. syukur, rezeki. bagi yang taktahu cerpen apakah itu? okay RUJUK SINI.
 okay taktau nak merepek apa dah.. bye uoalls. :)
Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

CERPEN : Untuk Terakhir Kali. (sempena ihya' ramadhan)


1.                    
Angin bertiup kencang sesekali membuatkan rambut Yasmien yang ikal dan lurus itu menggerbang.  Dia merenung kolam ikan yang dikelilingi batu-batu kecil itu sambil tersenyum meleret. Raut wajahnya tampak tenang meskipun tiada siapa yang tahu apa yang tersembunyi di dalam hati kecilnya.
“Assalamualaikum…”sapa Fikri dari arah belakang. Yasmien menoleh. Bibirnya menguntumkan senyuman manis. Fikri membalas sambil tangannya mengusap pipi Yasmien. Yasmien kelihatan sayu menerima usapan dari suaminya yang amat disayangi.
“Jantung hati abang ni  termenung di sini ye? Patutlah merata abang cari dalam rumah tadi tapi tak jumpa.”Suaminya cuba meneka isi hati Yasmien.
“Tak ada lah abang. Min tak termenung pun.” Jawab Yasmien ringkas cuba berselindung. Dia juga cuba untuk kembali senyum biarpun senyumannya itu kelihatan kelat. Fikri mula merapati isterinya.
“Abang?” Yasmien seolah-olah tidak gemar dengan tindakan suaminya. Baginya kawasan itu  terlalu umum bagi mereka berdua melakukan apa-apa biarpun sudah berkhahwin. Fikri faham maksud isterinya.
“Apa yang Min fikirkan? Sudahlah sayang. Jangan difikirkan sangat benda-benda remeh ni. Okay?” Fikri sekali lagi cuba meneka dan kali ini dia cuba menasihati isterinya agar tidak terus-menerus memikirkan masalah yang sudah sekian lama menghuni dalam jiwa mereka.
Yasmien terdiam. Matanya memandang ke bawah. Sesekali terdengar dia menarik nafas panjang. Ternyata benar fikirannya sedang memikirkan banyak perkara. Kadangkala dia sendiri sukar mentafsirkan apa yang sedang dia difikirkan.
Yasmien hanya mengangguk sambil tersenyum. Senyumannya kini dapat memuaskan hati Fikri yang tadinya berada di dalam dilema. Kemudian mereka sama-sama tersenyum. Beberapa saat kemudian Fikri memeluk tubuh Yasmien dengan penuh kasih sayang.
Kuala Lumpur hujan dengan lebat sekali petang itu. Jalan raya dipenuhi dengan kenderaan yang menyesakkan jalan bagi mereka yang mahu pulang dari pejabat. Puan Zaharah menelefon anak tunggalnya, Fikri untuk mengetahui di mana anaknya berada. Begitulah hati seorang ibu.
“Hello! Assalamualaikum, mama.” Jawab Fikri di corong  telefon.
“Waalaikumsalam. Fiq dekat  mana ni? Mama dalam perjalanan ke Cheras sekarang,” jawab Puan Zaharah kepada anaknya yang selesa dipanggil Fiq. Pn Zaharah kelihatan agak kelam kabut ketika bercakap dengan anaknya.
“Fiq  nak balik ni Ma. Jalan sesakla. Ada perkara apa yang mama nak bincangkan tu?” Fikri meneruskan sahaja hajatnya dengan berterus-terang bertanya hal penting yang diperkatakan ibunya beberapa hari lalu.
“Tak apa. Mama sampai nanti kita bincang. Okay jumpa nanti, bye!” Dengan segera Puan Zaharah mematikan telefon bimbitnya. Jalan yang sesak menyukarkan dia untuk terus berbual dengan anaknya.
Fikri yang masih dalam talian agak terkejut. Belum sempat dia membalas apa-apa ibunya sudah mematikan telefon. Namun dia masak benar dengan sikap ibunya yang tegas serta mempunyai pendiriannya tersendiri.
Kereta Inspira berwarna putih milik Puan Zaharah sudah pun memasuki ke perkarangan rumah anaknya. Kelihatan Yasmien sudah tercegat di hadapan pintu menunggu kedatangan mentuanya.
“Assalamualaikum, Mama.” Yasmien memberi salam sambil mengucup tangan Puan Zaharah.
 “Min apa khabar? Sihat ke?” Soal Puan Zaharah setelah menjawab salam menantunya. Yasmien tersenyum pahit. 
“Sihat sahaja Mama. Mama pula apa khabar, sihat?” Pertanyaan Puan Zaharah dibalas dengan pertanyaan juga. Puan Zaharah sedikit mengeluh.
“Huh…Mama ni sihat ke tak sihat tak kisah. Min tu, kalau asyik sihat je bila Mama boleh dengar berita gembira?” Puan Zaharah sekali lagi menyoal. Keluhan kesal kedengaran.
Soalan yang diajukan itu membuatkan Yasmien tersentak. Mukanya yang putih itu kelihatan merah padam. Yasmien terdiam. Perkara inilah yang cuba Yasmien elakkan untuk  berbincang terutama dengan ibu mentuanya.
Yasmien sememangnya malu dengan kenyataan yang harus diterimanya. Mandul! Ya itu lah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan keadaan kesihatan dirinya sejak lima tahun mendirikan rumah tangga. Siapa yang tidak mengimpikan zuriat dari keturunannya sendiri? Semua orang mahukannya. Namun, Tuhan masih belum mengurniakan rezeki buat dia dan Fikri. Yasmien pasrah. Dia sedar dia tidak mampu menjawab permainan kata-kata ibu mentuanya itu. Dia hanya mampu diam seribu bahasa. Tiada sebarang pernyataan yang mampu dikeluarkannya buat masa sekarang.
“Fiq dah balik?” Puan Zaharah tiba-tiba menukar topik setelah sekian lama menyedari menantunya berdiam diri. Yasmien sekadar menggelengkan kepala. Pertanyaan tadi sudah cukup membuatkan dia kehilangan ayat untuk berkata-kata. Yasmien sudah mula mengagak bahawa kedatangan mentuanya tidak lain tidak bukan mahu membincangkan soal perkara ini. Dia berasa bagai disindir.
“Mama, Min pergi dapur dulu nak siapkan minum petang.” Yasmien kemudiannya berlalu pergi meninggalkan Puan Zaharah di ruang tamu. Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta dari arah luar.
“Tak apa, biar Mama bukakan pagar!” Puan Zaharah meninggikan suara setelah melihat Yasmien seperti bergegas mahu keluar dari dapur. Puan Zaharah menyambut Fikri di muka pintu. Fikri bersalam sambil mengucup tangan ibunya dengan penuh kasih sayang.
2.
Malam itu setelah selesai solat maghrib, Yasmien berehat-rehat di anjung rumah sambil memandang ke dada langit. Timbul sedikit keresahan dalam dirinya. Segala perkara yang dibincangkan oleh ibu mentuanya tadi cukup menjadikan Yasmien tidak keruan. Masih terimbas di kotak fikirannya peristiwa yang terjadi petang tadi.
“Sekarang pilihan terletak di tangan kamu berdua. Sama ada Kamu Yasmien berikan Mama cucu atau Fiq bernikah dengan gadis pilihan Mama sendiri!” Suara tegas dan keras Puan Zaharah seakan bergema di seluruh ruang dapur itu. Kolam air mata Yasmien kini mula melimpah. Dia tidak dapat menahan sebak mendengar kata dua  mentuanya itu. 
“Mama! Tapi ini soal rezeki. Kami tak boleh buat apa-apa sekiranya Allah masih tak berikan zuriat untuk kami!” Fikri cuba bertegas mempertahankan maruah isterinya yang kini menjadi taruhan.
“Ya! Mama tahu. Sebab tu mama bagi tempoh enam bulan. Cubalah apa cara sekali pun asalkan bini kamu tu mengandung!” Suara Puan Zaharah masih tidak mahu mengalah. Airmata Yasmien kini menghujani pipinya tanpa dapat diseka lagi.
“Mama...!” Fikri ingin meluahkan sesuatu, tetapi Puan Zaharah pantas menjegilkan matanya yang bulat itu tepat ke muka anak bongsunya. Fikri tahu dia tidak mampu membantah berlebihan kerana dia faham sikap tegas ibunya.
“Sayang!”
Yasmien tersentak daripada lamunan. Kini dia sedar suaminya berada di belakang kerusi. Fikri dapat melihat mata Yasmien yang sedikit lebam tatkala mata mereka bertentangan.
“Abang nak mintak maaf atas apa yang berlaku tadi, sayang.” Fikri bersuara dengan nada sayu. Dia benar-benar rasa bersalah dengan tindakan terburu-buru ibunya. Bukannya kali ini ibunya membangkitkan isu ini malahan sejak lima tahun mereka berkhahwin sudah berkali-kali ibunya bertanya tentang perkara yang sama. Tapi kali ini agak berbeza kerana ibunya mula meletakkan syarat. Bagaikan mengambil kesempatan terhadap masalah yang mereka hadapi.
“Kenapa abang nak mintak maaf? Bukan abang yang salah,” suara Yasmien agak perlahan. Dia juga sudah kenal dengan sikap ibu mentuanya yang suka mendesak. Namun kata-kata ibu mentuanya petang tadi membuatkan Yasmien benar-benar tersepit. Hatinya terguris.
“Sayang jangan risau. Kita ada enam bulan untuk berusaha. InsyaAllah abang percayakan kuasa Allah.” Kata Fikri bagi menyedapkan hati isterinya. Yasmien terpaku mendengarkan kata-kata itu. Dia memandang ke arah Fikri.
“Abang, selama ni kita tak cukup berusaha ke abang? Lima tahun abang. Bukan lima bulan. Tapi tiada hasilnya abang!” Yasmien seolah-olah melepaskan api kemarahannya yang telah lama disimpan. Nada suaranya agak tinggi. Kemudian dia berasa sedikit menyesal kerana meninggikan suara kepada suaminya. Fikri diam seolah-olah memahami gelodak hati isterinya.
“Sayang…” Fikri cuba menenangkan keadaan .Yasmien memejamkan matanya rapat-rapat. Dia cuba bertenang dan muhasabah diri.
“Tapi kita hanya ada enam bulan abang!” Nada suara Yasmien kembali perlahan.

“Kita boleh cuba macam-macam cara dalam tempoh enam bulan sayang. Percayalah” Fikri cuba meyakinkan isterinya. Dia dapat rasai kekecewaan yang bersarang di hati isterinya pada malam itu.
“Sempat ke abang? Min tak sanggup tengok abang  kahwin dengan perempuan lain.” Yasmien menyuarakan rasa hatinya.
Bagi Yasmien, Fikri adalah suami yang sempurna. Tiada cacat celanya. Kasih sayang yang dicurahkan selama ini tidak pernah kurang. Mereka saling cinta menyintai dan sama-sama mengimpikan kebahagian memiliki zuriat sendiri.
Fikri menghampiri isterinya dan meletakkan kedua-dua tangannya keatas bahu Yasmien sambil mengangguk dan tersenyum. Malam itu mereka berdua melangkah memasuki kamar. Masing-masing berdoa agar niat mereka segera ditunaikan oleh Yang Maha Esa.

Loceng rumah kedengaran dari dalam. Yasmien pantas mendapatkan Fikri yang masih tercegat diluar rumah. Yasmien menyambut kepulangan Fikri dari tempat kerja. Seperti biasa, inilah rutin yang selalu dilakukan oleh seorang suri rumah seperti Yasmien. Dia mengambil beg kerja suaminya dan diletakkannya di atas sofa terlebih dahulu. Tiba-tiba mata Yasmien terpandang bungkusan plastik berwarna putih yang dipegang oleh Fikri.
“Bungkusan apa tu abang?”Yasmein bertanya untuk mendapatkan kepastian. Fikri menghulurkan bungkusan tersebut kearah Yasmien. Lama Yasmien merenung bungkusan itu dari luar tanpa membuka bungkusan kemas itu. Seketika kemudian dia sedikit tersentak.
“Buah Kurma ke abang?” Yasmien mengagak.
“Ya lah sayang..Tak kan tak pernah tengok buah Kurma?”Fikri sedikit memerli. Dia cuba bergurau dengan isterinya. Fikri menguis pipi isterinya. Yasmien tersenyum  lebar. Mereka sama-sama menuju ke dapur.
“Maafla abang, nak kata masuk bulan Ramadhan tu masih lambat lagi,”Yasmien membalas. Dibukanya bungkusan berisi beberapa kotak kurma lalu disusunnya satu persatu.
“Yang tu yang pertama......”balas Fikri lagi. Yasmien mengerutkan dahi. ‘Yang pertama? Jikalau ini yang pertama yang keduanya apa pula?’ Yasmien berfikir sejenak.
“Apa maksud abang?”Yasmien kelihatan berminat dengan teka teki yang dimulakan oleh suaminya. Fikri kemudiannya mengeluarkan satu risalah dari dalam poketnya. Yasmien menyambut risalah itu tanpa bertanya banyak. Dia meneliti satu persatu dari setiap perkataan yang terpapar di dalam risalah itu. Dia membaca dengan sangat tekun.
“Susu Kambing dan Kurma?  Mampu...” kata-kata Yasmien terhenti disitu. Dia memandang kearah Fikri. Fikri mengangguk faham biarpun kata-kata Yasmien tidak disambung habis.
“Macam mana nak amalkan ni? Abang dah selidik ke semua cara-cara penggunaan kaedah ni?”Yasmien melulu mengeluarkan pertanyaan. Jelas sekali dia kelihatan berminat dengan cara baru untuk hamil yang baru diketahuinya dari risalah tersebut.
“Caranya senang sahaja sayang.. Hanya genggam buah kurma dan berselawat Nabi tiga kali. Kemudian kisarkan buah kurma tadi dan campurkan ke dalam air susu kambing.” Jelas Fikri panjang lebar. Dia kelihatan bersungguh-sungguh dalam mendapatkan informasi itu.
“Mana pulak abang nak cari air Susu Kambing ni?”Yasmien bertanya lagi.
“Adalah sayang.. Abang dah order. Esok sampai.”jawab Fikri. Perbincangan mereka sememangnya serius sekali pada kali ini. Fikri sendiri akui sepanjang lima tahun berkhahwin mereka sekadar berusaha tanpa mengamalkan sebarang pengambilan Vitamin,ubat-ubatan mahupun rawatan tradisional bagi mendapatkan zuriat. Kesibukan dia dalam bekerja menyebabkan dia mengalami kekangan masa untuk mencari kaedah-kaedah tradisional mahupun moden.

Keesokkan harinya datang seorang lelaki membawa satu kotak sederhana besar dihadapan pagar rumah mereka. Yasmien yang masih di dalam kamar hanya melihat dari atas suaminya menguruskan penghantaran air Susu Kambing seperti yag dijanjikan kelmarin. Dia segera berlari anak menuruni anak tangga.
“Abang!” panggil Yasmien. Fikri membawa masuk satu kotak yang dihantar tadi lalu diletaknya dahulu di atas sofa.
“Banyaknya abang? Satu kotak ni berisi air Susu Kambing?”Yasmien agak tergamam. Tidak dinafikan dia juga berasa khuatir sekiranya kaedah itu tidak mendatangkan hasil dan yang berlaku hanyalah pembaziran wang semata-mata.
“Abang nak amalkan dua kali setiap hari. Min pun kena amalkan. Okay.”Fikri menerangkan. Usahanya kali ini bukan calang-calang. Kurma yang dibeli juga tidak kurang banyaknya. Itulah lambang cinta Fikri terhadap Yasmien. Demi merealisasikan impian ibunya yang benar-benar mengimpikan cucu di samping mengelakkan dia berkhahwin lagi. Yasmien sekadar akur dengan kata-kata suaminya. Dia hanya mampu berdoa agar mendapat yang terbaik atas usaha keras itu.
Lima bulan kemudian
“Sayang! Sayang!” Fikri menggoyang-goyangkan tubuh Yasmien setelah selesai mandi. Tualanya yang masih basah itu dibiarkan tersepuk di atas lantai. Dia cuba mengejutkan Yasmien yang masih belum bangun. Jarang sekali isterinya bangun lewat kecuali jika dia tidak sihat.
“Abang nak pergi mana ni?” Yasmien cuba membuka mata memandang ke arah Fikri. Yasmin kelihatan seperti tidak sedar yang sekarang ialah waktu Fikri pergi ke pejabat.
“Pergi kerjalah sayang! Kenapa ni tak bangun lagi ni? Sayang sakit ke?” Fikri cuba mendapatkan kepastian. Yasmien sekadar menggeleng. Kepalanya dipegang dan dipicit perlahan-lahan. Fikri mula tidak sedap hati.
 “Sayang! Sayang! Min! Dengar tak ni?” Fikri menggoncang-goncang tubuh Yasmien. Dia mula panik dengan keadaan Yasmien yang masih belum mahu bangun dari tidurnya.
Fikri agak celaru buat seketika. Tidak pernah Yasmien berperangai sedemikian rupa sepanjang enam tahun hidup bersama. Macam ada sesuatu yang tak kena saja, bisik hatinya. Fikri menyalin baju kemeja yang dipakainya tadi kepada T-shirt berwarna putih. Dia ambil keputusan untuk tidak ke pejabat memandangkan keadaan Yasmien yang agak pelik.
“Eh, abang tak pergi kerja?” Tiba-tiba Yasmien yang tadinya masih tidur bertanya setelah menyedari suaminya masih di hadapan cermin kamar beradu mereka. Dahi Yasmien agak berkerut. Fikri memandang ke arahnya.
“Dah puas tidur? Lama tau abang tunggu!” Fikri kemudiannya membalas. Suatu jawapan yang tiada langsung kaitannya dengan soalan yang diajukan oleh Yasmien. Kini Yasmien semakin aneh. Tiba-tiba dia bangun dengan pantas. Entah apa yang berada di dalam fikirannya. Gelagatnya hanya diperhatikan oleh Fikri dengan seribu persoalan.
“Alamak! Baju kemeja abang yang warna biru tua tu Min belum gosok lagi! I’m so sorry abang!” Fikri yang masih tercegat disitu hanya melihat telatah isterinya melalui cermin di hadapannya. Sesekali dia tergelak melihat telatah isterinya yang kelam-kabut itu. Bukan selalu dia dapat mengenakan isterinya. Fikri akhirnya mendekati Yasmien  perlahan-lahan.
“Kenapa dengan Min ni? Abang nampak Min gelisah ja. Kenapa ni?” Fikri mengerutkan dahi. Wajah isterinya ditenung dalam-dalam. Yasmien agak terpinga-pinga. Dia melihat sekeliling sebelum matanya tertumpu kearah jam yang sudah hampir pukul 9.00 pagi.
“Abang dah lambat ni. Kenapa masih tak pergi kerja?” Pertanyaan Fikri dibalas pertanyaan. Yasmien menggaru-garu kepalanya. Rambutnya tidak terurus.
“Abang ingat nak bawak Min pergi klinik. Min nampak macam tak sihat. Min demam ke?” Fikri bertanya lagi sambil memegang erat tangan isterinya.
Belum sempat Yasmien menjawab, telefon bimbit Fikri tiba-tiba berdering. Fikri melihat nama Rina terpapar di skrin dan terus menjawab panggilan Setiausahanya itu. “Sayang, abang minta maaf. Rina telefon, ada mesyuarat penting yang abang kena hadir pagi ni. Abang minta maaf sayang.” Fikri benar-benar rasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan isterinya yang kurang sihat itu. Kebiasaannya dia akan menemani Yasmien ke klinik sekiranya Yasmien tidak sihat. Yasmien tersenyum kelat. Dia cuba faham keadaan suaminya di pejabat. Lagi pula, dia juga tidak meminta untuk ditemani.
“Tak apalah abang. Min okay. Min yang patut minta maaf sebab terlupa nak gosok baju favourite abang semalam. Min letih sangat.” Kini giliran Yasmien memohon maaf.
Fikri hanya mengangguk. Bukan baju itu yang jadi masalahnya kerana masih banyak lagi baju yang lain yang dibelinya di Paris ketika dia pergi melancong bersama-sama Yasmien tahun lepas. Fikri kemudiannya mengeluarkan wang sejumlah RM200 lalu dihulurkan kepada Yasmien.
“Ambil duit ni. Abang nak Min pergi kilinik. Abang tidak mahu Min sakit. Okay sayang. Nanti apa-apa hal abang call.” Kata Fikri dengan penuh rasa prihatin. Yasmien tidak
membantah. Dia sekadar mengangguk dan tersenyum. Yasmien mengucapkan terima kasih dan bersalam sebelum Fikri pergi ke pejabat.
Beberapa ketika kemudian, Yasmien cuba untuk bangun dan berdiri. Ternyata, dia hilang keseimbangan badan secara tiba-tiba. Ya Allah! Kenapa dengan aku hari ni? Yasmien kehairanan. Walaupun kepalanya sakit bagai dihentak-hentak, Yasmien tidak mengalah. Digagahinya juga untuk berdiri dan berjalan, namun kepalanya semakin sakit. Akhirnya Yasmien membuat keputusan untuk berbaring dahulu memandangkan hanya posisi itu dapat mengurangkan sakit kepalanya yang teramat itu.

  3.
Fikri mencapai fail-fail yang berselerak di atas mejanya lalu menyusunnya di atas rak di ruang pejabatnya. Dia menarik nafas lega kerana semua tugasnya hampir siap. Mesyuarat pun sudah selesai. Dia segera mencapai telefon bimbitnya. Hatinya memang tidak tenteram sejak tadi lagi. 
“Hello! Assalamualaikum, sayang!” Fikri memulakan percakapan. Dia ternyata menelefon isterinya. Ada sedikit sinar di wajahnya apabila panggilannya dijawab.
“Waalaikumsalam, abang.” jawab Yasmien ringkas.
“Sayang dah ke klinik?” Tanya Fikri.
“Alhamdulillah, Min dah boleh bangun. Abang jangan risau ya. Sekejap lagi Min pergi klinik!” jelas Yasmien panjang lebar. Fikri menarik nafas lega apabila mendengar penjelasan isterinya.
 “Ok, sayang pergi dulu. InsyaAllah nanti abang susul. Jaga diri sayang!” Fikri amat mengambil berat tentang Yasmien. Sesungguhnya hanya Yasmien menjadi pelengkap hidupnya. Dia amat menyayangi Yasmien lebih dari nyawanya sendiri.
Ya Allah! Engkau berikanlah kesihatan yang terbaik buat isteriku! Hati kecilnya berbisik memanjatkan doa kepada Allah sambil turun dari pejabatnya  menuju ke tempat letak kereta. Tiada perkara lain yang berkocak dalam kotak fikirannya melainkan ingin bersama-sama dengan isterinya di klinik.
Sepanjang perjalanan, Fikri memikirkan kata dua ibunya. Apa yang akan berlaku selepas enam bulan ini seandainya Yasmien masih belum hamil? Dia tidak mungkin dapat mengahwini perempuan lain selagi Yasmien masih ada. Dia amat mencintai Yasmien. Tetapi dalam masa yang sama dia tidak dapat melawan kehendak ibunya. Jauh sekali untuk menjadi anak derhaka. Keretanya diperlahankan sebaik sahaja sampai di hadapan Klinik Keluarga.  Fikri melihat kereta Vios milik Yasmien terletak di hadapan klinik. Fikri memberhentikan keretanya tidak jauh dari situ dan bergegas ke dalam klinik. Hatinya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui keadaan Yasmien.
“Min!” Fikri memanggil setelah melihat Yasmien keluar dari bilik doktor. Wajah Yasmien kelihatan agak sedih dan sayu. Yasmien memandang tepat ke arah Fikri.
“Abang!” Nada suara Yasmien kedengaran sebak sebaik sahaja mata mereka bertentang. Fikri semakin khuatir melihat keadaan isterinya pada ketika itu. Fikri pantas mendapatkan Yasmien.
“Min, kenapa ni sayang?”
“Min...Min...” Suara Yasmien tersekat-sekat. Dia seperti ingin mengkhabarkan sesuatu. Entah mengapa bagaikan ada sesuatu yang menghalang dia untuk bercakap. Fikri semakin gelisah. Hatinya berdebar-debar tidak menentu.
“Min mengandung!” Akhirnya perkataan itu keluar daripada mulutnya walaupun teramat sukar untuk diucapkan. Yasmien memeluk Fikri. Badannya tampak lemah. Air mata tidak henti-henti membasahi pipinya. Fikri terkedu dan terdiam. Dia mengamati perkataan itu dengan penuh teliti.
 “Min? Betul ke ni?” Tanya Fikri seolah-olah tidak percaya. Fikri keilhatan kaget. Air matanya turut bergenang walaupun bibirnya cuba menguntum senyuman. Yasmien sekadar mengangguk.
“Hmmm... Dah dua bulan bang!Yasmien tidak dapat menahan sebak. Jika dahulu dia menangis kerana belum dikurniakan cahaya mata tetapi kini air matanya menjadi saksi satu berita gembira. Tetapi tubuhnya tidak dapat ikut merasai detik kegembiraan itu.
Fikri  memapah isterinya yang kini amat lemah di sisinya. Dipimpinnya dengan penuh berhati-hati. Perasaan mereka tidak dapat digambarkan ketika itu. Masing-masing tidak sabar memberitahu berita baik itu kepada Puan Zaharah. Akhirnya Tuhan mengabulkan permintaan mereka yang sudah sekian lama menginginkan zuriat. Fikri tidak henti-henti mengucapkan Alhamdulillah serta memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi atas kurniaan-Nya. Mereka pulang dengan tangisan kegembiraan. Ternyata usaha mereka selama ini tidak sia-sia.
“Sayang, abang bersyukur kerana akhirnya Allah mengabulkan doa kita, sayang. Allah Maha Kaya. Terima kasih buat sayang sebab berikan hadiah ni buat abang. Inilah hadiah yang paling berharga yang sudah lama abang tunggu dari sayang.” Fikri membisikkan kata-kata  itu ke telinga isterinya. Yasmien terus berada di dalam dakapan suaminya. Masih kedengaran suaranya tersedu-sedan akibat daripada tangisan sejak di klinik tadi.
“Min juga bersyukur, bang.” Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Yasmien.
“Berita gembira ni patut dikongsi dengan Mama. Abang pasti Mama mesti gembira dengar berita ni” Sambung Fikri lagi.
Yasmien mula mengangkat kepalanya dari pelukan Fikri. Ingatannya mula terfikir tentang Puan Zaharah, ibu mentuanya. Ya! sekaranglah masanya untuk membuktikan dia wanita normal. Dia boleh hamil seperti wanita-wanita lain juga! Syarat yang dikenakan oleh ibu mentuanya kini sudah tidak terpakai lagi. Fikri akan tetap menjadi miliknya! Ternyata berita kehamilan Yasmien telah mengubah kehidupan Puan Zaharah. Jika dahulu dia banyak menghabiskan masanya terlibat dengan pelbagai kegiatan di luar, kini lebih banyak masa diluangkan bersama Yasmien. Puan Zaharah terlalu mengambil berat tentang Yasmien dan kandungannya. Itulah cucu pertamanya daripada anak tunggalnya. Usianya yang hampir melewati 60-an menjadikan dia semakin tidak sabar menimang cucu.

4.
“Tahun ni kita akan sambut raya dengan babylah nampaknya ye, Min? Min kena jaga kesihatan. Tak lama je lagi cucu Mama akan lahir, Mama tak sabar nak main dengan dia.” jelas Puan Zaharah panjang lebar. Dia kelihatan gembira sekali apabila bercakap tentang bayi yang ada di dalam kandungan Yasmien. Jika dahulu dia jarang berbual dengan menantunya, tetapi kini dialah orang yang paling banyak berkongsi pengalaman hidup bersama-sama menantunya itu.

Fikri kelihatan masih segar berbaring sambil membaca surat khabar Mingguan di ruang tamu rumah mereka.  Yasmien kehairanan melihat Fikri yang masih belum ke pejabat.
“Abang tak pergi kerja?”tanya Yasmien. Fikri mula menyedari kehadiran isterinya.
“Tak lah! Hari ni abang ambik MC. Nak jaga Min..”Fikri menjawab sambil tersenyum. Muka Yasmien berubah. Seharusnya dia menerima berita itu dengan gembira kerana terasa dihargai,tetapi kali ini reaksinya agak aneh.
“Abang? Apa abang buat ni? Kerja tetap kerjalah abang..”Yasmien mengeluarkan nada kesal.
“Sayang.. beberapa hari lepas abang dapat tau Min pergi klinik seorang diri. Mama pulak ada kerja di butik. Biarlah abang ambil cuti beberapa hari untuk temankan Min  dirumah atau bawakan Min ke Klinik..”Fikri menjelaskan niat sebenarnya. Tidak lain tidak bukan niatnya kerana ingin menjaga isterinya yang sememangnya memerlukan permerhatian buat masa sekarang. Yasmien kelihatan kurang selesa setelah mendengar penjelasan itu.
“Min nak ke mana ni?’giliran Fikri bertanya setelah menyedari Yasmien tampil agak segak bergaya.
“Abang..Min bukan tak nak. Tapi Min..”nadanya tersekat. Dia kehilangan ayat untuk meneruskan kata-kata. Otaknya ligat memikirkan alasan yang sesuai diperkatakan dalam situasi sekarang.
“Sebenarnya Min dah lama tak luangkan masa dengan kawan-kawan Min. Sejak hamil kawan-kawan lama nak sangat berjumpa dengan Min. Jadi, Min dah janji dengan dia orang semua nak jumpa hari ini. Min harap abang izinkan..”
“Sekarang?”Fikri bertanya. Yasmien mengangguk lemah. Fikri memandang wajah sayu isterinya.
“Biarlah abang ikut sekali?”dia bertanya lagi tidak mahu mengalah. Bukannya dia tidak mempercayai isterinya tetapi dia hanya risaukan keadaan Yasmien yang sedang hamil muda buat masa sekarang. Sekali lagi Yasmien serba tidak kena.
“Abang? Min dengan kawan-kawan perempuan Min lah..”jawab Yasmien tanda tidak setuju. Fikri akhirnya akur dan meminta agar Yasmien menjaga diri sebaik mungkin.

“Maafkan Min abang..”Yasmien bercakap sendirian ketika memandu. Dia bagaikan sedang bermain dengan api yang sedang marak. Namun dia hanya memikirkan satu perkara bahawa niatnya yang sebenar adalah baik.
“Saya harap Puan buat pilihan yang bijak!”kata Doktor Mariam sambil menyemak rekod nama Yasmien sebagai pesakit.  Wajah Yasmien kelihatan tenang biarpun  sedang menyembunyikan ketakutan dan serba salah dalam diri. Doktor Mariam menghulurkan sebuah dokumen khas untuk Yasmien isikan dan tandatangan.
“Tak mengapa doktor.. Ini pilihan yang saya buat.”balas Yasmien sambil menurunkan tandatangannya.
Sepanjang di dalam kereta,fikiran Yasmien benar-benar terganggu sehingga dia terpaksa berhenti sebentar di steyen minyak. Tidak dapat dinafikan rasa bersalah dia terhadap Fikri semakin menebal di dalam jiwa. Sedangkan dia tidak pernah bercakap bohong dengan suaminya. Dia kini sedang jauh berubah terpesong dari alam yang nyata. Dia beristighfar sebnayak yang mungkin. Selepas kembali tenang dia memulakan perjalanan pulang ke rumah.



5.
Hari demi hari keadaan kesihatan Yasmien amat tidak menentu. Dia sering sakit kepala dan sukar bangun pada waktu awal pagi. Badannya juga kerap letih dan tidak bermaya akibat tidak berselera makan. Hanya roti atau biskut sahaja yang mampu ditelannya. Akibatnya, hubungan mesranya bersama Fikri juga terbatas. Yasmien seolah-olah bukan Yasmien yang dahulu lagi.
“Tak lama lagi kita nak sambut Ramadhan, lepas tu raya. Raya tahun ni pasti lebih meriah kan, sayang?” Fikri cuba mendekati isterinya. Yasmien memuncungkan bibir. Fikri hanya bersabar dengan sikap isterinya kini. Dia masih ingat kata ibunya perubahan Yasmien itu mungkin kerana pembawaan bayi. Yasmien tidak melayan suaminya. Sikapnya semakin dingin, malah kadang-kadang berkasar dengan Fikri. Namun Fikri masih bertahan kerana memikirkan keadaan Yasmien yang sedang mengandung anak sulung mereka.
“Abang keluar dulu, sayang.” Fikri akhirnya beralah dan meminta diri setelah melihat Yasmien tidak memberi sebarang perhatian kepadanya pada malam itu. Dia berlalu dengan perasaan sedikit hampa.
“Ya, Ramadhan dah makin hampir.” Yasmien berbisik perlahan sebaik sahaja Fikri melangkah keluar dari kamar. Tangannya mengusap kandungannya yang kian membesar.
“Min minta maaf, abang. Min janji Min tak buat macam ni lain kali..”
 “Janji dengan ibu, anak ibu mesti jadi anak yang soleh. Jangan derhaka dengan ayah ya, sayang.” Yasmien bercakap dengan bayi yang masih dalam kandungan. Dia kemudiannya mencapai sebotol pil yang berada di bawah bantal. Dia mengeluarkan dua biji pil dari botol itu lalu ditelannya bersama air mineral yang sudah tersedia di tepi katil. Setelah itu dia menarik selimut. Dia kelihatan letih sekali. Matanya dipejamkan perlahan-lahan dan akhirnya dia terlena pada malam yang masih muda.

 Hari berlalu beg     itu pantas seperti kilat. Kini Ramadhan sudah tiba. Umat Islam bergembira menyambut bulan yang penuh berkat ini, tetapi Yasmein hanya terperuk di dalam bilik menunggu hari. Namun perangai peliknya semakin menjadi-jadi. Setiap kali waktu makan Fikrilah yang terpaksa membawa makanan ke dalam kamar serta memberinya makan. Malah pelbagai kerenah Yasmien terpaksa Fikri hadapi dengan tabah dan sabar demi cinta dan sayangnya kepada Yasmien..

Hari yang dinanti-nanti semakin hampir. Yasmien dimasukkan ke Hospital sehari sebelum melahirkan.
“Sayang, abang akan setia menunggu sayang di sini. Abang doakan sayang selamat melahirkan baby kita,” ujar Fikri sewaktu Yasmien ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan untuk bersalin. Fikri mahu Yasmien tahu yang dia amat mencintainya. Dia melihat mulut Yasmien seperti ingin mengatakan sesuatu kepadanya. Namun suara Yasmien tidak kedengaran. Fikri menghampirinya namun masih tiada yang keluar dari mulutnya. Fikri berasa tangan Yasmien yang menggenggam erat tangannya semakin kendur dan akhirnya terlepas sebaik sahaja troli melepasi pintu masuk bilik pembedahan itu. Fikri melihat Yasmien semakin jauh meninggalkannya.
“I love you, sayang.” Fikri mengucapkan lafaz cintanya dengan nada sebak.  Entah mengapa dia berasa sangat sayu melihat keadaan isterinya. Kakinya bagai terpaku di lantai di hadapan pintu bilik bedah tersebut. Air matanya mulai berderai. Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anakku, desir hatinya penuh harapan. 
“Puan Yasmien, awak sudah bersedia?” Tanya doktor. Yasmien hanya mampu mengangguk lemah. Pandangannya sudah kabur, seluruh bilik bedah itu kelihatan berputar ligat. Dia cuba membuka matanya tetapi tidak berdaya. Hanya kedengaran bisikan suara doktor di telinganya.
“Kita doakan yang terbaik untuk awak, Puan Yasmien. Ini adalah keputusan awak sendiri. Kami akan cuba sedaya upaya.”
Di luar, Fikri tidak dapat menahan rasa pilu yang melanda hatinya. Dia cuba melawan tetapi perasaan itu bergumpal-gumpal menyesak nafasnya. Dia tidak berhenti berdoa agar Yasmien dan anaknya selamat. Dia membayangkan Aidilfitri yang bakal menjelang adalah sambutan paling meriah dalam hidup mereka suami isteri bersama zuriat yang dinanti-nantikan.
6.
Beberapa jam kemudian, tiba-tiba Fikri terdengar suara tangisan bayi. Dia segera bangun dan menerpa ke pintu bilik bedah. Ibunya juga meluru kepadanya. Pandangan mereka bertaut. Ada senyuman di bibir ibunya.
 “Tahniah Fiq,” suara Puan Zaharah bercampur sebak dan gembira. Fikri masih menanti dengan penuh debaran.
“Doktor, bagaimana dengan isteri dan anak saya?” Fikri tidak sabar ingin tahu tentang Yasmien dan anaknya sebaik sahaja melihat doktor keluar dari bilik tersebut. Doktor memandang ke arahnya dengan pandangan yang mengandungi seribu satu makna. Puan Zaharah mengerutkan dahi tidak sabar menanti jawapan doktor.
“Bayi Encik Fikri selamat,” jawab doktor itu. Riak wajahnya kelihatan sedikit sugul.
“Macam mana dengan menantu saya doktor?” Puan Zaharah pantas bertanya. Hatinya menjadi tidak sabar.
Doktor perempuan separuh usia itu mengisyaratkan sesuatu kepada Fikri. Mereka beredar ke suatu sudut yang agak terlindung. Puan Zaharah tidak bergerak melihat gelagat doktor dan anak tunggalnya itu. Hatinya berdetak kencang.
“Encik Fikri, ini surat yang diberikan kepada saya oleh Puan Yasmien. Surat ini untuk Encik Fikri,” ujar Doktor Mariam sambil menghulur sekeping sampul surat kepada Fikri. Fikri menyambut sampul surat itu sambil menoleh ke arah ibunya. Dia membukanya perlahan-lahan.

 “Kehadapan suamiku tercinta,
Waktu abang  membaca surat ini, Min sudah tiada lagi di dunia ini. Min minta maaf sebab terpaksa buat semua ini. Min tahu seandainya Min tidak mampu melahirkan seorang cucu untuk Mama, abang akan dipaksa berkahwin dengan perempuan lain. Min tak mampu untuk menyaksikan episod itu berlaku.
Abang, sebenarnya Min mempunyai sejenis penyakit yang menyebabkan peluang Min untuk hamil sangat tipis. Doktor telah menasihati Min untuk gugurkan kandungan Min, jika tidak Min terpaksa menanggung risiko kehilangan nyawa Min sendiri. Tetapi Min berdegil dan tetap mahu terus mahu mengandungkan benih zuriat abang sehingga melahirkannya ke dunia. Semua itu Min lakukan dengan kerelaan hati Min sendiri demi cinta Min yang ikhlas kepada abang dan Mama.
Inilah sahaja yang dapat Min berikan kepada abang dan Mama. Min harap abang jagalah anak kita dengan penuh kasih sayang seperti mana kasih sayang yang abang berikan kepada Min selama ini. Inilah hadiah dari Min yang paling berharga. Semoga Ramadhan dan Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat abang dan Mama.
Min minta maaf sebab sepanjang tempoh Min mengandung terlalu banyak Min susahkan abang dengan Mama. Min terpaksa lakukan semua itu supaya abang tidak akan terasa sangat apabila Min sudah tiada. Untuk yang terakhir kalinya, Min mohon maaf daripada abang dan Mama. Min sangat sayangkan abang dan Mama.”
                                                                                             Yang ikhlas menyayangi
                                                                                                          Yasmien

Lutut Fikri terasa lemah dan tubuhnya bagai melayang rebah ke lantai. Hanya tangisan yang menjadi luahan perasaan dukanya. Puan Zaharah memeluk erat anak bongsunya itu sambil sama-sama menangis semahu-mahunya. Tambahan Pn.Zaharah,kerana terlalu taksub mahukan cucu dia sedar bahawa dia telah menyebabkan anak tunggalnya kehilangan  permata berharga di dalam hidup anaknya. Kekesalan menebal di dalam jiwa mereka berdua.

TAMAT.

                                                                             Penulis: Nur Rahimah Zubaidi (Eyma Zubaidi)


"Sebarang perkara melibatkan copy2/paste2/posting2/sharing2/dll/sila credit/inform terlebih dahulu kepada empunya penulis, tq :)"



                                                                                                             

Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

How to Past Sejarah ; & how to study it

Assalamualaikum.. w.b.t entry ni membicarakan tentang cara untuk lulus + teknik belajar sejarah selain mengingat fakta.

macam mana nak lulus sejarah ? ok ingat ye LULUS je bukan A+. sesetengah student ramai yang takminat membaca,takminat sejarah dll. tapi SPM tahun ni dah wajib lulus. eh ehh so takkan tak ada iniasitif? ima pun takpandai mana sejarah. jika nak dibanding dengan kawan sekelas ima yang sorang lagi tu, dia power la. kalau dalam kelas ima no dua ja.

tapi ima nak share la sikit bagi yang dok tanya masa chat, nampak pelik ja bila mention pasal markah sejarah. ouhh rupanya begituann...

"Nak lulus tanpa baca buku wey ! macam mna der?"

wah chill2 ! haha. nnty ima invite awok ye sayangss baca entry ni. =)

sebenarnya semua subjek kena baca la. bukan sejarah ja. event sedikit. takboleh jugak kalau takbaca langsung. at least freshkan sikit . if takmau ingat banyak. sikit pun jadila, okay tanpa membebel panjang, jom la sharing2 sikit kaedah2 yang korang boleh buat selain membaca je yang korang cakap taksuka sangat tu.

sikit je caranya tak sampoai 10 pon ! =P

1.. Rajin. (Kena ada perkataan ni)
2. Baca buku setiap hari. Setiap malam. (baca sahaja okay. Bukan HAFAL.) baca pastikan faham.
3. Jawab semua soalan walaupun taktahu. (jangan tinggal kosong)
4. Jawab soalan KBKK (WAJIB)JANGAN TINGGAL. Bagi lebih . contoh nak empat bagi je 8-10.
  cth; pada pandangan anda, pada pendapat anda, berdasarkan pengetahuan sejarah anda, dll,..
4. Set dalam mind "SEJARAH SENANG!"
5. Tumpuan ketika guru mengajar. (AMAT DIPERLUKAN) kdg2 apa yang diajarkan oleh guru lebih faham jika nak banding dengan baca buku jer..
6. Nota ringkas. RINGKAS. ok SERINGKAS yang boleh. dan sikit je. yela nak lulus je kan ? taknak A+ :P hehehehe. *melawak je*

Macam mane nak belajar tanpa baca buku banyak2 nieee ??? okay..
1.Gunakan Formula.
cth; Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari S.M Arab,China,India.
Negara                                 Tokoh
A= Arab                                J= John Crawford
C= China                              E= Emanuel Gadinho Eredia       
I= India                                 S= Snouck Hurgronje

korang just ingat je ACI, JES. Setel masalah kan? nak senang lagi buat cerita, kalau ma,ima create cerita camni

"Adik selalu main ACI ligan dengan JESsica belakang rumah."

2. Buat cerita sendiri:
cth; Faktor kedatangan imperialisme barat.:
Shah Rukh Khan P Bombey :
*Sistem pengangkutan & perhubungan
*Revolusi perindustrian
*Kekayaan bahan mentah
*Persaingan kuasa2 barat
*Beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun.

boleh nampak kot nah ? okay kaedah paling senang. benda ni ima buat. cara ini paling disyorkan.

3. Melukis. mesti ada yang pandai melukis kan? kalau takpandai pun lukis orang lidi pon jadiklah, yang penting kita kena ingat hanya kita je yang faham dengan nota2/keyword yang kita buat.

cth : Kepentingan Tasik Tonle Sap.
Lukis comot2 pun takpe.. asalkan kita faham :) make sure kita label kata kunci apa yang kita lukis tu. lagi senang nak ingat.

4. Guna Kata Kunci/keyword
cth; Ciri2 kerajaan Agraria:
-Kerajaan agraria terbentuk di kawasan pertanian subur.
- di kawasan pedalaman.
-kegiatan ekonomi menanam padi sawah

- padi huma.
-mengutip hasil hutan
-kayu gaharu
menangkap ikan
-menternak binatang
-seperti ayam
 keywordnyer :

subur 
pedalaman 
sawah
huma
hutan
gaharu
tangkap
ternak
ayam

simple kan? just ingat hat tu je. selain menjimatkan masa  boleh elakkan daripada membaca ayat yang panjang2 huhuuu :))
tapi walau taksuka tera(macam) mana pun kat sejarah tu. buat2 ja suka ! okay ! and tolong lah jangan malas sangat. kalau cara dah ada tapi malas nak buat still takjadi apa. so hopefully lepas ni sapa2 yang masih buntu taktau cara nak study or lulus sejarah gunalah kaedah ni, InsyaAllah membantu.

Hendak seribu daya, bukan ?

okay semoga ilmu ni dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh korang semua terutama yang ambik SPM tahun nih :)

bye wassalam-
                                                                    salam sayang#muchLove.
Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

ihya' ramadhan-pertandingan menulis cerpen.

Assalamualaikum..ya ahli2 syurga.....

erkk ehem2 !! eh2 lain macam jor bunyi. ekaww jangan bulan2 puasoo nih la nak buat pe'el kaww NIH . hahaha. okay2 stop ! sila jangan peduli dengan segala kemerapuan yang sudah tertera dtulis di atas yeahh. :D


buat2 taknampak je k. hoho.
okay sebelum tu, hehe dah masuk bulan puasa ni. sory lambat wish kat uoallss suma. Selamat menyambut hari Ramadhan yew. kalau boleh yang lelaki tuh puasa bior penohh ! okay taknak merepek panjang2 just nak straight to the point je la. when dah masuk bulan puasa ni berbagai-bagai program lah yang dianjurkan dekat sekolah. antaranya like tadarus al-quran,sketsa/nasyid,pertandingan menulis cerpen n manyakk lagih lah. takingat dah. ahaa so disebabkan aku ni agak suka merapu saja2 buat cerita menulis ,berblogging,berchat-chut,memuraikan diri sendiri. ehh ehhhh ehhhh . ha tengok lah dah merapuuuu lagi. =(

huhu..
so disebabkan itu aku masukla pertandingan menulis cerpen. aku ajak member aku sekali. tak mengharapkan kemenangan pon k uaolls. yang penting aku just sonok2 nak hantar karya buatan sendiri. yela mana bulehhh ciplakkk.sekadar nak sharing2. coz selama ni aku menulis n buat macam2 cerpen,novel tapi asyik terperukkk je dalam komputer n buku. erm.. now, i'm trying something new la. takdapat tempat dapat saguhati jadikkla kan kan kan ehee ~ *berangann je lebih*
hey spa kata?? dah habiss kot cerpen yang aku buat tu. haha tinggal nak print je n hantorr. ingat nak upload sini tapy hehe yelah pertandingan belum berakhir lagi so takut jugak kang ada pulk yang menskodeng cerpen aku ha dah jadik kes. mana tawuk menang tetengok ade dua cerpen serupaa pulekkkk haha berlaku kekantoian la disitu =P. (just SCARY)

apa2 pun lepas dah dihantar aku akan letak sini ok. haha. suka baca taksuka jangan bacaaaaaaaa ! okay bubyezz ! salam uoalls
muchLove#
Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

:'(

:'(



:'(



:'(

sebenarnya simbol itu sedang melambangkan perasaan saya. harap membantu. okay tiada apa yang boleh diperkatakan lagi buat masa sekarang.. babai:'( tq





Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

TAKE MY BANNER :)

KEEP IN TOUCH
 
Blog design by Fatin Hazwani. Copyright Peningpenings