Okay. Entry ni merupakan kesinambungan entry pengalaman bekerja di Taska sebulan yang lepas. Aku sambung sikit lagi cerita pasal dengan siapa aku bekerja. Aku bekerja dengan seorang kakak yang tua sikit dari aku. Kan dua guru bagi satu satu lingkungan umur yang perlu dijaga. Masa bekerja aku 7.30-7.00. Setiap pukul 6 atau 6 suku macam tu, akan ada sorang lagi staff pangkat kakak yang akan temankan aku. Kebiasaannya lah. Sebab aku je amik masa bekerja sampai pukul 7. Kakak tu tidur di taska tempat aku bekerja. Jadi, sebab itulah dia akan balik sini bila masa kerja dia tamat. Dia bertugas di taska lain. Dekat je. Jalan kaki. Depan depan je. Huhu.
Pertama kali berjumpa dia, aku bersembang macam biasa. Al maklum, orang yang kenal aku tahulah tahap keramahan aku tu macam mana. Tapi, ada sesuatu yang pelik yang aku perasan bila kakak ni balik. Nama dia Kak Y. Bila Kak Y ni balik dari kerja which means balik taska ni lah, staff-staff lain yang kerja dekat sini, diorang lebih suka duduk luar. Aku pulak? Sajelah malas nak duduk luar. Aku stay je kat dalam sementara tunggu mak aku datang ambik *maklum, masatu kereta rosak lagi*. Sambil-sambil tu, bersembang sakanlah kami. Kadang gelak, ketawa. Dia banyak bercerita mengenai kisah hidup dia kat aku. Dia antara staff paling lama di taska ni.
3 tahun sudah dia berkhidmat disini. Tinggal di Taska ini. Dia yang banyak bercerita, aku selaku adik hanya mendengar dan mengiakan.
Hehehe..
Dia merupakan anak bongsu daripada adik beradik yang lain. Itu yang dia cerita pada aku. Apa yang aku tengok, dia macam seorang yang amat manja dalam keluarga. Mana tidaknya, nyamuk gigit pun dia kata abang dia marah tak kira. Hahahaha! Untunglah! Bagi aku, bonding keluarga mereka sangat kuat. Dia bercerita tentang latar belakang kakak dan abang-abang dia. Abang dia doktor, engineer. Pergh, memang kerja hebat-hebatlah! Untung, tapi dari situ, aku rasa pelik. Kalau camtu, kenapa dia kerja guru taska je? Ah! Persetankanlah. Mungkin dia memang minat kerjaya ni. Positif beb positif!
Suatu hari, dia tanya pasal diri aku. Aku okey ke kerja sini? Aku kata, okey je.. Lagipun buat part time, sambil-sambil. Cari pengalaman!
Dia nampak terkejut.
"Part time? Habis tu apa yang full time nya?"soal Kak Y.
"Emma study lagi lah akak.. Tengah tunggu nak masuk degree ni,"ujar aku sambil tersenyum.
"La yaka.. Kak Y dulu pun ada diploma. Diploma in Accounting, tapi malas lah nak sambung dah. Cukup lah setakat diploma je,"dia memberitahu. What? Terkejut aku akak ni ada education jugak rupanya. Heh. Tu lah tengok dari luar, dia dah berusia. Mana nak tahu dia ada diploma. Accounting pulak tu. Aku rasa bangga lah sikit dengan dia. Sebab aku ni jenis tak minat Account. Masa study dulu aku buat Account hancur beb hancurr! Aku benci gila subjek account. Tengah malam nak final aku menangis sebab tak reti nak buat account ledger lah apalah. Huhu, kenangan betul lah.
Aku ada tanya dia, kenapa tak kerja ikut pada tahap education yang dia ada? Buat akaun ni masyuk oi. Dia kata, dulu dia kerja buat akaun lah. Tapi pening kepala. Ouh, ingatkan ambik akaun tak pening. Relakan amik akaun? Sepatutnya tak peninglah weheheheheh. Dulu dia bekerja dengan Tan Sri mana entah! Dia ada cakap, kalau aku nak mintak kerja nanti, boleh try mintak dengan Tan Sri tu. Dia senang bagi kerja.
Wow! Gila betul. Aku iakan saja. Aku ni siapa tiba-tiba nak mintak kerja dengan Tan Sri ui? Kehkehkeh.
One day, dia tanya aku satu soalan.
"Agak-agak emma akak dah ada anak ke belum?"katanya. Aku blur tiba-tiba. Dah ada ke belum woi? Tengok gaya macam dah kahwin ada anak besar-besar dah. Aku cakap ada dah kot. Lepastu dia tanya lagi,
"Emma rasa akak kahwin tak lagi?"terus aku rasa lain. Hisy, ni peribadi sangat nak main teka teka. Nanti silap cakap, tersinggung pulak. Aku cakap belum kot. Pastu dia senyum je. Tak bagitahu aku status dia yang sebenar. Beberapa hari lepastu, akak yang kena handle budak dua tahun dengan aku ni bagitahu Kak Y ni belum kahwin.... Owh..... Begitu ke.. Huhuhu...
Actually, nak kata ada rasa lain sepanjang berkawan dengan akak Y ni. Ada la jugak, sebab cara dia bercerita macam hidup dia terlalu mewah. Tapi, pernah aku terfikir kalau betul life dia mewah segah yang dia selalu cerita tu, kenapa sampai nak keluar pergi topup pun kena main kirim2 dekat staff lain? Dia kata ada banyak kereta kat rumah abang dia. Kenapa dia tak bawa pergi Taska sebijik? Kan? Korang rasa tak apa aku rasa ni? Ke aku sorang je yang mulai rasa pelik2? Kahkahkah.
Okey sambung..
Seminggu bekerja disana, boleh tahan. Aku makin sayang dengan bebudak kat situ. Dorang pun manja je dengan aku. Tapi kalau diorang buat hal, aku tak bagi muka sangat. Aku tempik jugak, tapi setakat naik suara je lah. Tapi lama-lama, staff yang menjaga baby dekat luar macam marah aku sebab suara kuat sangat. Ada jenis baby takboleh bising-bising. So, kalau diorang buat perangai, aku jegilkan mata je. Sambil letak jari telunjuk dekat mulut menandakan aku suruh diorang behave. Okey, menjadi. Takut dorang lepas aku buat macam tu. Settle!
Suatu petang, akak yang kena kerja dengan aku tu ada bertanya dekat aku. Okey ke kerja sini? Aku jawab okey je kak.. Gaya dia tanya, macam ada yang tak kena. Katanya, setengah orang tak tahan, kerja sehari berhenti! Alahai. Yang terjadi tu semua ambik kos pendidikan awal kanak-kanak lah. Pelik jugak aku, kalau tak minat, kenapa ambik? Bagi aku, okey je. Letih? Perkara biasa. Tapi bila dah lama-lama penat ke apa ke dah tak rasa. Kami bersembang banyak hal. Termasuklah perangai staff-staff dekat taska ni. Okey, yang ni aku minat. Aku pasang telinga betul-betul. Mana tahu, ada staff lain tetiba kutuk aku? Aik? Budak baru kot tak kan kena kutuk dah ahahahahaha.
Berdasarkan cerita Kak Mina, aku dapat bayangkan. Ada staff yang suka cakap belakang, yang tak puas hati pasal gaji, yang buat cerita, yang itu ini. Okey, tak terkejut manalah. Aku dah jumpa macam-macam jenis manusia kat muka bumi ni. Setakat nak hadap manusia style mengumpat belakang, takde hal! Lantak ngko! Tapi, jangan sampai buruk kan aku dekat owner taska sudah. Tak pasal-pasal jadi bergaduh pulak nanti. Mulut orang, tak boleh tutup kan? Okeylah not bad! Aku kerja kejap je, so lantaklah kome nak jadi apa hahaha.
Berkaitan staff dekat sini, orang first aku kenal ialah Mira dan Mas. Bagi aku, budak berdua ni susah sikit nak masuk di awal-awal. Sebab tu aku suka duduk dalam bilik. Tapi bila dengan Kak Mina, mak aih ramah ui. Hahahaha. Terasa? Sikit je. Tapi bila dah lama tu baru aku tahu, diorang okey je. Cuma, take time nak dapat rasa bonding tu sama-sama. Dorang sembang, aku sembang. Tanya sepatah, jawab sepatah. Heeee, jadi pendiam lah pulak.
Sebab itu, bila Kak Y balik, dia bersembang dengan aku. Aku rasa selesa. Yelah, masa bekerja aku banyak diam. Hehehe. Yang tu kelakor plus sedih! Haahhaha. Okey sambung cerita, rupa2nya, segala cerita negatif yang aku dengar dari kak Mina tu, semuanya tentang diri Kak Y rupanya. Whatt?? Bila dapat tau tu okeyla. Terkejut jugak.
Tapi bagi aku, selagi aku tak kacau hidup dia, dia tak kacau hidup aku, tak buat cerita pasal aku. Aku layan elok. Just that. Got it? Sebab tu aku buat derk je even dah tau perangai kak Y ni.
Nak dijadikan cerita, one fine day..
Hahaha.
Okey serius2-!
One day tu aku tengah ditugaskan untuk mengajar kat taska lain pulak. Jaga budak2 transit. Budak 12 tahun lah senang cerita. Bila dah jaga budak transit, memang banyaklah masa kami cikgu2 dok bergosip kahkahkah. Senang cakap, aku terdengar perbualan Cikgu2 yang dah lama bekerja di taska ni sebelum aku. Mula2 tu tak ambik pot sangat tapi bila dah lama ni aku rasa macam ada yang tak kena je. Dorang cite pasal siapa ni? Sampailah ada words yang aku dapat tangkap dari sorang member setugas aku.
One day tu aku tengah ditugaskan untuk mengajar kat taska lain pulak. Jaga budak2 transit. Budak 12 tahun lah senang cerita. Bila dah jaga budak transit, memang banyaklah masa kami cikgu2 dok bergosip kahkahkah. Senang cakap, aku terdengar perbualan Cikgu2 yang dah lama bekerja di taska ni sebelum aku. Mula2 tu tak ambik pot sangat tapi bila dah lama ni aku rasa macam ada yang tak kena je. Dorang cite pasal siapa ni? Sampailah ada words yang aku dapat tangkap dari sorang member setugas aku.
Lebih kurang gini ah ayat dia
".....kalau tidak tu, mungkin imaginasi dia lah lah tu....."
Aku tersentak. Aik apa benda yang imaginasi? Terus aku menyelit. Aku tanya, siapa yang berimaginasi? Masa tu aku meremang tau! Bulu roma aku memang tegak serius cakap.
"Kak Y la...!"bagitahu akak tu lagi.
What?? Kak Y? Selongkar punya selongkar, baru aku tau selama ni aku berkawan dengan orang yang tak berapa nak siuman plus tak berapa betul! Tapi ada unsur psiko tau akak ni. Ya rabbana.. memang aku meremang habis lah cerita dia.
Macam2 kot dia dok bercerita dekat aku. Rupanya segala benda yang dia bagitahu aku tu semuanya tak betul. Ada abang? Ada kakak? Ada itu ada ini? Hakikatnya dia sebatang kara. 3 tahun duduk kat taska tu sekali pun dia tak pernah balik rumah. Ya allah.. Kesiannya. Mungkin dia sunyi sebab tu dia jadi macam ni. Patutlah aku rasa pelik setiap kali dia bercerita. Semuanya gah tentang hidup dia.
By the way, dia bagitau aku yang dia anak bongsu. Tapi pada orang lain dia kata dia anak kedua. See? Dia selalu cerita kalau balik rumah dia akan jaga anak2 buah dia. Ramai! Aku pon caya la dah dia memang kerja jaga budak kan? Hahahah. Sedih bila dengar cerita pasal dia.
Pernah one day tu, hotlink antar mesej, dia kata abang dia yang mesej. Adududu. Serius cakap, dari luaran nampak normal tau! Tak nampak macam psiko apa pun. Tapi....fuhhhh.
Rupanya maybe selama ni dia sekadar berimaginasi dengan dunia dia sendiri. Ataupun memang dia..erm tak tahu nak cakap. Dia terlalu memendam rasa kot. Dia tak cerita hal yang sebetulnya pada orang2 sekeliling dia. Dia cuba nak nafikan tentang kisah life dia. Ini lah yang jadi. Lagi satu mungkin sebab dia tak kahwin sama.
Pernah dia bercerita dekat aku yang orang depan taska ni kawan dia. Lelaki. Kawan special la kot. Kan? Bila balik je mesti dok intai2 kot tingkap sambil cakap... 'ala dok tunggu ke?'. Eyh.eyh.
Bila dah tau cerita pasal dia. Aku wat dono jela. Dia sembang aku layan je. Percaya jangan. Huhuhu. Bukan tak kesian tapi apa boleh buat? Owner taska tu memang hebat lah sebab bertahan dengan pekerja macam tu. Owner taska aku kerja tu memang baik. Tak sampai hati nak buang dia. Dah tak da sesiapa kan? Tapi sebab Kak Y ni jugak lah ramai staff2 tak tahan berenti kerja sbb perangai Kak Y ni. Kesian kan? Mujur aku part timer je. Hush. Mulut dia suka bercerita benda yang tak manis dekat orang. Suka laga2 sesama staff. Dah tu camne?
Sekarang barulah aku faham kenapa setiap kali Kak Y balik, dua org lagi rakan setugas aku duduk kat luar. Hahaha! Rupanya dorang pun pernah ada kes dengan akak ni. Kes balas2 mulut lah ni. Huhi~
Sekarang barulah aku faham kenapa setiap kali Kak Y balik, dua org lagi rakan setugas aku duduk kat luar. Hahaha! Rupanya dorang pun pernah ada kes dengan akak ni. Kes balas2 mulut lah ni. Huhi~
So kesimpulannya, selain pengalaman jaga budak. Aku mengalami satu lagi pengalaman berdepan dengan spesis manusia berkategori lain dalam life aku. Hehehehe. Cerita ni dijadikan pengajaran lah. Kau orang kena hati2 tau. Tak semestinya korang tengok kawan korang macam okey tapi takde masalah apa2. Hehe gurau2. Actually kalau korang ada masalah or something, ceritalah. Jangan pendam sampai macam ni sekali. Bahaya tau? Memanglah kita share masalah dekat orang,masalah tak settle. Tapi percayalah, bila dah luah dekat sesapa hati kita akan rasa lega. Okey? Salam sayang dari hakak. Nah belanja gambar satu! K jangan kecam tau? Wehehehe k love ya. Tengoklah lalau ada story lagi hakok oyak deh. Salam sayang ceria selalu😘
No comments:
Post a Comment