Part 8#Cebisan Kasih

                                                                     BAB  9

Balqis menyandarkan badannya di kerusi roda yang terdapat di bilik kelab DIPAC. Pusing kepalanya memikirkan cara untuk mengumpulkan dana bagi program-program seterusnya. Walaupun dia bukan memegang portfolio sebagai bendahari, namun sedikit sebanyak tempias yang dilemparkan semasa perbincangan di antara dia dan ahli jawatankuasa yang lain didalam mesyuarat sebentar tadi sedikit sebanyak mempengaruhi mereka semua dalam merancang program pada masa akan datang. Barisan pensyarah sudah merancang itu ini, mahukan semuanya berjalan lancar. Harapan yang digarapkan kepada mereka semua bukan main tinggi. Jauh lebih tinggi dari apa yang diimpikan semasa zaman mantan-mantan mereka mengambil alih dulu. Sememangnya semua para pensyarah sekadar mahu mengembalikan semula zaman kegemilangan kelab ini suatu ketika dahulu. Setelah kelab ini dipimpin oleh para mantan, tidak banyak transformasi yang digarapkan oleh mereka semasa memimpin. Program juga tidak banyak yang berjalan. Kelab ini seolah-olah sudah tidak dikenali lagi. Apabila berada di tampuk pimpinan yang baru, mereka-mereka inilah diberi tanggungjawab yang sangat besar untuk membangunkan kelab ini semula.
"Uit, jauh mengelamun kak yong,"sapa Hisyam dari arah belakang. Balqis seolah tidak terkejut. Dia memandang Hisyam dengan pandangan penuh bosan. Ada keluhan kecil kedengaran.
"Aku peninglah fikir pasal benda yang kita bincang dalam meeting tadi, Syam,"jujur Balqis sambil memicit-micit kepalanya. Terasa buntu buat seketika. Hisyam mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Aku pun ada fikir jugak pasal tu.. Apa nama program kau dengan Shakir tu?"soalnya tiba-tiba.
Perbincangan menjadi semakin serius.
"Induction session,"sepatah dia menjawab.
"Program untuk budak-budak part one aje kan?"tanya Hisyam lagi. Balqis sekadar mengangguk. .Macam teruk sangat saja kelihatan masalah yang dihadapi. Gila tak teruk? Kalau bajet tak cukup macam mana nak jalankan program?
"Kau agak-agak guna duit banyak tak?"Hisyam masih belum berpuas hati. Balqis mengeluh lagi. Hari ini saja sudah berapa kali dia mengeluh.
"Mungkin. Aku tak sempat nak bincang dengan Shakir lagi,"jawab Balqis sambil matanya dipejam. Dia antara insan yang paling banyak juga diberikan harapan dan kepercayaan mengendali sesuatu tugasan. Madam Effa dan Proffesor Iskandar pernah berharap agar dia dapat mencarikan penaja daripada mana-mana VIP yang dia kenal. Memikirkan hal itu lebih membuat dia jadi kusut. Vip? Mana dia nak cari? Dia bukannya golongan bangsawan yang berkawan dengan ramai dato'.
"Aku buat program OPKIM. Lagi besar bajet nak pakai....,"keluh Hisyam pula. Balqis mengerutkan dahi. Terbayang di kepalanya apabila disebut tentang program OPKIM. Sebuah program outdoor yang mempunyai rentetan program yang sangat terperinci. Sudahlah dia memegang portfolio sebagai biro Program dan aktiviti. Sudah pasti tugas-tugas seperti tentatif dan Q-sheet berada di bawah tanggungjawabnya nanti. Adui.. Peningnya kepala. Apalah nasib...
"Nanti kita ‘kautim’ dengan bendahari balik lah,"cadang Balqis mahu menutup sesi perbincangan. Pantas dia bangun. Pintu dikuaknya luas. Dia melihat sahaja Hisyam nencapai remote control penghawa dingin itu lalu ditekannya butang Off.
"Apa hal kau tutup?soal Balqis hairan. Rasanya dia mahu terus berada di bilik itu menggunakan komputer untuk menyiapkan surat rasmi bagi program induksinya nanti.
"Aku sejuk."ringkas jawapannya.
Pelik! Aku ni punyalah panas. Walaupun ada aircond, tapi tetap rasa panas. Lagi panas bila fikir pasal ni! Omel Balqis sambil mencapai beg tangan dan beberapa buah buku di atas meja.
"Aku balik dululah. Kunci ada atas meja. Nak keluar nanti jangan lupa kunci pintu,"pesan Balqis sebelum keluar menyarung kasut. Hisyam sekadar mengiakan. Nampak gayanya harini giliran dialah pula selaku setiausaha untuk beradu di kamar ni jika tugas masih belum selesai tepat waktunya.


Lambat Balqis pulang hari itu. Selalunya jam enam sudah ada di kamar. Tetapi lewat pula mesyuarat petang ini habis. Perutnya sudah berkeroncong. Memikirkan pelbagai makanan yang terjual di kafe membuatkan langkahnya semakin cepat. Bayangannya kian lenyap dari satu sudut bilik yang dikhususkan buat ahli-ahli jawatankuasa di situ meninggalkan rakannya si Hisyam sendirian.

Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

No comments:

Post a Comment

TAKE MY BANNER :)

KEEP IN TOUCH
 
Blog design by Fatin Hazwani. Copyright Peningpenings