Apa kata hati?

Hari demi hari berlalu pergi dengan tenang alhamdulillah. Kadangkala hari yang disangka menjadi lebih baik menjadi sebaliknya. Mungkin dek kerana assignment yang menggunung dan stress akibat pembelajaran. Maybe.
Maybelah.
Masuk hari ni,dua hari kami tidak berhubung. Kata orang, hubungan jarak jauh ni menduga. Bagi aku pulak, aku selesa malahan tidak kisah sama sekali. Adakalanya dia yang memulakan conversation, adakalanya aku. Adakala aku rasa dihargai, adakala aku rasa diperlukan. Tapi dalam masa yang sama, kadangkala jika tiada khabar. Hati ini sering berpesan. Biarlah, ada jodoh tidak kemana. Kalau sudah tiada, maka redha lah. Rindu? Ada juga. Kadangkala aku melihat sendiri dengan mata kasarku pasangan2 bercinta yg kian lama kian ranap dan lapuk dek kerana terlalu obses dengan kata hati yg mengungkap makna cinta. Mengapa? Sedangkan nabi sama sekali tidak mengamalkan apa yg umat sekrang sering lakukan.
Sentap.
Tapi bagi aku, biar apa kata orang. Aku tetap dengan prinsip hidupku. Diri ini hanya buat yang halal. Selagi belum akad, biarlah kita jadi mahal sedikit. Lagipula sebagai seorang perempuan. Jangan sebab terpengaruh dengan anasir luar kita sekali terikutan sebegitu rupa. Hati aku selalu berkata, kalau dia ingat aku dia mesej lah..kalau dia ingat aku, dia inform lah khbar berita... Takperlu berharap. Takperlu berlebih2. Bak kata orang, hati tak sakit jiwa tak merana. Sekali kena buat,sampai mati aku ingat.


Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

No comments:

Post a Comment

TAKE MY BANNER :)

KEEP IN TOUCH
 
Blog design by Fatin Hazwani. Copyright Peningpenings