Kenapa mengapa dan bagaimana?

﴾͡๏̯͡๏﴿
Jadinya, genap jam 12.00 pm tadi, maka berakhirlah satu lagi paper yang bagi aku agak merungsing jiwa, menyingsing sengsara.

Macroeconomic.

Satu perkataan yang mana yang suka bermain dengan kalkulator, akan berkata yeayy i m done!! Dan yang seringkali careless seperti sang punya diri, hanya tersenyum hambar sambil berkata "ya..bolehlah".

Tapi jadilah daripada effort yang zero, cakap kosong berjela. Sekurangnya markah itu ada. Cuma, bila tidur kepala akan sentiasa berfikir soalnya. Even buku sudah kau sorok biar tak jumpa. Tetap. KAU AKAN FIKIRKANNYA. Kenapa? Bukan anti jauh sekali jijik dengan kira2, tetapi sang diri suka ada satu penyakit, yang diberi nama cuai dan lalai. Yang akhirnya menempuh bahananya derita. Ohh, mcm tu sekalikah demam final exam? Mungkin. Kpd hati, supaya kau tabah. Apapun keputusannya, semoga kau yakin aturanNya lebih hebat dari yang kau sangka.

#3.51p.m/-bingkisanbuatSangHati-


Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

Bicara insan yang LEKA

Sempurna..
Satu perkataan yang semua orang idamkan. Tapi, sedarkah mereka dalam menuju alam kesempurnaan itu sepahit apa? Tidak seperti manisnya asmara, saat diri mengungkap cinta, tika bibir melafaz kata suka dan pabila hati mula membuihkan rasa  sayang. Tidak. Tidak semudah itu. Aku? Aku juga tidak sempurna. Aku hanya insan yang sedang berusaha menuju kearah kesempurnaan. Dan sepanjang perjalanan itu, betapa perih yang aku alami. Tuhan saja mengetahui. Setiap manusia demi manusia, yang menjadi dalang, meninggalkan kesan mendalam. Bukan saja jiwa, malahan raga juga turut terseksa. AKu? Mungkin nampak bahagia, pada mata pancaindera manusia.. Namun hati, siapa sangka? Sejauh mana mampu kau ungkap perasaan perih itu, umpama kau mendaki gunung yang tiada puncaknya, yang mana akhirnya kau sendiri yang kecundang. Kerna tiada siapa akan mengerti lebih, melainkan hanya Dia (Allah) dan aku,. Apa  pun aku bersyukur, aku terima ini sebagai jalan untuk aku menuju jalan hidup lebih semprna dan bahagia. Biar aku yang menentukan bagaimana coraknya kelak. biarpun beribu kali jatuh tegak berdiri, selagi tulang empat kerat ini masih berfungsi, in sha allah. Sedari diri sering terleka, memandang remeh hal yang membawa malapetaka, Allahuakhbar! Sakitnya, seperti mati hidup semula. Hidup ini adalah bukan untuk memuaskan hati semua orang. Apa yang penting, lakukan apa dirasakan terbaik buat diri. Bukan terbaik dimata orang lain? Sayang, kita hidup ni hati sendiri pun tak habis puaskan lagi. Cacat cela itu mungkin ada, tetapi sekurang-kurangnya kau cuba. Dan usaha itu hanya engkau sahaja yang tahu, bagaimna beratnya untuk sampai ketahap sepatutnya. In sha allah.

-Coretan insan yang leka-

Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

Rapuh

Kejutan itu
amat tidak disangka,
Aku,
Tidak pernah terlintas mahupun terfikir,
Mengapa?
Disaat bangunnya sang merpati
Gugurnya gagak berlari
Untuk kesekian kalinya
Aku tersepit lagi
Tersepit dengan perasaan yang sudah lapuk
Terhimpit dek rasa sebak
Apa namanya itu
Hati ini buat kesekian kalinya diuji
Mungkin mulut bicara tidak
tetapi hati sekalipun tidak menafi
Apa yang terjadi antara kami
Allah,
Aku mohon kudrat serta semangat dariMu
Biar aku terus gagah
Agar dapat aku juangkan
Segala benda yang tersirat
Penuh dengan onak
berselirat bagai urat belikat
Biar rahsia ini
Terjaga rapi
Dan kalau boleh
Tersimpul rapi ditengah2nya
Biar tiada siapa yang tahu
Semoga sang hati
Lebih kuat dari besi
Lebih tajam dari duri
Menepis segala badai
In sha allah
Aku yakin,
Suatu hari nanti.

-coretanHati-/penings'pena/7.31p.m


Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

Part 10#Cebisan Kasih

                                                      BAB 11.

“Qis..!”panggil Julia sambil menjengul dimuka pintu.
“Jue! Masuklah..”pelawa Balqis. Ada buku yang didakapkan bersama.
“Dah habis study ke?”tanya Julia sambil menarik kerusi bersebelahan dengan Balqis. Dia melabuhkan punggung. Ada keluhan kecil keluar  dari nada sayup Balqis. Dia menggeleng kepala. Kalau dah habis tidak mungkinlah dia boleh berada di atas meja ni. Dah nak muntah dia menghadap buku. Mahu tidaknya, sudah berjam-jam dia menuntut di atas mejanya itu. Ilmu yang dapat diserap entah berapa peratus sahaja. “Habis apanya.. Ni baru bab lima.”jujur Balqis. Malas dia mahu selindung.
“Fuyo! Banyaknya!”pantas Julia memberi respon. Banyak? Ada lagi tiga bab yang perlu dia baca dan fahami. Entah-entah dia dah habis.. Bukan boleh harap sangat si Julia ini.
“Jue baru bab tiga. Tu pun tak faham!”Julia mengeluh. Yeke tu? Balqis masih membuat muka selamba.  “Habis Jue ingat Qis faham sangat ke?”tanya Balqis sambil mengangkat kening. Fuhlamak! Macam kening Ziana Zain. Julia membuat muncung muka. Masing-masing masam mencuka.
"Tak faham la apa dia tulis ni. Bahasa Inggeris apa yang dia orang semua ni guna? Hisy!"rungut Julia lagi. Balqis hanya mencebik. Itulah pasal. Dia juga ada fikirkan tentang perkara itu. Dia orang fikir anak-anak melayu ni semua sekolah kat sekolah Inggeris kot. Macam orang dulu-dulu. Sempat lagi dia mengkritik. Apa boleh buat, nak dapatkan ilmu, mana ada yang mudah. Maklumat mungkin dapat diperolehi dihujung jari, tetapi ilmu yang sebenar benarnya itu adalah lebih sukar daripada apa yang dijangka.
"Ala, Jue..rilekslah. Test aje pun. Kita tiru ajelah.. Nak?"selamba dia mengeluarkan idea gila yang entah dari mana dia dapat. Berani betul kenyataan dia malam itu. Wow.. Ni kalau Ayuni dengar ni masak aku ni. Ceh! Sembang bolehla minah... Terkejut Julia dengan gurauan kawan disebelahnya itu. Lain macam gurauan dia hari ini.
"Hui!"sergah Balqis lagi. Sedari Julia mula memandang dia lain macam. Balqis mula tersengih. Dah kenapa pandang aku macam tu? Tahu la segak! Hehehehe..
"Orang gurau aje la, Jue. Hehehehe..."jelas Balqis sambil tersengih.
"Eii..Qis!"rungut Julia. Dia menampar lengan Balqis.
Julia fikir dia bersungguh-sungguh. Macam-macam cara sudah bermain dekat kepala otak dia. Al-maklum, nak menirulah katakan. Lawak apanya malam-malam buta macam ni! Esok pagi la test! Aduh..
"Tak lawakla pukul 12.30 tengah malam macam ni!"tempik si Julia.

"12.30 pagi."Balqis memperbetulkan. Sempat lagi dia menyakat. Julia sudah mula buat muka muncung. Aloloh.. Muncung-muncung pun comel! Getus hati Balqis.
"Dahla.. Takyah la nak stres sangat, hurm.. Macam ni. Kita buat past year aje la. Nak?"kata Balqis memberi cadangan. Bernas juga idea itu.
"Jue pun ingat macam tu lah.."balas Julia. Lagipula jika mahu dihabiskan bab yang belakang-belakang itu malam ini, macamlah boleh habis! Silap-silap haribulan buku yang baca mereka. Tidak dinafikan jurusan yang diambil oleh Balqis memerlukannya untuk banyak membaca. Mujurlah dia jenis yang gemarkan membaca daripada mengira.
"Kita habiskan dulu yang mana ada. Kejap lagi kita sambung buat soalan Past Year sama-sama."arah Balqis mula serius. Julia sekadar mengiakan. Malam itu penuh dengan kejutan. Mahu tidaknya, mereka digemparkan dengan test, quiz dan bermacam lagi kerja yang melibatkan aktiviti kumpulan. Mana nak berkejar untuk peperiksaan akhir lagi. Disebabkan minggu ini merupakan minggu terakhir bagi mereka semua, makanya semua benda harus diselesaikan dalam minggu ini juga. Apalah nasib badan... Mereka belajar bersama-sama sehingga pukul dua pagi. Sesekali dia menoleh ke katil Ayuni. Sedapnya tidur..Mentang-mentang kelas kau tak padat macam kelas aku. Fikirnya.

Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

Part 9#Cebisan Kasih

BAB  10

Seperti kebiasaan, rutin hari-hari yang dilakukan oleh para mahasiswa sebelum pensyarah tiba ialah ber ‘selfie’, bersms, tidak kurang juga yang bergosip kalah mak jemah. Masing-masing  khayal dengan dunia mereka sendiri. Termasuklah Balqis. Kerjanya tidak lain tidak bukan hanya termenung..Termenung dan termenung.. Lama mana dia bertahan? Lama mana pensyarah masih belum tiba. Dalam tempoh masa itulah dia tidak menghiraukan sekeliling, melayan perasaannya yang entah bila mahu habis. Adakala dia terdengar satu ketawa besar di kalangan rakan-rakan mereka.
Terkejut.
 'Bahagianya hidup.' Bisiknya sendiri. Bukan niat dia mahu cemburu dengan kehidupan rakan-rakannya yang lain, cuma bak kata orang tu, seronok berpada-pada. Karang adalah yang nak menangis tu. Telaah Balqis satu persatu pe'el rakan-rakan sekelasnya. Selalunya begitulah, masuk kelas huuhaa sana-sini dah habis kelas nanti ada sahaja yang menangis lah, itulah inilah. Diulangnya satu persatu hal yang selalunya terjadi di dalam kelas. Drama banyak betul duduk kelas ni! Kalah masa zaman tadika dulu! Fikirnya.
“Hai, Qis!”sapa Mimi dan Dira yang baru sampai. Tergesa-gesa sahaja lagak mereka. Lewat mereka datang hari itu. Ada hal barangkali.
“Kita orang ingat kita orang dah lambat! Huh!”keluh Mimi. Diikuti Dira yang duduk di sebelahnya. “Punyalah kami rushing nak datang sini. Naik  tangga lagi. Penatnya!”tambah Dira pula. Aloloh.. Comelnya melihat kedua gadis kecil molek ini mengomel. Balqis tersenyum kecil. “Hui! Apa ni senyum sorang-sorang?”usik Dira yang mula menyedari Balqis yang tiba-tiba tersengih seorang diri. Tangan Dira menguis lembut pipi kiri Balqis. Eh eh!
“Mestilah I senyum.. Sebab You orang berdua ni comel sangat. Tambah-tambah bila marah. Heeee.”balas Balqis sambil tersengih lagi. Pulak..Macam-macamlah si Balqis ini. Ada sahaja yang hendak dipujinya. Tidak dapat puji waktu mereka tersenyum, semasa tengah marah pun jadilah..
“You ni suka tau.. Perli-perli kita.” Di dalam malu, ada nada rajuk yang sengaja dibuat-buat oleh si Dira. Ewah! orang puji ikhlas, dituduh perli pula.”Mana ada I perli lah baby.. I ikhlas tau.”bersungguh-sungguh Balqis memuji. Ada apa-apa ke ni? Sudah mulalah pabila perangai masing-masing mahu memuji itu ini, lusa pun belum tentu habis.
“Qis pun comel juga. Hehehe..”tambah Mimi pula. Suaranya yang halus itu dapat menambat hati sesiapa sahaja. Alahai Sizuka aku ni.. Cair hati aku ni tau. Untung siapa boyfriend dia. Dengar suara saja dah dapat menenangkan hati jiwa raga. Ini baru suara biasa ni. Belum lagi dia membuat suara manja. Agaknya kalau dengan boyfriend dia macam manalah agaknya ya.. Di dalam termenung-termenung si Balqis ini sempat lagi fikirannya menerawang mentafsir personaliti diri setiap seorang rakan-rakannya.
“Comel la suara Mimi ni…”tiba-tiba muncul ayat itu. Habis merah muka Mimi yang putih dan licin seperti telur itu. Ada-ada je Balqis ni..Huk.
Kurang lima minit kemudian pensyarah pun tiba. Pensyarah yang diberi nama Madam Effa itu memohon maaf kerana terpaksa masuk lewat. Ada hal kecemasan katanya.
“Sokey Madam..Lagipun Madam nampak cute lah harini Madam..Hehehe..”kata Najihah. Ada tawa di hujung bicara.nya. Hai nak membodek ke.. Ahli kelas mereka yang tersangat sporting  itu sedikit sebanyak menaikkan semangat belajar bersama-sama satu kelas. Semua pensyarah dipuji mereka. Kalau boleh semua pensyarah mahu mereka sakat. Ada kalanya class rep mereka sendiri terpaksa mencari jalan lain untuk menenangkan sesuatu situasi di dalam kelas mereka. Aktif sungguh! Mulut satu persatu daripada mereka kalah pasar pagi yang ada dekat Machang!

“ANAKNDA-ANAKNDA DADDY SEKALIAN, MOHON ANAK-ANAK SEMUA BEHAVE YA. NI BUKAN KELAS  TUTORIAL, NI KELAS CAMPUR TAU ANAK-ANAK………..”

Hampir tersembur Balqis membaca amaran kecil-kecil cili padi yang dikeluarkan oleh si Hisyam, class rep yang juga bertindak sebagai ‘Daddy’ dalam kelas mereka. Sudahlah dia tengah minum. Daddy ni.. Suka sangat buat benda di luar jangkaan. Tidak lama kemudian suasana sunyi seketika dik kerana masing-masing sibuk menelaah talifon bimbit. Mungkin tengah sibuk membaca arahan yang diberikan. Namun tidak lama, baru sahaja Madam Effa meminta diri menjawab panggilan talifon, deraian ketawa akhirnya dilepaskan oleh sekumpulan pelajar di hadapan. YA ALLAH! Suara yang paling kuat didengari ialah si Najihah itulah. Dia kalau ketawa, tidak ingat dunia!

“Daddy buat kelakarlah! HAHAHAHA!”celah Najihah sambil tergelak besar. Mereka yang masih menahan tawa akhirnya terburai gelak bersama. Balqis juga akhirnya tewas. Dia turut ketawa terbahak-bahak. Mana tahan beb! Apala nasib, daftar kelas ni macam-macam ragam yang timbul. Tetapi sedikiit sebanyak dapatlah mengisi ruang kosong di dalam hati. Hilang sedikit stres dia. Masing-masing memandang Hisyam. Aduh! Mujurlah Hisyam cuma bertubuh kecil sahaja, cepat-cepat dia menutup mukanya dengan buku. Malunya! Ish budak-budak ni! Orang suruh diam, lagi buat bising pula. Hilai tawa mereka mendapat perhatian daripada Madam Effa.
“Apa hal dengan kau orang semua ni? Kau orang buli Hisyam ya?”sampuk Madam Effa tiba-tiba. Pulak dah.. Ada gaya Madam ni nak masuk join sekaki.. Hisyam menepuk dahi. Aduii.. Apa ni…. Masak juga dia hari itu, tidak cukup dikenakan oleh anak-anak buah, dengan pensyarah pun kena sekali. Nasib kau la Labu!
Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

Part 8#Cebisan Kasih

                                                                     BAB  9

Balqis menyandarkan badannya di kerusi roda yang terdapat di bilik kelab DIPAC. Pusing kepalanya memikirkan cara untuk mengumpulkan dana bagi program-program seterusnya. Walaupun dia bukan memegang portfolio sebagai bendahari, namun sedikit sebanyak tempias yang dilemparkan semasa perbincangan di antara dia dan ahli jawatankuasa yang lain didalam mesyuarat sebentar tadi sedikit sebanyak mempengaruhi mereka semua dalam merancang program pada masa akan datang. Barisan pensyarah sudah merancang itu ini, mahukan semuanya berjalan lancar. Harapan yang digarapkan kepada mereka semua bukan main tinggi. Jauh lebih tinggi dari apa yang diimpikan semasa zaman mantan-mantan mereka mengambil alih dulu. Sememangnya semua para pensyarah sekadar mahu mengembalikan semula zaman kegemilangan kelab ini suatu ketika dahulu. Setelah kelab ini dipimpin oleh para mantan, tidak banyak transformasi yang digarapkan oleh mereka semasa memimpin. Program juga tidak banyak yang berjalan. Kelab ini seolah-olah sudah tidak dikenali lagi. Apabila berada di tampuk pimpinan yang baru, mereka-mereka inilah diberi tanggungjawab yang sangat besar untuk membangunkan kelab ini semula.
"Uit, jauh mengelamun kak yong,"sapa Hisyam dari arah belakang. Balqis seolah tidak terkejut. Dia memandang Hisyam dengan pandangan penuh bosan. Ada keluhan kecil kedengaran.
"Aku peninglah fikir pasal benda yang kita bincang dalam meeting tadi, Syam,"jujur Balqis sambil memicit-micit kepalanya. Terasa buntu buat seketika. Hisyam mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Aku pun ada fikir jugak pasal tu.. Apa nama program kau dengan Shakir tu?"soalnya tiba-tiba.
Perbincangan menjadi semakin serius.
"Induction session,"sepatah dia menjawab.
"Program untuk budak-budak part one aje kan?"tanya Hisyam lagi. Balqis sekadar mengangguk. .Macam teruk sangat saja kelihatan masalah yang dihadapi. Gila tak teruk? Kalau bajet tak cukup macam mana nak jalankan program?
"Kau agak-agak guna duit banyak tak?"Hisyam masih belum berpuas hati. Balqis mengeluh lagi. Hari ini saja sudah berapa kali dia mengeluh.
"Mungkin. Aku tak sempat nak bincang dengan Shakir lagi,"jawab Balqis sambil matanya dipejam. Dia antara insan yang paling banyak juga diberikan harapan dan kepercayaan mengendali sesuatu tugasan. Madam Effa dan Proffesor Iskandar pernah berharap agar dia dapat mencarikan penaja daripada mana-mana VIP yang dia kenal. Memikirkan hal itu lebih membuat dia jadi kusut. Vip? Mana dia nak cari? Dia bukannya golongan bangsawan yang berkawan dengan ramai dato'.
"Aku buat program OPKIM. Lagi besar bajet nak pakai....,"keluh Hisyam pula. Balqis mengerutkan dahi. Terbayang di kepalanya apabila disebut tentang program OPKIM. Sebuah program outdoor yang mempunyai rentetan program yang sangat terperinci. Sudahlah dia memegang portfolio sebagai biro Program dan aktiviti. Sudah pasti tugas-tugas seperti tentatif dan Q-sheet berada di bawah tanggungjawabnya nanti. Adui.. Peningnya kepala. Apalah nasib...
"Nanti kita ‘kautim’ dengan bendahari balik lah,"cadang Balqis mahu menutup sesi perbincangan. Pantas dia bangun. Pintu dikuaknya luas. Dia melihat sahaja Hisyam nencapai remote control penghawa dingin itu lalu ditekannya butang Off.
"Apa hal kau tutup?soal Balqis hairan. Rasanya dia mahu terus berada di bilik itu menggunakan komputer untuk menyiapkan surat rasmi bagi program induksinya nanti.
"Aku sejuk."ringkas jawapannya.
Pelik! Aku ni punyalah panas. Walaupun ada aircond, tapi tetap rasa panas. Lagi panas bila fikir pasal ni! Omel Balqis sambil mencapai beg tangan dan beberapa buah buku di atas meja.
"Aku balik dululah. Kunci ada atas meja. Nak keluar nanti jangan lupa kunci pintu,"pesan Balqis sebelum keluar menyarung kasut. Hisyam sekadar mengiakan. Nampak gayanya harini giliran dialah pula selaku setiausaha untuk beradu di kamar ni jika tugas masih belum selesai tepat waktunya.


Lambat Balqis pulang hari itu. Selalunya jam enam sudah ada di kamar. Tetapi lewat pula mesyuarat petang ini habis. Perutnya sudah berkeroncong. Memikirkan pelbagai makanan yang terjual di kafe membuatkan langkahnya semakin cepat. Bayangannya kian lenyap dari satu sudut bilik yang dikhususkan buat ahli-ahli jawatankuasa di situ meninggalkan rakannya si Hisyam sendirian.

Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

Part 7#Cebisan Kasih

                                                                         BAB 8

Balqis membuka tombol pintu kamarnya perlahan-lahan. Dilihatnya Ayuni dan KakSha yang sedang asyik tidur lena. Segera dia masuk perlahan-lahan. Awalnya tidur. Getus hatinya. Dia meletakkan barang-barangnya diatas meja. Beg tangannya disangkut berdekatan dengan birai katil. Dia segera melabuhkan punggung diatas kerusi yang terletak dekat dengan meja belajar miliknya. Lama dia termenung. Agaknya kalau pencuri datang curi barang-barang dia dan kawannya yang lain juga entah-entah dia tidak sedar. Sesekali terdengar dia mengeluh kecil. 
'Kenapala aku kena hadap lagi orang macam dia.. Tak faham betul aku, bukankah dia yang tak nak langsung bersua muka dengan aku? Alih-alih siap tolong ajarkan akaun bagai lagi. Sakit kepala aku.' Hatinya terus menerus berbicara tanpa hala tuju. Fikirannya masih teringat akan perkara tadi siang. Dia datang di saat semua orang sedang berada dalam kebingungan. Kalau tidak sebab dia juga, pasti kerja yang diberi oleh Prof itu masih berbaki. Masih terngiang-ngiang tutur kata bahasa yang dilontarkan oleh Arman semasa di perpustakaan tadi. Daripada tidak faham sepatah pun, dapat juga serba sedikit ilmu untuk dia serap. Rupanya subjek ni hanya memerlukannya untuk faham sahaja. Dari segi gaya bahasanya, cara dia bercakap dan yang paling penting sekali apabila mata mereka bertentangan. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Balqis sahaja yang seperti cacing kepanasan. Tidak senang duduk sepanjang perbincangan itu berjalan. Betul lah kata orang, hidup lelaki ni memang mudah. Apa jua perkara yang jadi dalam hidup mereka baik paling buruk sekalipun, tetap tidak meninggalkan apa-apa kesan dalam diri. Yang bahananya perempuan. Sikit-sikit perempuan. Untungnya jadi lelaki, mudah melakukan dan senang juga untuk melupakan. Seakan semua itu adalah perkara biasa buat manusia. Memang! Memang biasa. Biasa untuk orang yang sudah bernikah! Luar biasa buat seorang pelajar yang baru mahu mengenal dunia seperti dia. Kepalanya dipegang. Sakit yang teramat. Beban yang ditanggung bukan kepalang. Baru beban di kepala, belum dikira yang ada dalam hati lagi. “Cukup sifat dah aku kalau nak dapat hypertension kalau macam ni.” Bebel dia. 
"Apa yang kau memekak sorang-sorang tu? Tak reti nak tidur?"sampuk Ayuni tiba-tiba. Hisy! Mimpi apa mak cik ni, dah tidur boleh pulak jaga balik. Dia dengar ke apa aku cakap? Matanya sedikit membesar. Baru pukul 9. Buang tebiat agaknya kawannya yang seorang ini. Yang KakSha ni pun satu. Kenapa awal sangat tidur? Tu la kalau duduk dengan si Ayuni ni memang hasrat nak study lama-lama tidur lambat terkuburlah jawabnya. Ada senyum kambing terhasil dari riak wajahnya.
"Awal tidur?"soal Balqis sambil buat muka tak bersalah. 
"Besok orang ada Qiamullai, orang tak boleh solat duduk diam-diam dalam bilik. Baca buku."jelas Ayuni satu-persatu.
Ewah-ewah, cakap macam dia tu bukan pelajar pulak. Kau ingat kau tu siapa? Pengurus asrama? Cakap pandai!
Patutlah pun. Lain macam sunyi je kolej dia malam itu. Bagaimanalah dia boleh lupa soal ini? Tapi kalau ingat pun, macam lah dia boleh pergi. Seperti biasa, walaupun kerja proffesor Osthman sudah siap, tetapi dia masih punya lagi satu tugas khas yang masih belum selesai. Tangannya dicelup ke dalam tas tangan miliknya di birai katil. Talifon bimbit dikeluarkan. Dia menekan beberapa angka lalu diletakkan di telinga.
"Hello, assalamualaikum."
"Abang Farhan.....”
Perbualan mereka semakin rancak lebih-lebih lagi apabila tinggal dia seorang yang masih belum tidur di dalam bilik itu. Beberapa fail dikeluarkan dari rak atas meja. Dia mengeluarkan beberapa keping kertas lalu diletakkan diatas meja. Disebutnya satu demi satu senarai tugas yang sudah dan akan disiapkan kepada Farhan. Begitulah rutinnya setiap hari. Tugasnya bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar biasa yang menghadap buku semata-mata, tetapi juga seorang yang aktif berpesatuan dan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti. Dia seronok melakukan kerja tersebut. Sekurang-kurangnya dengan menyibukkan diri, dapat juga dia melupakan masalah yang berserabut di ruang kepala. Walaupun agak sibuk dan terkejar-kejar masa, tetapi dia tetap tidak mengabaikan pelajaran dan cuba menyeimbangkan sebaiknya jadual masa belajarnya dengan waktu dia berpersatuan.

**

Hoi! Mu dengar dok aku oyak gapo ni tino?!" Marah Ayuni dengan nada kesal. Keluar bahasa Kelantan pekatnya. Dari tadi dia bercerita soal laki-laki yang mengimamkan solat hajat mereka semua kepada Balqis, tetapi gadis itu seakan membuat muka selamba bodoh. Niat dihati mahu buat si Balqis itu sakit hati. Alih-alih dia pula yang berperang menanggung sakit. Balqis buat tak endah dengan leteran rakan sebiliknya. Seolah-olah tidak punya perasaan.
"Kau ni takde hati perut tau!"tambah Ayuni lagi. Hisy, dia ni. Apa pulak kaitannnya dengan tak ada hati perut? Kalau betul aku ni takda hati perut dah lama aku tinggalkan kau mereput sorang-sorang dalam bilik ni. Ha! Cubalah. Ingat aku tak berani? Gertak si hati kecil. "Apa benda kau ni... Hisy! Bising lah. Aku nak buat kerja pun tak senang!" Dalihnya. Sengaja di selak-selak helaian buku di atas meja. Kononnya tengah belajarlah tu! Eleh.. Kerja konon. Tadi sebelum aku buka cerita ni kau bukan main bahagia main fon, sekarang nak buat-buat sibuk studylah itulah inilah! Giliran Ayuni mengomel seorang diri. Sesekali terlihat dia mengerling tajam kearah Balqis. Masih seperti biasa. Balqis membuat keras hati.
"Rugi tau kau tak pergi tadi......"tambah Ayuni sengaja mahu buat si Balqis panas hati.
"Apasal pulak?"soal Balqis. Akhirnya... Kau tanya jugak soalan ini. Heheheh. "Ada laki kau lah!"selamba jawapan yang diberi Ayuni. Bulat mata Balqis mendengarnya. Namun, jauh disudut hati dia sudah mulai mengagak.. Mesti Arman yang menjadi imam mereka. Mujurlah aku tak boleh solat. "Tak ada kena mengena, Cik Ayuni."Balqis mengeluarkan kenyataan kesal. Apa kaitan dengan dia pulak? Tak ada langsung! Titik. "Eleh.... Dalam diam.. Mesti tengah dok text kan.. Mesti kau cakap.. Kenapa jadi imam tak bagitahu? Notty tau...."Ayuni masih belum puas mengusik. Eii, geli pulak aku! Melebih la perempuan ni.
"Kalau ya sekalipun hajat kau tak sampai mahukan nombor talifon dia, janganlah sampai macam tu! Nampak sangat kau tahu tak?"giliran Balqis tunjuk belang. Pergh.. Banyak lawa dia punya bahasa. Tahu la dia ada nombor talifon si Dai' UiTM! Eii, serabut betul lah aku! Takpa..takpa kali ni kau menang.
"Woi! Mulut longkang gila!"marah Ayuni. Tahulah skandal dengan Dai'. Belum jadi bini lagi. Dah berlagak..!
"Dah lah, Ayu.. Suka hati kaulah! Malas layan aku."Balqis mula terasa bosan. Untuk apala dia melayan si Ayuni ni bercakap soal topik macam ni? Macam dah tak ada bahan nak gosip! Ayuni menghentak kaki. Pantasdia menghenyakkan tubuh di atas katil. Malaslah layan kau! Berlagak! Dia bermain talifon. Balqis memandang Ayuni senyap-senyap dari arah belakang. Ada senyuman kecil terukir di bibirnya. Tahu pun diam. Dia kembali menutup buku. Action je tadi tu. Tak kuasalah dia mahu menghadap buku tengah-tengah hari macam ni. Lebih baik dia tidur. Malam nanti dia ada mesyuarat lagi. Daripada terlena masa mesyuarat, baik lena sekarang! Sebaik saja dia merebahkan diri di atas katil, Ayuni melihatnya dengan pandangan tidak berpuas hati. Haa tengok tu! Konon sibuk apa bagailah tadi. Sekarang nak tidur lah tu! Eiii. Makin sakit hati si Ayuni dibuatnya.
"Apa tengok-tengok?"gertak si Balqis menyedari dirinya diperhati. Perasan!

Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

Part 6#Cebisan Kasih

                                                                      BAB 7.

Kelas pertama dan terakhir mereka berakhir dengan penuh riuh rendah suara pelajar-pelajar semester tiga kelas Balqis. Masing-masing mahu melonjakkan pandangan masing-masing. Nada mereka seperti tidak berpuas hati.
“Ada ke patut..? Kan!”
“Tak patut.. Tak patut..”
“Serabutlah aku. Kacau je program orang petang ni.”
“Tu lah pasal. Menyesal aku..”
Begitulah antara dialog-dialog hebat kelas-kelas mereka. Balqis hanya diam. Malas mahu menyuarakan sebarang pandangan. Bukannya tidak sakit hati, sama sahaja seperti rakan-rakan yang lain. Malas dia mahu membahaskan isu yang sama. Lagipula silap satu kelas mereka juga. Siapa suruh tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof. Sebagai balasan, kerja mereka digandakan dua kali ganda dengan syarat mereka semua harus menghantarnya pada esok pagi. Jika tidak, semua carrymark mereka dipotong sebanyak lima markah. Soalan pula? Susah-susah belaka.
Jahanam.. Jahanam…
 Kata orang menyesal dahulu pendapatan, menyesal sekarang? Nasi pun sudah jadi bubur. Tak guna lagi mahu berbahas sekarang. Hari ini, pasti perpustakaan penuh dengan pelajar-pelajar dari kelas mereka sahaja.
“Sapa nak ikut I pergi makan?”soal Rina, sambil melambai-lambai tangannya dalam keadaannya berjalan di arah yang bertentangan untuk mendapat perhatian. Semua bersorak mahu makan terlebih dahulu. Alah, soalan apalah tu. Bukankah hari-hari lepas tamat kelas satu kelas mereka pergi makan bersama-sama? Balqis menggeleng kepala.
 HOORAY!
 Kelas mereka sememangnya unik. Tidak pernah berpecah. Seorang hilang, semua tercari-cari. Sekali dah duduk satu meja, kecoh sana-sini. Mudah sangat lupa diri.
“Qis pergi tandas kejap eh,”Balqis meminta diri.
“Okey, kita orang tunggu dekat Kara CafĂ© okay..”balas Najihah pula. Balqis sekadar mengangguk. “Nak saya teman?”Dira tiba-tiba mempelawakan diri.
“Tak apalah.. Awak pergilah dengan dia orang. Lagipun saya kejap je ni.”Balqis menolak lembut. Bukan dia sengaja mahu tolak. Cuma dia mahukan sedikit privacy. Dia juga bisa hidup sendiri. Antara prinsip hidup yang dia selalu pegang. Kat tempat orang kena pandai-pandai buat sendiri. Takkan lah nak ke tandas pun nak kena orang ikut? Fikirnya lagi. Dira hormat dengan keputusan yang dibuat. Cepat dia mengikut langkah teman-teman yang jauh meninggalkannya dibelakang.

**
Lama dia merenung wajahnya di cermin. Diamatinya satu persatu setiap kurniaan Allah kepadanya. Mata, hidung, mulut, sesekali dia mengusap perlahan raut wajahnya. Tiba-tiba bergenang air mata membasahi pipi. Tidak dinafikan, hatinya kian luluh. Sebak. Entah sampai bila harus dia rasa perasaan sebegini. ‘Kuatkan aku Ya Allah..’bisik hatinya sendiri. Peristiwa dua minggu lepas mula bermain di kotak fikiran. Masih melayang-layang bagaimana cara Arman memegang bahunya, lantas menyuruh dia untuk menutup mulut setelah apa yang telah berlaku dia antara mereka.
“Ingat tau! Jangan bagitahu siapa-siapa.”pinta Arman dengan nada yang lembut. Balqis mengangguk lemah. Keadaannya masih separuh sedar. Sekelip mata perkara itu berlaku. Dia langsung tidak menyangka bahawa antara dia dan Arman bisa terlanjur sebegitu rupa.
“Saya keluar dulu, awak keluar kemudian. Okey?”Pantas tindakannya menyelamatkan diri terlebih dahulu. Sekarang tinggal lah Balqis seorang diri di tandas lelaki. Nasib mereka berdua baik kerana hari itu ialah hari cuti. Tidak ramai pelajar yang lalu lalang di situ. Pantas Balqis mencapai talifon, sempat dia meninggalkan pesanan teks melalui whatsapp,:
“Line clear tak?”
“Clear.. Tak ada orang. Keluar cepat.”

Lamunan Balqis terhenti setelah beberapa budak perempuan mula menerpa masuk ke dalam. Menyedari dirinya bukan lagi seorang diri, cepat-cepat dia mengesat air matanya yang semakin berderai membasahi pipi. Pucat benar mukanya hari itu. Dia semakin tidak keruan. Puas  dia mencari cara untuk menutup pucat lesu di mukanya. Tas tangan puas juga dia punggah. Mencari gincu yang mungkin dapat menutupi cela di riak wajahnya pada masa itu. Namun hampa. Gincu tiada, bedak lagi deras lah tiada. Balqis bukan jenis perempuan yang suka bersolek. Jika ada event yang benar-benar memerlukan dia untuk bersolek sahaja dia akan mengenakan solekan. Itu pun jika terpaksa. Aduh! Dia tidak boleh menunjukkan muka dalam keadaan dia begini. Pasti mereka semua akan banyak tanya. Tambah-tambah si Adam, atau lebih dikenali dengan panggilan Along. Jika gelaran pun sudah dinamakan Along, sudah tentulah dia sangat-sangat prihatin tentang kebajikan kawan-kawannya. Masaklah dia jika si Along nampak!
Lama dia berfikir, akhirnya dia memutuskan untuk tidak turut serta untuk makan bersama-sama rakan sekelasnya yang lain. Daripada terkantoi, lebih baik dia tidak menampakkan diri. Dia keluar dari tandas dan terus pergi ke perpustakaan yang terletak tidak jauh dari banggunan blok B. Sepanjang perjalanan dia termenung, fikirannya berserabut. Macam-macam hal yang difikirkannya. Tidak lama selepas itu dia mengeluarkan talifon bimbit dari tas tangannya, dia menghantar sms kepada Dira. Dinyatakan beberapa sebab mengapa dia tidak dapat ikut serta makan bersama-sama. Harap-haraplah tak ada soalan pelik-pelik yang timbul. Dia hanya mengisi perut dengan beberapa jenis makanan ringan di luar hadapan perpustakaan itu. Lagipula seleranya langsung disekat disaat begini. Dia memberitahu ke dalam group kelas bahawa dia tunggu mereka semua di perpustakaan terlebih dahulu. Setelah itu, dia mematikan data. Sudah malas dia mahu membelek talifon. Lebih baik memulakan kerja yang bertimbun. Satu persatu helaian muka surat buku dihadapannya diselak. Nampak kusut diwajahnya. Mengapalah dia harus mengambil subjek akaun ini. Sudahlah lemah mengira, nak pula ada dua subjek mengira untuk semester ini. Pening juga kepalanya memikirkan. Dia kalau buat benda yang mengira seorang diri, bisa jadi gila. Manalah budak-budak ni.. Balqis mengeluh sendiri. Setengah jam kemudian datang beberapa orang rakan sekelasnya mengambil tempat duduk.
"Hai Qis..! Asal tak join kita orang?"sengaja Alisya bertanya soalan itu. Bukannya dia tidak baca alasan yang diberikan Balqis di dalam group kelas tadi.
"Sorry... Perut buat hal tadi."elak Balqis. Dia tersenyum kelat. "Dah tu sekarang okay tak?"tanya Alisya prihatin. Aduii... Ini baru Alisya, kalau yang lain datang ni apa lah agaknya jadi dengan aku? Satu-satu alasan aku nak bagi. Nak ulang jawapan yang sama. Fikir Balqis dalam hati. Dia memang sudah masak benar dengan sikap rakan-rakan sekelasnya ini. Semuanya kaya dengan sifat prihatin dan timbang rasa.
"Saya okey la awak-awak sekalian.."leret Balqis lagi. Tersenyum Alisya dan Illy.
"Mana yang lain?"soal Balqis lagi.
"On the way,"pantas Illy menjawab. Balqis mengangguk faham. Tidak lama kemudian, datang lagi beberapa rakannya yang lain. Haih.. Pergi sekali, baliknya separuh-separuh. Selalu sahaja begini.
"Hai you all..! Sorry kita orang lambat, biasala ada orang tu dia nak cucuk duit, lepas tu kan ATM beratur panjang sangat.. Kalah kereta api..Hurm, kesian kan dekat kita orang?"jelas Najihah panjang lebar. Beria-ia dia bercerita. Dia yang sememangnya mulut banyak selalu sahaja buat riuh di kalangan rakan-rakannya yang lain. Sudah lupa agaknya dimana dia berpijak sekarang. Tapi kata orang, mulut banyak, baik hati. Itulah Najihah! Mahu tergelak Balqis dibuatnya. Macam-macamlah!
"Tak apa lah sayang.. Duduklah. Jue? Duduk lah."pelawa Balqis lagi. Gelaran seperti sayang, comel, gorgeous, cantik, itu perkara biasa antara dia dan rakan-rakan yang lain. Kelihatan rakan-rakannya yang lain mengekori seorang demi seorang dari belakang Najihah. Tudia..Tentera group D sudah sampai.
"Hai, Qis."sapa Adam atau kadangkala dipanggil Along.
 "Hai.."Balqis buat-buat tidak layan.
"Cik kak okey ke ni..? Tiba-tiba buat drama tak nak makan lah, perut meragam lah buat hal lah itulah inilah...."Adam membebel.
"Shhh! Ni library la long! Diamlah."laju dia memotong. Faham sangat dia dengan perangai Adam yang terlebih prihatin dari yang lain. Adalah tu nak berleter. Macam nenek-nenek.
Uih.. Dah pandai menjawab dia sekarang. Bagitahu Daddy! Adam mengomel sendiri.
"Oi, sapa ajar melawan ni? Pandai dah sekarang..."sindir Adam lagi. Balqis menjeling tajam. Eii, suka hatilah! Masalah betul dia ni. Mujurlah kau ni along aku tau. Kalau tak....
"Memang pandai pun, terima kasih."Balqis sudah mula membuat perangai loyar buruknya. Bukan senang-senang dia nak beralah dengan si Adam yang dikatakan poyo ini. Sudah memang sikap Adam yang terlalu suka mengusik. Mulut dia pun boleh tahan. Mahu menang saja.
Tidak mahu membuang masa, cepat-cepat dia membuka soalan yang sudah membuat dia berjam-jam berfikir dari tadi.
"Jue.. Tahu tak macam mana ni?"soal Balqis kepada Julia. Julia mengerutkan dahi. Adui.. Apa benda punya soalan ni.
"Jue pun tak study apa pun lagi ni, Qis. Awak tanya Adam lah.. Sorry."jelas Julia. Balqis sudah dapat mengaggak. Untungla ni subjek kira-kira. Kau menang, Long! Dia tercari-cari si Adam. Mana dia ni? Tadi ada kat tepi ni saja. Cepat betul menghilang!
"Long! Along!"panggil Balqis. Hisy, pekak betul lah dia ni.
 "Along!"
Berkali juga dia panggil. Tidak tahu apa Adam pura-pura tidak dengar atau apa.
"Adam!"keluar nama penuh dia dipanggil oleh Balqis. Baru Adam menoleh. Dia membuat isyarat untuk tunggu sekejap.
Hmm..
 Ini yang malas ni, semua akan konker dia kalau untuk subjek akaun. Dia tahu Adam sedang mengajar rakan-rakannya yang lain. Manalah Dira ni.. Satu-satunya penyelamat dunia yang dia punya. Dia kembali mengambil talifon. Dia menerima pesanan ringkas daripada Dira yang menyatakan dia datang lambat. Ada hal katanya. Hmm.. Makin muncunglah Balqis. Tiba-tiba matanya terpandang akan Syahmin.
"Syahmin!"panggilnya sedikit berbisik. Syahmin memandang kearahnya. Segera dia ke tempat Balqis. "Dudukla.."pinta Balqis dalam keadaan mukanya yang masam.
"Awat hang ni?"soal Syahmin dengan loghat utara nya. Tak habis-habis lah. Dekat perpustakaan pun nak bawa juga ke emosi tu? Tinggal-tinggal lah dekat bilik kejap. Bukannya tak balik pun. Tidak berhenti dia bebel dalam hati.
"Syahmin. Kau tengok lah sini kejap."Balqis menunjuk kearah buku dihadapan mereka. Laa.. Patut la muka cantik sangat. Mudah stres betul lah makcik ni. Lama dia tenung buku itu. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
"Kau tahu ke tak ni..."tanya Balqis yang mula bosan. Menyampah juga dia dengan sikap Syahmin yang suka berlagak tahu. Buang masa betul lah. Perlahan Syahmin menggeleng. Dia tersengih seperti kerang busuk.
"Adam kan ada. Tanyalah dia. Aku pun tengah tunggu turn ni."selamba dia menjawab. Wah wah wah! Kalau macam ni baik dia pergi berdating dengan proffesor aje terus. Naik meradang juga Balqis menghadap subjek ni. Boleh dapat darah tinggi kalau hari-hari begini. Tidak lama kemudian, Syahmin memetik jari.
"Aku tau nak tanya sapa!"celahnya tiba-tiba. Keningnya terangkat sebelah. "Siapa?"soal Balqis.

"Kau tunggu sini."arah Syahmin. Dia segera meninggalkan tempat duduk mereka. Balqis mendengus lagi. Aduii. Akaun.. akaun.. Serabut betul lah aku dengan kau. Dia melihat sekeliling. Masing-masing sudah tidak tetap di satu tempat lagi. Ada yang di sana, disini. Yang paling menjadi tumpuan ialah di tempat duduk Adam. Kenapalah kau pandai sangat Adam? Apalah salahnya kalau kau sedekahkan sikit pandai kau tu kat aku ni? Tak ada la kau penat sorang-sorang.. Omel Balqis sendirian. Balqis menyambung ke soalan yang lain. Banyak soalan yang terpaksa dia langkau. Dia mencuba mana-mana soalan yang dia tahu. Yang tidak tahu, ditinggalnya terlebih dahulu.

Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

Part 5#Cebisan Kasih


                                                                BAB 6

Dalam sibuk Balqis mempersiapkan diri, sempat lagi dia menyanyi-nyanyi lagu 'Seluruh Cinta' nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Cakra Khan. Kelunakkan suaranya mendapat perhatian sesiapa sahaja yang mendengarnya.
"Assalamualaikum."sapa seorang perempuan di muka pintu bilik.
"Waalaikumsalam, Kak Sha!"pantas Balqis menjawab. Dia bersalaman dengan Kak Sha, salah seorang roomate mereka yang sememangnya jarang ada di bilik. Biasalah, orang rumah dekat. Setiap minggu dia balik.
"Bukan main happy nampak, suara dia sampai luar dengar."sakat Kak Sha sambil tersengih. Mentang-mentanglah penyanyi UiTM, getus hati Kak Sha.
"Mana ada Kak.. Akak ni saje je tau."tepis Balqis cepat. Sekadar melepaskan rasa bosan di kamar seorang diri. Ayuni sejak tadi lagi sudah keluar. Ada hal kecemasan katanya. Tinggallah dia seorang diri. Balqis membantu Kak Sha membawa masuk beg yang masih di muka pintu. Banyaknya barang! Bukan main lagi.
"Dah nak pergi kelas ke?"celah Kak Sha sekaligus menukar topik perbualan.
"Ha'ah.. Nak pergi dah ni, tunggu kawan jap."jawab Balqis. Tangannya teraba-raba diatas kepala menyisipkan kerongsang kecil.
Siap!
"Pergi dulu ya kak, bye-bye!"Balqis meminta diri sedari pintu bilik sudah diketuk berkali-kali.
"Hai awak..!"sapa Dira, rakan sekelasnya. Dira berpakaian serba hitam dari atas hingga ke bawah. Tubuhnya yang kecil molek itu menambahkan lagi seri kecomelan kawan baiknya.
"Hai, comel!"balas Balqis sambil tersenyum. Tersipu-sipu Dira dibuatnya. Balqis dari dahulu memang begitu. Suka memuji, menyakat, yang paling penting tidak lekang dari senyuman. Cuma akhir-akhir ini, sekelilingnya sendiri mula perasan akan perubahan yang muncul dalam diri Balqis. Senyumannya kadangkala hambar. Ketawanya kadang dibuat-buat. Resah dihati Dira dan rakan-rakan yang lain usah katalah, mereka hanya membantu untuk membuat Balqis untuk terus tersenyum.
"Ala dia yang cantik! Suka buat orang jealous."balas Dira pula. Jika mahu dipuji penampilan masing-masing alamatnya sampai esok pun tak habis.
"Kalau saya cantik, awak double-triple lagi cantik tau!"puji Balqis lagi. Ada senyuman menguntum dibibirnya.  Dira turut tersenyum lebar. Ada-ada sajalah si Balqis ini. Semua orang dia jumpa, semua dipujinya lebih-lebih. Habis tuan badan kembang kecut jadinya.
"Lepas balik ni, saya nak teman Mimi pergi Sigai. Dia nak cari alat tulis. Awak nak ikut sekali?"pelawa Dira tiba-tiba.
"Boleh jugak. Bolehlah saya makan nasi kukus lagi. Hehehe,"jawab Balqis teruja. Dia suka benar makan nasi kukus di hadapan kampus mereka itu. Keenakan Ayam berempah dan nasi kukus yang dimakan bersama gulai dan sedikit cili hancur mengecurkan liur sesiapa sahaja. Tambah-tambah dimakan semasa panas. Pergh!
Mereka terus berjalan menuju ke kafe. Kelihatan rakan sekelas mereka ada yang lebih awal mendahului mereka berdua.
"Hai korang! Kerja akaun siapa dah siap?"soal Illy dari arah belakang. Kerja orang ditanya-tanya, kerja sendiri? Sudah siapkah? Hai..Macam mana nak siap kalau kerjanya 24 jam menghadap anime sahaja. Illy..illy..
"Ada soalan yang tak tahulah,"jawab Mimi kemudiannya. Muncung sahaja bibirnya yang comel itu.
"Betul!"sokong Rita pula. Kalau semua belum siap, okey lah tu! Tak lah rasa kecut sangat! Illy tersengih macam kerang busuk. Aduh makcik ni, boleh pula main nilai-nilai orang macam itu.
"Ha! Kau orang berdua mesti dah siap!"teka Illy setelah Balqis dan Dira semakin hampir dengan mereka semua. Tercenggang-cenggang mereka berdua dibuatnya.
"Siap apa pulak ni?"soal Balqis.
"Kerja Manzai..."selamba Illy membalas. Tersentak juga mereka berdua. Siap apanya, dua soalan tinggal. Susah! Apalah rutin hidup pelajar. Nak buat latihan, soalan susah. Selamba badak dia sahaja memanggil proffesor yang mengajar itu dengan gelaran 'Manzai'. Bukan dia seorang. Hampir satu kelas memberi gelaran seperti itu.
Dira menggeleng kepala. Tidak sudah-sudah. Balqis mengamati seorang demi seorang rakan sekelas mereka. Masing-masing punya pelbagai ragam. Ada begini, ada begitu. Tapi, kalau salah seorang tidak ada, memang cukup terasa sekali. Baru tahu erti persahabatan itu apa. Saling lengkap-melengkapi.

**
Suasana persekitaran di dalam Perpustakaan Tengku Anis agak sunyi. Namun ramai yang juga yang mengambil tempat berada disitu. Arman nampak sibuk dengan perbincangannya bersama empat orang perempuan dikeliling meja.
"Saya buat cara ni, awak buat cara ni. Nanti jawapan kita compare."arah Arman yang cepat dalam membuat keputusan. Yang lain hanya akur.
"Awak dengar tak ni, Lyn?"soal Arman lagi. Lain macam sahaja cara Lyn merenungnya. Sejak dari tadi dia berbincang mencari jawapan, Lyn tidak banyak cakap. Sekadar mengiakan. Tetapi satu yang dia perasan, Lyn sering memandangnya. Dia tahu, Lyn ada menaruh hati terhadapnya. Tapi, malas dia mahu melayan. Dia faham, perasaan tidak boleh dihalang. Merah padam muka Lyn waktu itu. Sedar dirinya diperhati sebegitu rupa. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.
"Faham-faham."Katanya tiba-tiba.
"Apa yang fahamnya?"soal Arman sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Apa yang awak tanya tadi?"soal Lyn lagi. Tak dengar atau buat-buat tak dengar? Arman mendengus perlahan.
"Saya tanya awak dengar tak apa yang saya suruh awak buat tadi?"ulang Arman. Walaupun sabarnya agak kurang hari itu, tetapi suaranya masih kekal. Tidak ada tanda-tanda dia akan meninggikan suara kepada perempuan. Ziana yang berada di sebelah Lyn sekadar menggeleng kecil. Macam-macam lah perempuan ni. Tak dapat goda Playboy, nak goda Dai' pulak. Ingat senang ke cik adik?
“Ana, awak tolong terang dekat Lyn, saya nak pergi toilet jap.”pinta Arman. Bingkas dia bangun. Ziana mengangguk perlahan. Lyn menjuiskan bibir. Ziana memandang dia kecik besar kecik besar sahaja.
“Kau ni memang tak dengar ke buat-buat tak dengar?”tanya Ziana tidak berpuas hati. Tajam dia mengerling ke arah Lyn.
“Sorryla…”Lyn memohon maaf. Halus suaranya. Ziana malas mahu melayan. Dia cepat-cepat menerangkan apa yang baru dibincangkan sebentar tadi bersama Arman. Rancak juga perbincangan mereka.
“Kau faham tak? Kalau tak faham juga kau tanya Ida.”soal Ziana acuh tak acuh. Pandangannya sengaja dialihkan ke arah Ida yang sedang asyik mendengar lagu. Cepat-cepat Ida mengangkat muka. ‘Panggil aku ke?’ Baru nak sedar orang sebut nama dia! Biar pekak telinga tu nanti asyik dengar earphone. Baru tahu!
“Eyh.. Faham-faham!”pantas Lyn menjawab. Tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Kau ni stop-stop lah berangan! Sedarlah sikit dia tu siapa kita ni siapa,”leter Ziana tiba-tiba. Kurang senang hati dengan sikap kawannya. “Kau ni! Bukannya nak bagi support.”rajuk nada Lyn membalas penyataan Ziana. Adakah patut dia cakap macam tu?
“Habis tu, Mirul kau nak taruk mana? Dalam poket?”sindir Ziana sinis sekali. Sekali lagi Lyn memuncungkan bibirnya. Ah! Kenapa mahu sebut pasal Mirul pulak dekat sini? Hisy! Potong stim!
“Apa kau ni..Nak babitkan dia pulak?”suaranya yang manja itu membuatkan Ziana geli geleman. Cukup-cukuplah tu Cik Lynda, bukannya dia tahu rakannya itu penuh skandal keliling pinggang! Kasihan.  Dia ingat perempuan macam lelaki? Boleh pasang banyak-banyak? Tidak cukup-cukup yang duk ada mahu tambah lagi seorang pula. “Kau jangan nak macam-macam tau. Dia tu pun mesti dah ada, kita ni aje yang tak tahu.”tambah Ziana lagi sengaja mahu menambah bara di hati rakannya.
Eii,mulut! Insuran dah habis guna lah tu.
“Dah kau sambung buat kerja. Karang si Arman tu datang penyakit angau kau tu datang balik! Cepat, sambung buat kerja.”arah Ziana tidak mahu membuang masa lagi. Di dalam keluhan kecil, Lyn turutkan sahaja perintah Ziana.
Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

Part 4#Cebisan Kasih

                                                                              BAB 4

"Assalamualaikum."ucap Balqis di muka pintu. Langkahnya diatur perlahan memasuki perut kamar.
"Waalaikumsalam.. Hai."sapa Ayuni. Balqis buat muka tak endah dengan sapaan itu. Dia masih terlalu penat untuk berhadapan dengan apa yang telah berlaku
"Syok dating? Hehehe."usik Ayuni lagi. Wah wah! Bukan main dia bahan si Balqis. Budak itu baru saja melangkah masuk, tidak sempat letak beg pun lagi.
"Apa kau merepek ni?"jerkah Balqis tiba-tiba. Kasar benar bunyinya. Terkejut Ayuni dibuatnya. Marah betul. Salah ke aku cakap ni? Tapi betul la tadi kan..dia..
Balqis mula menunjukkan reaksi tidak berpuas hati. Mungkin bara di hati masih belum reda sepenuhnya, tiba-tiba saja dia dituduh ber'dating' pula.
"Eh..Qis, eh.. relaks la. Asal ni nak marah-marah?" Ayuni cuba menenangkan Balqis. Dia faham roomate dia ini kalau sudah marah, hantu pun takut nak masuk dalam badan. Menyesal pula akan apa yang telah dia lontarkan sebentar tadi. Mana tahu pertemuan tadi tu disebabkan bergaduh ke.. Tapi ingatkan dah selesai! Ayuni tidak habis membuat teka teki sendiri.
"Sekarang ni kau cakap terus-terang dengan aku! Kau mengintip aku kan selama ni?"meluru bicara Balqis. Sungguh, marah dia semasa di kedai makan tadi terpaksa dilepaskan kepada rakan sebiliknya sendiri. Dia tidak tahan. Salah Ayuni sendiri, siapa suruh cari pasal, tidak kena tempat!
"Eh apa kau ni..! Kau jangan nak lebih-lebih..."
"Sapa yang lebih-lebih sekarang ni?"bicara Ayuni terus-terusan di potong. Sakit hatinya semakin membuak-buak kali ini. Kemarahannya semakin  meluap-luap. Manusia. Apabila dibiarkan nafsu jahat menguasai diri, mulalah syaitan yang mengambil tempat, bermaharaja lela menjadi raja dalam diri.
"Kau jangan la salah faham..."
"Salah faham apa?”sekali lagi Balqis memotong bicara Ayuni. Perang meletus.
 “Kau sibuk sangat nak tahu pasal hal aku sampaikan ke mana aku pergi semua kau nak ikut! Dengan siapa aku keluar semua kau nak ambik tahu! Kan? Kau jujur je la, Ayuni!"panjang lebar dia melepaskan geram. Kedengaran ada nada sebak di hujung bicaranya. Nama Ayuni sengaja disebut penuh. Balqis benar-benar tidak dapat mengawal emosi. Hari ini sahaja sudah banyak hal yang jadi. Mana mungkin dia bertahan lagi. Ayuni terdiam.
Tunduk.
Perasaan menyesal mula menguasai diri. Ya Allah... Bukan niatku mahu buat dia marah seperti ini. Selamatkanlah persahabatan kami.. Dia berdoa di dalam hati. Dia benar-benar khuatir sekiranya perkara remeh seperti ini menjejaskan persahabatan antara dia dan Balqis.
"Maafkan aku, Qis.. Aku tak berniat nak mengintai. Aku hanya ternampak kau dengan Arman masa nak keluar dari kedai Akira tadi."jujur Ayuni. Nadanya sayu. Penuh dengan rasa bersalah. Balqis melopong. Sedikit sebanyak dia sedar, tidak sepatutnya dia melepaskan geram kepada orang lain. Kemarahan ini sepatutnya buat Arman! Bukan Ayuni. Dia terduduk. Sama-sama terdiam dan terkaku. Tidak tahu mahu bagaimana untuk diakhiri perbalahan yang tiba-tiba timbul di siang-siang begini. "Aku mintak maaf."katanya sambil tertunduk. 
Air jernih mula membasahi pipi... Mukanya yang agak putih kini semakin merah. Begitu juga dengan Ayuni. Sudah lama dia menahan sebak. Ayuni cepat-cepat keluar dari kamar itu. Dia segera menuju ke tandas. Tidak sanggup mengalirkan airmata di hadapan Balqis. Sudah itu memang sikapnya. Tidak akan sesekali mengeluarkan airmata di hadapan orang lain. Balqis menutup muka dengan kedua tapak tangannya. Perasaan bersalah mula menyelinap masuk di ruang hati. Ya Allah.. Apa yang aku dah buat ni? Kau ampunkan lah dosa-dosaku.. Pohon Balqis dari ILLAHI.



**
"Kau dengan Balqis bergaduh ke?" Syahmin sudah mula menyoal siasat. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Habuan cukup-cukup makan. "Kenapa awak tanya macam tu pulak?"kini Arman pula yang bermain soal menyoal. Arman yang memang dari dahulu sikapnya berlemah lembut tidak kira baik lelaki mahupun perempuan sudah membuatkan Syahmin yang agak kasar menjadi terbiasa. Boleh dikatakan hampir setiap seorang daripada kawan mereka, Arman memanggil dengan panggilan 'saya' 'awak'. Mungkin kerana dia datang dari negeri Pantai Timur. Satu-satunya teori yang mereka guna pakai sehingga hari ini. Biarlah tak logik pun, asalkan ada juga, daripada tak ada? Pada mulanya Syahmin yang datangnya dari Utara memanglah sukar dengan perilaku sebegitu. Saya awak? Eii. Dengan perempuan pun dia ber 'aku' 'kau' kalau di kampus Kelantan ini. Kalau di negeri sendiri? 'Aku' 'Hang' la jadinya. Tapi lama kelamaan dia sudah terbiasa dengan panggilan itu. Hanya untuk Arman seorang.
"Aku tengok dia macam ada masalah besar la. Dia gaduh dengan kau la tu kan? Ala ngaku je.."sindir Syahmin terus menerus. Mana dia fikir lagi soal betul atau tidak. Memang begitu sikapnya. Yang sebenarnya dia bukannya terlalu mahu mengambil tahu, tetapi disebabkan Balqis adalah sahabatnya, terpaksa jugalah dia korek-mengorek mencari tahu serba sedikit.
"Biasalah, Syahmin.. Salah faham sikit." Jawab Arman tenang. Memang dia seorang yang tidak melalut dan sangat selamba. Membuatkan orang sekelilingnya kurang untuk mengesyaki apa-apa.
"Kau dengan Balqis ada apa-apa eh...?" Makin menjadi-jadi pula si Syahmin ini pabila sudah dilayan. Dah sejak bila jadi 'matchmaker' pulak?
"Astaghfirullahaladzim.. Jauh sangat awak menyimpang tu Syahmin..."Arman cuba menidakkan. HAHAHAHA. Nak tergelak Syahmin melihat reaksi terkejut Arman. Yelah.. Mana mungkin seorang Dai' dan Imam Muda UiTM Kelantan nak main 'couple-couple' dengan anak dara orang. Tak pasal-pasal hari ini dia kena ceramah free pula karang. "Apa yang awak tersengih-sengih tu? Syahmin.. Awak tahu kan saya ni tak suka bercinta. Saya lebih suka berkawan.. Bercinta tu kan bukan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Cukup-cukuplah dosa saya yang dulu-dulu. Sama-samalah kita berubah ikut sunnah nabi. Ya.?"panjang lebar ceramah dari Yang Berbahagia Ustaz Haji Zul Arman bin Zul Ariffin ini. Itulah gelaran yang paling sesuai digambarkan bagi perwatakan si Arman. Syahmin menepuk dahi. Aku dah agak dah.. Mesti free-free punya aku kena ceramah ni... Adoii.

"Baiklah Yang berbahagia, Dai'e Arman! Beta menurut perintah!"jawab Syahmin kembali dengan sikap loyar buruknya. Siap mengangkat tabik lagi. Kalah tentera askar yang tak balik berhari-hari! Arman sekadar menggeleng. Sudah terbiasa dengan gelaran yang selalu diberikan oleh rakan sebiliknya sendiri.









                                                                BAB 5
Usai solat maghrib berjemaah, Syahmin membentangkan tikar. Seperti biasa malam-malam begini mereka berempat, Syahmin, Arman, Shakir dan Ilyas akan sama-sama membuka menu untuk malam hari. Malam ini giliran Arman pula untuk menentukan resepi roti bakar yang baru. Sesuai dengan keadaan roti yang hanya tinggal beberapa keping sahaja lagi. Setelah itu, bolehlah mereka makan di kafe semula. Ini satu-satunya idea si Shakir untuk berjimat cermat sepanjang berada di kampus. Al-maklum, duit PTPTN sudah kering. Sedar tak sedar mereka sudah pun berada di hujung semester.
"So... Apa resepi hari ni? Imam Muda Arman silakan beri penerangan sedikit demi sedikit dengan bahan yang anda beli kelmarin."sempat lagi Shakir menyakat. Arman hanya tersenyum lebar. Tenang... Ini Arman.. Ada Arman, semua jadi!
"Kejap saya ambik barang semalam saya beli."Arman meminta diri. Dia bingkas bangun. Mencari sesuatu di dalam peti. Dalam langkah untuk kembali bersama rakan-rakannya, dia menggaru kepala. Huh.. Banyak benda rupanya yang terlupa nak beli. Tak apalah, bawa je yang mana ada! Getus hatinya.
"Apa je yang ada?"soal Ilyas kemudiannya.
"Ha'ah.. Ada apa je ni?" Syahmin mengajukan soalan yang sama.
"Err... Sebenarnya.. Banyak jugak barang yang saya terlupa nak beli. Biasalah rushing.. Tapi... Tak apa... Tak jadi masalah....sebab..."
"Kita boleh je create resepi baru untuk malam ni.."sambung Arman lagi. Bicaranya sedikit gagap. Ketiga-tiga ‘roomate’ nya melopong seketika. Menu apa agaknya yang bakal masuk di dalam kerongkong mereka malam ini? Masing-masing teruja, dalam masa yang sama takut juga. Takut resepi tersebut jadi yang pelik-pelik. Tapi, kalau pelik pun mereka bantal juga. Biasalah, lelaki!
"Ye la Arman, tak kisahlah! Tapi apa je yang ada kat tangan awak tu?" Soal Ilyas pula. Betul tu, dua benda je dekat tangan si Arman ini. Alih-alih makan roti dengan susu saja. Kencing manis lagi la jawabnya malam ini. Mengulangi resepi yang kelmarinnya di gubah oleh Syahmin yang kurang menjadi.
"Apa kata kita cuba campurkan Ribena dengan Susu? Jadi Ribena susu. Kita bakar dulu roti macam biasa. Haa, cepatlah. Ilyas pembakar kat tepi awak tu. Cepat-cepat. Lapar kan semua?"bukan main bersemangat Arman mahu memulakan resepi barunya. Ribena susu? Bunyi menarik! Belum cuba, belum tahu! Rancangan mereka bermenukan roti bakar berkayakan ribena susu pun berjaya dibuat. Masing-masing menjamah dengan penuh berselera.
"Macam mana semua?"tanya Arman sambil tersenyum nakal. Mahu orang puji resepi baru dia lah tu. Apa lagi?
"Boleh tahan, man.. Macam ni!"sahut Syahmin sambil menunjukkan ibu jari seperti di dalam simbol KFC.
"Sedap jugak!"
"Bestla.. Hari-hari buat pun tak apa!"
Masing-masing memberikan respon positif. Alhamdulillah. Syukur, walaupun lain yang di rancang, lain yang jadi. Tetapi sekurang-kurangnya jadi juga benda untuk mereka berempat makan. Malam itu dialah legend segala benda. Untung badan. Selalu bernasib baik.

**
Balqis menyemak beberapa nota yang di’highlight’kan dengan warna pink itu berkali-kali. Sesekali dia mengumpulkan semula kesemua nota yang telah bercampur mengikut setiap subjek. Lama dia berada di meja tulis itu, namun tak banyak benda yang dia mampu siapkan kecuali menyemak nota. Entahlah. Dia sedar, badannya sahaja yang melekat di meja tulis tetapi fikirannya jauh melayang ke tempat lain. Sesekali terdengar dia mengeluh kecil. Adakala termenung, adakala mengelamun. Beberapa minit kemudian dia memandang Ayuni yang sedang enak dibuai mimpi. Perasaan bersalahnya masih kuat melonjak-lonjak biarpun dia berkali-kali memohon maaf. Dia bernasib baik kerana Ayuni bukan jenis yang suka merajuk panjang. Sepanjang perkenalan mereka Ayuni tidak pernah merajuk dan meminta yang aneh-aneh. Paling kurang pun lima minit sahaja rajuknya kekal. Ayuni mudah mengingati dan mudah juga untuk melupai. Nasib aku baik! Hati kecilnya bersuara.
"Pukul berapa ni?"soal Ayuni tiba-tiba. Keluar suara kecilnya yang baru lepas bangun tidur. Eh, mengigau ke apa ni? "Kau ngigau eh?"tanya Balqis pula.
"Mana ada..."Ayuni menafikan. Lalu dia cepat-cepat beralih memandang skrin paparan talifon.
"5.30."jawabnya. Ayuni bingkas bangun. Eii mengantuknya. Ni yang benci nangis banyak-banyak. Dia memandang diri di cermin. Dibeleknya muka, mata, hidung satu persatu yang ada di mukanya. Teruk sangat tak? Urmm. Balqis hanya mampu tersenyum kecil.
"Kau tetap comel la, Ayu.."puji Balqis ikhlas. Ayuni membuat muka geli geleman.
"Kau tengok mata aku ni. Hitam! Comel apa ke bendanya."rungut Ayuni lagi. Pecah tawa Balqis mendengarnya. Bukan main lagi apabila dibangkitkan soal kecantikkan dekat muka dia ni. Dia memang tahu, Ayuni ini kalau satu jerawat yang tumbuh dekat muka, habis la dia punya leteran. Satu kolej kediaman ni boleh pekak telinga. Bukannya Balqis tidak tahu. Tambah-tambah di musim peperiksaan pula, makin stres makin banyak lah askar-askar tentera itu menapak di atas muka.
"Comel la tu..! Jadi mata panda. Boleh geng dengan aku. Hahahaha."tidak habis-habis Balqis menyakat roomatenya. Makin cemberutlah muka Ayuni. Nak sama-samakan dengan mata panda pulak! Hisy! Budak ni. Suka over tau. Apa lagi, pantas tangan Ayu hinggap di merata-rata badan Balqis menggeleteknya. Mereka sama-sama tergelak besar. Sudah lama rasanya Balqis tak segembira ini. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dapat juga Ayuni menyaksikan perkara ini berlaku. Di depan matanya. Persahabatan mereka kian erat.

Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

Part 3#Cebisan Kasih

                                                                       BAB 3

Di dalam kereta masing-masing diam. Hinggalah Arman membuat pusingan belok ke arah bertentangan dengan kolej kediaman Balqis Ayesya. "Eh? Nak kemana ni, Arman?"soal Syahmin sedikit sebanyak melegakan hati Balqis. Dia juga ingin bertanyakan soalan yang sama.
"Dah tengah hari, kita pergi makan dululah. Awak pun mesti tak makan lagi, kan Balqis?"soal Arman tiba-tiba. Balqis tersentak.
Makan?
Arman memandangnya dari cermin pandang belakang. Dahi Balqis berkerut. Jari jemari dimainnya sendiri. Bagaimana dia bisa tahu? Rancangan dia dan Ciksu tadi punah selepas Ciksu mendapat panggilan kecemasan untuk ke bilik Miss Aina, salah seorang pensyarah mereka. Ada urusan yang melibatkan persatuan yang masih belum beres antara dia dan para pensyarah. Jadi, sehingga sekarang memang dia masih belum menjamah apa-apa.
"Okey jugak tu. Kita makan dulu la, Qis.."sokong Syahmin pula. Dia juga masih belum makan.
"Eh, ke kau nak pergi Unit Kesihatan dulu?"tambah Syahmin lagi. Baru dia ingat akan janjinya ingin membawa Balqis ke U.K terlebih dahulu.
"U.K?"soal Arman sedikit kaget.
"Tak! Tak payah. Aku okey,"balas Balqis pantas.
"Betul ni?"soal Syahmin lagi bagi mendapatkan kepastian. Tidak mahulah jika terjadi apa-apa kepada Balqis ini, nanti apa dia mahu jawab dekat rakan sebiliknya. Habis naya dia dibuatnya. Balqis mengangguk pantas.
**

Selesai memesan makanan, masing-masing mula membisukan diri. Hanya Syahmin dan Arman yang banyak bercakap. Balqis Ayesya seakan tidak wujud. Diam menyepi. "Kenapa diam je ni? Pasal trip family kelas kita nak ke Tok Bali tu, jadi tak?"Syahmin memulakan bicara. Sengaja dia mengalihkan topik perbualan. Hari keluarga kelas mereka sudah hampir. Dan sehingga sekarang Balqis masih belum memberi jawapan untuk sama-sama menyertai ataupun tidak.
"Jadi kot."sepatah yang dia jawab.
"Hmm,.. Tak apalah. Eh, aku nak ke sana jap, nak pergi usyar mee celop. Kejap eh," Syahmin meninggalkan tempat duduk mereka. Kini hanya tinggal dia dan Arman. Kedudukan mereka betul-betul bertentangan antara satu sama lain. Perasaan Balqis bercampur baur. Benci, nak marah, semuanya ada! Serba tidak kena dia jadinya. Dia sekadar tunduk.
"Awak nak pergi U.K buat apa tadi?"soal Arman memulakan bicara. Sengaja ditenungnya seraut wajah gadis yang ada betul-betul dihadapannya menyebabkan gadis itu tidak selesa. Dia mula berasa rimas. Renungan itu!
Ya! Renungan yang penuh dengan kepalsuan! Sampai mati aku tidak akan mempercayainya lagi!
"Awak... Saya bercakap dengan awak ni."tanya Arman lagi dengan nada yang sangat lembut. Sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti cair. Untunglah! Allah kurniakan kau suara yang lembut macam ni! Tapi maaf, bukan untuk kau tarik perhatian aku lagi.
"Tak ada apa. Nak check saja." Jawabnya acuh tidak acuh. "Check?"nada Arman kini sedikit tinggi. Tetapi masih mengekalkan kelembutan suara dia di hadapan perempuan. Bagi dia, adalah sangat dayus bagi lelaki yang meninggikan suara di hadapan perempuan. "Check apa?"sambungnya lagi. Mata Balqis serta merta membulat besar. Terkejut dia tatkala di soal sebegitu.
Ya Allah...kuatkan hatiku.
Di dalam diam, dia memohon kekuatan illahi. Jauh dari sudut hati ingin sahaja dia menangis. Mengapalah sekarang aku berada di hadapan lelaki ini? Apa sebenarnya yang aku dah buat?
Belum sempat perbualan mereka ditamatkan, Syahmin sudah datang dengan membawa semangkuk mee celop lalu diletakkan diatas meja. Berasap-asap mangkuk yang dipegang.
"Tak panas ke?"soal Arman. Soalan apakah itu? Apalah, mestilah panas. Tak kan mee celop ni baru dikeluarkan dari peti sejuk pula.
"Mestila..."balas Syahmin bersahaja. Kadangkala, teman sebilik dia ini tidak kurang bendulnya. Malahan lebih bendul dari dia. Bak kata semua kawan-kawan, semua teman sebilik dia punyai watak yang lebih kurang sama sahaja. Bendul! Eloklah! Satu kepala.
"Haa, sambungla borak. Asal diam. Hadoi. "Rungut Syahmin pula. Tadi bukan main bersembang, ada dia dah sepi balik. "Awak marah saya lagi?"tiba-tiba terpacul soalan begitu dari mulut Arman. Balqis pantas mengerling kearah Syahmin. Pandangannya tidak dihiraukan Syahmin yang sudah mula menjamah mee celop di hadapannya. Nasib baik!
Bodoh!
Soalan apa yang kau tanya ni? Isu apa yang cuba kau bangkitkan sekarang ni? Tidak sedarkah disini ada siapa? Roomate kau, kawan baik aku sendiri! Tidak kurang Balqis menyumpah di dalam hati. Aneh. Dia masih boleh berlagak normal. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Sedang Balqis hampir kehilangan personaliti dirinya sendiri.
"Soalan apa awak tanya ni?"pertanyaan Arman dibalas pertanyaan. Kali ini nadanya sedikit perlahan tetapi bunyinya jelas sekali keras. Arman tetap membuat muka selamba.
Lelaki memang beginikah? Ahh! Tak faham aku!
"Takpe-takpe, kita makan dulu. Okay?"pinta Arman lembut sebaik sahaja pembantu gerai makan yang ada disitu meletakkan talam dan menghidangkan hidangan yang telah mereka pesan tadi. Balqis sedikit lega. Sekurang-kurangnya dia tidak gabra seperti tadi. Engkau ni Balqis, cepat sangat gabra. Tenang.. Rileks.. Kita ikut rentak dia.. Balqis cuba menenangkan hati.
"Lepas ni kau memang takde perancangan pergi mana-mana ke?"celah Syahmin tiba-tiba. Balqis sekadar menggeleng. Syahmin akur dengan jawapan itu. Puas dia cuba mencipta satu topik khas buat mereka bertiga membuka suara. Tetapi masing-masing diam. Dia mula curiga, Arman dengan Balqis sedang berperang. Eh eh, ganas betul bunyi. Huh. Perang! Kau ader?
Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

Part 2#Cebisan kasih

                                                                         BAB 2

Jam sudah menunjukkan pukul 11.45 pagi. Masing-masing sudah menunjukkan perasaan letih dan yang paling penting, mereka berdua sangat lapar.
"Jomlah gerak. Boleh makan tengah hari sekali. Perut saya dah lapar ni."ajak Ciksu. Dia dengan makanan memang kawan paling baik sejak zaman dahulu lagi. Balqis menggeleng kepala.
Tak perlu cakap! Dah tahu.
"Eh kejap!" Baru selangkah mereka menjejakkan kaki untuk ke loker beg masing-masing, mereka berdua terhenti di pertengahan langkah. Balqis mengenggam erat pergelangan Ciksu. Terkedu dia jadinya.
"Kenapa ni?"soal Ciksu. Aduh, nak datang macam ni, nak balik pun macam ni. Apalah agaknya yang diintaikan si Balqis itu. Celaru juga bila difikir-fikir.
"Okey?"
"Okey! Line clear.."balas Balqis. Laju mereka berjalan. Seolah-olah perpustakaan ini bisa terbang kesana kesini pula. Susah mahu keluar nanti.
**
"Jumpa esoklah, tempat biasa ya."
"Bereh-bereh."
Arman menyeka peluh yang mula mengalir di dahinya. Baru lima belas minit keluar dari perpustakaan yang beku itu, sekarang dah cair dengan peluh balik. Apalah nasib! Badan penuh toksin la ni.
"Arman! Arman!"kedengaran suara seorang perempuan menerkam dari arah kafeteria 'Cool Blog' tidak jauh dari tempat mereka berjalan. "Tu Nisa tu."kata Syahmin.
Mereka sama-sama menuju ke sana.
"Untuk awak..!"kata Nisa sambil menghulurkan air Cool Blog. Wah.. Untung betul, sudah berjalan di panas-panas terik begini. Ada pula yang bermurah hati nak bagi air 'heaven' ni. Tak boleh tahan!
Syahmin mengerling tajam.
"Untungla..."Arman tergelak kecil. Begitu juga dengan Nisa. "Kau nak jugak ke Syahmin? Alaa menyibuk je."kata Nisa pula. Alah, setakat Cool Blog ni, lima belas cup aku boleh borong! Syahmin mula buat muka bengis.
"Ala ni sebagai tanda terima kasih aku sebab si Arman ni dah tolong aku ajarkan subjek ACC116. Kan Aman? Hehehe, tak ada makna apa-apa pun okey!"terang Nisa panjang lebar. Arman hanya mengangguk dari tadi. Lagipula mana mungkinlah dia dan Nisa ada apa-apa. Mustahil!
"Betul tu..Nah, minum la nah ambik sikit. Saya tahu awak dahaga tu..Nah."hulur Arman. Cepat sahaja tangan Syahmin merampas bekas air minuman itu.
Tahu tak apa!
Arman dan Nisa terkekeh gelaknya. Tadi jual mahal!
Balqis mengintai dari sudut belakang dinding Kiosk perbualan mereka.
Intim.
Bisik hatinya. Pandai kau bermain jurang kan? Mata Balqis kelihatan kecil besar dari tadi. Seperti sedang menyaksikan sesuatu yang tersangat meremukkan hati, meruntunkan jiwa. Malahan kalah cerita drama melayu yang ada di televisyen. Tiba-tiba teringat kejadian yang berlaku dua minggu lepas. Air jernih mula keluar menusuri pipi. Perlahan-lahan dia menutup mata. Menarik nafas dalam. Namun kali ini emosinya tidak dapat dikawal sebetulnya. Dia terduduk dalam keadaan tersedu-sedan. Beberapa orang lalu lalang disitu mula memandangnya aneh. Ada yang cuba membantu, ada juga yang hanya mampu melihat tangisan gadis itu.
Kasihan!
Dosa silam terus menerus menghantui diri. Makin lama dirasakan tangisannya agak kuat. Balqis separuh meraung. Hingga mendapat perhatian Arman dan rakan-rakannya yang lain. Masing-masing mula menjenguk ke arah belakang Kiosk yang terletak sedikit terpencil di kawasan blok B.
"Eh! Balqis Ayesya! Kau okay tak? Man! Sini.. Balqis ni."panggil Syahmin, rakan sekelas Balqis sekaligus merangkul sahabat baiknya. Dahi Arman berkerut. Dia pantas melangkah kemari. Tiba-tiba langkahnya terhenti. "Qis.?"
"Aku okey. Aku cuma tak sihat min."Balqis mencari helah. Sedari langkah Arman semakin dekat kemari dia cepat-cepat mahu bangun. Namun badannya yang terlalu lemah membuatkan dia jatuh kembali. Kali ini dia bangkit dengan bantuan Syahmin.
"Kau tak okey ni, Qis. Jomlah aku hantar kau balik."pelawa Syahmin.
"Naik apa?"
"Kereta Arman lah."laju dia membalas. Dia mahu cepat. Semakin lama dia semakin risau dengan keadaan rakan baiknya begitu. Mata sembam, muka pucat. Keadaannya sangat teruk.
"Atau kau nak ke U.K dulu? Jom, aku hantar. Cepat."Syahmin terus menerus menonjolkan sikap prihatinnya terhadap Balqis. Mereka berdua memang kawan baik satu kepala. Sejak dari semester dua lagi. Balqis menggeleng laju.
"Aku boleh balik sendiri."ujar Balqis menolak. Mana mungkin dia menumpang kereta lelaki bernama Arman itu. Mana sanggup! Dia tidak tahan.
"Jangan degil! Tunggu sini, saya ambil kereta."tiba-tiba suara Arman pula yang bergempa. Dia pantas meninggalkan Syahmin dan Balqis. Laju dia berjalan menuju ke Medan Ilmu, tempat dia memakir kereta. Mata Balqis terkedip-kedip. Syahmin membantu Balqis untuk duduk di atas kerusi.
"Kau ni kenapa? Cuba bagitahu."soal Syahmin. Balqis kelihatan tidak senang berada di situ. Seperti cacing kepanasan.
"Aku nak balik, Syahmin.."jawabnya lemah.
"Aku boleh balik sendiri."pinta Balqis dengan nada yang sebak. Syahmin menggelengkan kepalanya. Dia tahu sejak dua menjak ini Balqis punya masalah. Tetapi tidak seperti kebiasaan, Balqis begitu memendam perasaan tentang masalah yang dihadapinya kini.
"Kau tunggulah kejap. Kesian Arman, dia pergi ambil kereta jauh-jauh. UiTM ni bukannya dekat."pujuk Syahmin lagi. Dia merenung tepat ke dalam anak mata Balqis. Jelas terserlah seribu kesedihan yang tersimpan. Entah apalah yang kau fikirkan ni Balqis Ayesya. Dia sendiri sudah mula perasan, Balqis yang sekarang bukan Balqis yang dulu lagi. Balqis yang dulunya selalu ketawa, tersenyum walaupun dilanda masalah sebesar ombak laut di pantai. Tapi kini, dia lebih suka menyendiri. Kadangkala, menyepi. Sepatah ditanya, sepatah jawapan yang diberi. Pernah juga dia ingin berlagak seperti sediakala, tetapi bagi Syahmin tetap kekok. Nampak benar dia berpura-pura melahirkan tawa, mengukirkan kuntuman senyuman.
Balqis masih lagi membisu. Dia menunduk. Dia tahu niat baik rakan baiknya itu.
"Okey, Qis?"rayu Syahmin lagi. Balqis akhirnya akur. Malas dia mahu bertekak lagi. Keadaan diri dia sangat lemah. Daripada terus kena leter, lebih baik dia diam.
Kurang sepuluh minit selepas itu, bunyi hon sebuah kereta Perdana memecahkan keheningan di tengah hari.
"Jom!"Syahmin menarik lengan baju Balqis. Dia sudah tidak hiraukan kemarahan yang terpancar jelas di raut muka Balqis. Dia cuma mahu mereka berdua cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta. Di dalam keterpaksaan, Balqis akur dan hanya menurut.

**

Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

TAKE MY BANNER :)

KEEP IN TOUCH
 
Blog design by Fatin Hazwani. Copyright Peningpenings