BAB 11.
“Qis..!”panggil Julia sambil menjengul
dimuka pintu.
“Jue! Masuklah..”pelawa Balqis. Ada buku
yang didakapkan bersama.
“Dah habis study ke?”tanya Julia sambil
menarik kerusi bersebelahan dengan Balqis. Dia melabuhkan punggung. Ada keluhan
kecil keluar dari nada sayup Balqis. Dia
menggeleng kepala. Kalau dah habis tidak mungkinlah dia boleh berada di atas
meja ni. Dah nak muntah dia menghadap buku. Mahu tidaknya, sudah berjam-jam dia
menuntut di atas mejanya itu. Ilmu yang dapat diserap entah berapa peratus
sahaja. “Habis apanya.. Ni baru bab lima.”jujur Balqis. Malas dia mahu selindung.
“Fuyo! Banyaknya!”pantas Julia memberi
respon. Banyak? Ada lagi tiga bab yang perlu dia baca dan fahami. Entah-entah
dia dah habis.. Bukan boleh harap sangat si Julia ini.
“Jue baru bab tiga. Tu pun tak
faham!”Julia mengeluh. Yeke tu? Balqis masih membuat muka selamba. “Habis Jue ingat Qis faham sangat ke?”tanya
Balqis sambil mengangkat kening. Fuhlamak! Macam kening Ziana Zain. Julia
membuat muncung muka. Masing-masing masam mencuka.
"Tak faham la apa dia tulis ni. Bahasa Inggeris apa yang dia orang semua ni guna? Hisy!"rungut Julia lagi. Balqis hanya mencebik. Itulah pasal. Dia juga ada fikirkan tentang perkara itu. Dia orang fikir anak-anak melayu ni semua sekolah kat sekolah Inggeris kot. Macam orang dulu-dulu. Sempat lagi dia mengkritik. Apa boleh buat, nak dapatkan ilmu, mana ada yang mudah. Maklumat mungkin dapat diperolehi dihujung jari, tetapi ilmu yang sebenar benarnya itu adalah lebih sukar daripada apa yang dijangka.
"Ala, Jue..rilekslah. Test aje pun. Kita tiru ajelah.. Nak?"selamba dia mengeluarkan idea gila yang entah dari mana dia dapat. Berani betul kenyataan dia malam itu. Wow.. Ni kalau Ayuni dengar ni masak aku ni. Ceh! Sembang bolehla minah... Terkejut Julia dengan gurauan kawan disebelahnya itu. Lain macam gurauan dia hari ini.
"Hui!"sergah Balqis lagi. Sedari Julia mula memandang dia lain macam. Balqis mula tersengih. Dah kenapa pandang aku macam tu? Tahu la segak! Hehehehe..
"Orang gurau aje la, Jue. Hehehehe..."jelas Balqis sambil tersengih.
"Eii..Qis!"rungut Julia. Dia menampar lengan Balqis.
Julia fikir dia bersungguh-sungguh. Macam-macam cara sudah bermain dekat kepala otak dia. Al-maklum, nak menirulah katakan. Lawak apanya malam-malam buta macam ni! Esok pagi la test! Aduh..
"Tak lawakla pukul 12.30 tengah malam macam ni!"tempik si Julia.

"12.30 pagi."Balqis memperbetulkan. Sempat lagi dia menyakat. Julia sudah mula buat muka muncung. Aloloh.. Muncung-muncung pun comel! Getus hati Balqis.
"Dahla.. Takyah la nak stres sangat, hurm.. Macam ni. Kita buat past year aje la. Nak?"kata Balqis memberi cadangan. Bernas juga idea itu.
"Jue pun ingat macam tu lah.."balas Julia. Lagipula jika mahu dihabiskan bab yang belakang-belakang itu malam ini, macamlah boleh habis! Silap-silap haribulan buku yang baca mereka. Tidak dinafikan jurusan yang diambil oleh Balqis memerlukannya untuk banyak membaca. Mujurlah dia jenis yang gemarkan membaca daripada mengira.
"Kita habiskan dulu yang mana ada. Kejap lagi kita sambung buat soalan Past Year sama-sama."arah Balqis mula serius. Julia sekadar mengiakan. Malam itu penuh dengan kejutan. Mahu tidaknya, mereka digemparkan dengan test, quiz dan bermacam lagi kerja yang melibatkan aktiviti kumpulan. Mana nak berkejar untuk peperiksaan akhir lagi. Disebabkan minggu ini merupakan minggu terakhir bagi mereka semua, makanya semua benda harus diselesaikan dalam minggu ini juga. Apalah nasib badan... Mereka belajar bersama-sama sehingga pukul dua pagi. Sesekali dia menoleh ke katil Ayuni. Sedapnya tidur..Mentang-mentang kelas kau tak padat macam kelas aku. Fikirnya.
No comments:
Post a Comment