Sedang aku membuntukan diri bertungkus lumus menyiapkan sisa baki esaimen kita bertiga, mencari titik ilham buat kesepaduan bersama, kau pula sedang asyik berfoya-foya menikmati indahnya dunia,cantiknya warna warni igauan shopping complex. Apa kau fikir ini projek keseorangan?atau kau hanya memikrkan kau bukan ahli kumpulan ini? pernahkah kau terfikir sibuk diri ini sebesar mana?pengorbanan stay up malam-malam buta semata-mata untuk benda ni bagaimana? menghabiskan keringat yang takpernah pudar,demi merelisasikan impian sebagai seorang pelajar. Yang bukan sahaja berjaya di meja tulis semata-mata, tetapi juga di setiap ruang pelusuk ilmu mentadbir dan membina.
Hah.
Mungkin benar kau tidak pernah merasa. Kerana kesibukan kau hanya setakat berhadapan dengan movie korea setiap hari setiap masa dan setiap jam. Tidak mengapa. Biar sakit habisnya keringat itu aku seorang yang rasa. Biar sakitnya derita menanggung kepayahan melontarkan idea aku seorang yang rasa. Agar di alam pekerjaan nanti kau pula merasai kebuntuannya., kau pula yang merangkak-rangkak.
#Penat
sentapkah kau? kisahkah aku? kerana perbandingan antara sakit kita tu disini !@#$%^&*()
Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?
No comments:
Post a Comment