Satu perkataan yang semua orang idamkan. Tapi, sedarkah mereka dalam menuju alam kesempurnaan itu sepahit apa? Tidak seperti manisnya asmara, saat diri mengungkap cinta, tika bibir melafaz kata suka dan pabila hati mula membuihkan rasa sayang. Tidak. Tidak semudah itu. Aku? Aku juga tidak sempurna. Aku hanya insan yang sedang berusaha menuju kearah kesempurnaan. Dan sepanjang perjalanan itu, betapa perih yang aku alami. Tuhan saja mengetahui. Setiap manusia demi manusia, yang menjadi dalang, meninggalkan kesan mendalam. Bukan saja jiwa, malahan raga juga turut terseksa. AKu? Mungkin nampak bahagia, pada mata pancaindera manusia.. Namun hati, siapa sangka? Sejauh mana mampu kau ungkap perasaan perih itu, umpama kau mendaki gunung yang tiada puncaknya, yang mana akhirnya kau sendiri yang kecundang. Kerna tiada siapa akan mengerti lebih, melainkan hanya Dia (Allah) dan aku,. Apa pun aku bersyukur, aku terima ini sebagai jalan untuk aku menuju jalan hidup lebih semprna dan bahagia. Biar aku yang menentukan bagaimana coraknya kelak. biarpun beribu kali jatuh tegak berdiri, selagi tulang empat kerat ini masih berfungsi, in sha allah. Sedari diri sering terleka, memandang remeh hal yang membawa malapetaka, Allahuakhbar! Sakitnya, seperti mati hidup semula. Hidup ini adalah bukan untuk memuaskan hati semua orang. Apa yang penting, lakukan apa dirasakan terbaik buat diri. Bukan terbaik dimata orang lain? Sayang, kita hidup ni hati sendiri pun tak habis puaskan lagi. Cacat cela itu mungkin ada, tetapi sekurang-kurangnya kau cuba. Dan usaha itu hanya engkau sahaja yang tahu, bagaimna beratnya untuk sampai ketahap sepatutnya. In sha allah.
-Coretan insan yang leka-
No comments:
Post a Comment