"Sampai mati aku tak percayakan lelaki!"-Balqis Ayesya.
"Kamu buatlah perangai macam ni, esok-esok orang semua menikah ada laki handsome-handsome yang kamu? Mereputlah sorang-sorang sampai ke tua."-Puan Ruzainah-
"Saya akan pastikan awak milik saya..One day, Qis.."-Arman-
"Jangan mimpi! Sampai mati aku benci kau."-Balqis Ayesya-
"Perkahwinan itu bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Perkhahwinan itu saling melengkapi apabila dua insan mampu menjadi sempurna dengan adanya kelebihan dan kekurangan masing-masing."-Fareez-
Mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Balqis Ayesya yang melalui pahit getir sisa kehidupan sebagai gadis belasan tahun yang sudah pun melalui pelbagai ancaman perit yang meragut maruahnya sebagai seorang perempuan. Kini dia menjadi tersangat bengis, pendendam dan jauh berbeza seperti sebelum. Hanya kerana seorang lelaki. Prinsip hidupnya untuk tidak akan mempercayai lelaki lagi, sedikit sebanyak membawa permasalahan di dalam keluarganya. Sedari lanjutan usia yang sudah semakin meningkat, adakala dia dipaksa berkahwin biarpun dia tidak pernah menyimpan niat untuk menikahi sesiapa. Baik orang yang dikenali itu benar-benar ikhlas menyayanginya atau sebaliknya. Kehidupan Balqis Ayesya menjadi semakin brutal demi menepis segala halangan untuk hidup sendirian di hari muka yang mendapat tentangan daripada mama serta rakan-rakan sekelilingnya. Mampukah dia hidup sendiri sementara perasaan menyanyangi itu kian hidup tatkala dia bersama kaum ajnabi?
-Emma Zubaidi-
No comments:
Post a Comment