My Working Experience (Kindergarten Teacher@Babysitter) PART 1

Assalamualaikum. Hai readers, lama kan aku tak menulis? Huhi~ berhabuk dah blog pun. Bukan tak rindu, dengan blog yang bersawang ni, tapi baru berkesempatan nak membukanya. Ditambah pulak sekarang aku dah tak ada install apa2 application dekat phone ni. Ig ke, Fb ke, termasuklah app blog. ape pun tadokk. Haa .Makin menyepilah bunda ni ye. Hahaha.

K dah merapu banyak ni.

Okey2~. Abaikan okey. Harini alang-alang nak menulis tu. Aku nak cerita pengalaman aku kerja sebagai guru tadika, guru taska, dan babysitter. Hahahah! Hamik ngkoo. 3 dalam satu. Actually pakej jelah kalau awak2 semua jadi guru budak2 ni. Depends pada umur yang korang kena handle. Or depends kat Taska yang korang kerja tu. Kot?

Macam aku,  aku kerja dekat Taska. Tapi  Taska tu kena handle budak start 3bulan sampai darjah 6. Haa see? Bertugas ikut jadual setiap minggu. Kadang jadi babysitter, kadang jadi cikgu Iqra',😂 kadang jadi Cikgu Tuisyen (Untuk Transit umur lingkungan 12 tahun).

My baby, Aish Avicenna >_< (Masa jadi babysitter)

Amani!! Mommy missed you baby!


Budak-budak dua tahun. Just some of them :)

Nak cerita tentang cabaran tu, biasalah. Dah nama pun cikgu kanak-kanak. Satu benda yang patut tertanam dalam diri kenalah sayangkan budak. Tapi yang paling penting kena banyakkan bersabar. Yang ni nunber one! Yelah, nak handle budak bukan sorang dua. Ramai. Macam aku, jaga budak dua taun ada 12 orang. Nak cerita pasal nakal tu, alah budak memang tak lepas dari nakal. Sorang dapat handle mai hat lain pulak bunyi berebut mainan lah kena gigit lah kena buli lah! Hahahah. Kelakar tau bila teringat pe'el diorang ni semua. Tapi, mencuit hati! Kelakor. Ada budak yang aku handle ni, tercampur la jugak sorang dua umur setahun. Kecik, comel je. Tapi,... Suka gigit orang! Tak padan dengan kecik kan?.Hahaha. Kena selalu perhatilah. Kalau susah sangat nak kawal, aku panggil je duduk atas riba aku. Bila kepala2 buat orang ni semua dah berpisah dengan yang sok-sok cuci plus manja ni, amanlah sikitkan? Tak gitu? Wehehehe~

Ada gak yang kuat merajuk. Lelaki pulak tu. Adeh, aku tak bagi muka sangat. Kalau time dia merajuk tu aku tengah busy, memang taklah aku nak pujuk! Huhu. Biar je. Selalunya bila dia merajui, dia akan meniarap tanpa mempedulikan orang lain. Kuikui. Bila dah reda semua kerja, barulah aku rengek-rengek nak melayan dia punya merajuk tu. Haih, dah ada adik pun perangai suka merajuk lagi?  Hehe.

Kalau nak dicerita perangai budak demi budak ni, haa. Memang sampai kesudah entry ni berpart-parr macam novel lah jadinya. Kan?

So, aku pendekkan je pengalaman jaga budak. Sebab aku nak move kepada pengalaman aku deal dengan perangai-perangai staff dekat sini pulak. Hehe.

Bila dah merasa jaga budak-budak ni, terasa naluri keibuan aku ni semakin kuat pulak dalam diri. Aceceh... Konon je kau Maa. Hehe, tapi sungguh tau. Terasa macam jaga anak sendiri je. Jujurnya aku cakap, untuk baby dengan budak dua tahun, diorang panggil aku Mommy. 😊 Aku selesa macam tu. Tapi umur atas dari tu, barulah budak-budak panggil aku teacher/cikgu.

Hehehe. So, macam mana kau tak rasa feeling keibuan tu macam mana kan? Dah panggil pun mommy. Memang aku anggap semua macam anak-anak aku sendiri dah. Walaupun penat, tapi bila tengok diorang tidur, sumpah aku rasa sayu. Bahagia je.. Jadi budak! Tak yah fikir masalah, hidup dalam dunia diorang sendiri. Cukup time makan, tidur. Cukup semuanya, bereslah budak2 tu. Kan?

Kalau urus budak2 transit pulak yang kebanyakkan umur 12 tahun, banyak releks sikit. Ajar budak2 kerja sekolah. Releks banyak sebab semua dah pandai urus diri. Mandi sendiri, pakai baju sendiri. Selaku cikgu, hanya memantau dan make sure diorang siapkan homework, bagi latihan, tanda buku latihan blablaabla. Done!

Jaga baby pulak? Okey yang ni renyah sikit. Sebab baby memerlukan penjagaan rapi :) Tapi puas hati bila dah berjaya jaga semua macam mana yang dipertanggungjawabkan. Yelah, bayangkanlah. Tengah baby dok lena, kita baru nak suapkan baby lain makan. Tetiba dia nangis, mintak dukung. Time tu jugaklah dia nak merap. Haiyaaa. So, mahu tak mahu, kenalah satu tangan pegang baby dengan penuh sopan satu lagi tangan suap sorang lagi baby makan. See? Hehe, dahlah tangan tu kalau boleh macam2 yang nak dicapainya. Jenuh bawak lari makanan daripada ditepis si baby yang memerap ni.

Lagi satu, jaga baby ni kalau bahu lenguh2, tangan sakit2 tu benda biasa lah. Sebab dok dukung baby kan. Nak mandikan pun ada cara, buat jatuh terlentang anak orang. Tak ke naya? Hahaha. Tapi alhamdulillah, sepanjang aku handle. Baik2 saja. Mula2 kekok, lama2 okeylah. Time tu, baru teringat, macam nilah mama jaga aku kan dulu? Huhu.

Bersambung. .

Secara jujurnya, aku rindu sangat2 dengan anak2 syurga ni. Nak letak gambar banyak2 susah, tak onn Laptop. Guna phone aje. Hehe, jumpa next part k .


Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

No comments:

Post a Comment

TAKE MY BANNER :)

KEEP IN TOUCH
 
Blog design by Fatin Hazwani. Copyright Peningpenings