BAB
6
Dalam sibuk Balqis mempersiapkan diri, sempat lagi
dia menyanyi-nyanyi lagu 'Seluruh Cinta' nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Cakra
Khan. Kelunakkan suaranya mendapat perhatian sesiapa sahaja yang mendengarnya.
"Assalamualaikum."sapa seorang perempuan
di muka pintu bilik.
"Waalaikumsalam, Kak Sha!"pantas Balqis
menjawab. Dia bersalaman dengan Kak Sha, salah seorang roomate mereka yang
sememangnya jarang ada di bilik. Biasalah, orang rumah dekat. Setiap minggu dia
balik.
"Bukan main happy nampak, suara dia sampai luar
dengar."sakat Kak Sha sambil tersengih. Mentang-mentanglah penyanyi UiTM,
getus hati Kak Sha.
"Mana ada Kak.. Akak ni saje je tau."tepis
Balqis cepat. Sekadar melepaskan rasa bosan di kamar seorang diri. Ayuni sejak
tadi lagi sudah keluar. Ada hal kecemasan katanya. Tinggallah dia seorang diri.
Balqis membantu Kak Sha membawa masuk beg yang masih di muka pintu. Banyaknya
barang! Bukan main lagi.
"Dah nak pergi kelas ke?"celah Kak Sha
sekaligus menukar topik perbualan.
"Ha'ah.. Nak pergi dah ni, tunggu kawan
jap."jawab Balqis. Tangannya teraba-raba diatas kepala menyisipkan
kerongsang kecil.
Siap!
"Pergi dulu ya kak, bye-bye!"Balqis
meminta diri sedari pintu bilik sudah diketuk berkali-kali.
"Hai awak..!"sapa Dira, rakan sekelasnya.
Dira berpakaian serba hitam dari atas hingga ke bawah. Tubuhnya yang kecil
molek itu menambahkan lagi seri kecomelan kawan baiknya.
"Hai, comel!"balas Balqis sambil
tersenyum. Tersipu-sipu Dira dibuatnya. Balqis dari dahulu memang begitu. Suka
memuji, menyakat, yang paling penting tidak lekang dari senyuman. Cuma
akhir-akhir ini, sekelilingnya sendiri mula perasan akan perubahan yang muncul
dalam diri Balqis. Senyumannya kadangkala hambar. Ketawanya kadang dibuat-buat.
Resah dihati Dira dan rakan-rakan yang lain usah katalah, mereka hanya membantu
untuk membuat Balqis untuk terus tersenyum.
"Ala dia yang cantik! Suka buat orang jealous."balas
Dira pula. Jika mahu dipuji penampilan masing-masing alamatnya sampai esok pun
tak habis.
"Kalau saya cantik, awak double-triple lagi
cantik tau!"puji Balqis lagi. Ada senyuman menguntum dibibirnya. Dira turut tersenyum lebar. Ada-ada sajalah
si Balqis ini. Semua orang dia jumpa, semua dipujinya lebih-lebih. Habis tuan
badan kembang kecut jadinya.
"Lepas balik ni, saya nak teman Mimi pergi
Sigai. Dia nak cari alat tulis. Awak nak ikut sekali?"pelawa Dira
tiba-tiba.
"Boleh jugak. Bolehlah saya makan nasi kukus
lagi. Hehehe,"jawab Balqis teruja. Dia suka benar makan nasi kukus di
hadapan kampus mereka itu. Keenakan Ayam berempah dan nasi kukus yang dimakan
bersama gulai dan sedikit cili hancur mengecurkan liur sesiapa sahaja.
Tambah-tambah dimakan semasa panas. Pergh!
Mereka terus berjalan menuju ke kafe. Kelihatan
rakan sekelas mereka ada yang lebih awal mendahului mereka berdua.
"Hai korang! Kerja akaun siapa dah
siap?"soal Illy dari arah belakang. Kerja orang ditanya-tanya, kerja
sendiri? Sudah siapkah? Hai..Macam mana nak siap kalau kerjanya 24 jam
menghadap anime sahaja. Illy..illy..
"Ada soalan yang tak tahulah,"jawab Mimi
kemudiannya. Muncung sahaja bibirnya yang comel itu.
"Betul!"sokong Rita pula. Kalau semua
belum siap, okey lah tu! Tak lah rasa kecut sangat! Illy tersengih macam kerang
busuk. Aduh makcik ni, boleh pula main nilai-nilai orang macam itu.
"Ha! Kau orang berdua mesti dah siap!"teka
Illy setelah Balqis dan Dira semakin hampir dengan mereka semua.
Tercenggang-cenggang mereka berdua dibuatnya.
"Siap apa pulak ni?"soal Balqis.
"Kerja Manzai..."selamba Illy membalas.
Tersentak juga mereka berdua. Siap apanya, dua soalan tinggal. Susah! Apalah
rutin hidup pelajar. Nak buat latihan, soalan susah. Selamba badak dia sahaja
memanggil proffesor yang mengajar itu dengan gelaran 'Manzai'. Bukan dia
seorang. Hampir satu kelas memberi gelaran seperti itu.
Dira menggeleng kepala. Tidak sudah-sudah. Balqis
mengamati seorang demi seorang rakan sekelas mereka. Masing-masing punya
pelbagai ragam. Ada begini, ada begitu. Tapi, kalau salah seorang tidak ada,
memang cukup terasa sekali. Baru tahu erti persahabatan itu apa. Saling
lengkap-melengkapi.
**
Suasana persekitaran di dalam Perpustakaan Tengku
Anis agak sunyi. Namun ramai yang juga yang mengambil tempat berada disitu.
Arman nampak sibuk dengan perbincangannya bersama empat orang perempuan
dikeliling meja.
"Saya buat cara ni, awak buat cara ni. Nanti jawapan kita compare."arah Arman yang cepat dalam membuat keputusan. Yang lain hanya akur.
"Saya buat cara ni, awak buat cara ni. Nanti jawapan kita compare."arah Arman yang cepat dalam membuat keputusan. Yang lain hanya akur.
"Awak dengar tak ni, Lyn?"soal Arman lagi.
Lain macam sahaja cara Lyn merenungnya. Sejak dari tadi dia berbincang mencari
jawapan, Lyn tidak banyak cakap. Sekadar mengiakan. Tetapi satu yang dia
perasan, Lyn sering memandangnya. Dia tahu, Lyn ada menaruh hati terhadapnya.
Tapi, malas dia mahu melayan. Dia faham, perasaan tidak boleh dihalang. Merah
padam muka Lyn waktu itu. Sedar dirinya diperhati sebegitu rupa. Cepat-cepat
dia mengalihkan pandangannya.
"Faham-faham."Katanya tiba-tiba.
"Apa yang fahamnya?"soal Arman sambil menggaru-garu
kepalanya yang tidak gatal.
"Apa yang awak tanya tadi?"soal Lyn lagi.
Tak dengar atau buat-buat tak dengar? Arman mendengus perlahan.
"Saya tanya awak dengar tak apa yang saya suruh
awak buat tadi?"ulang Arman. Walaupun sabarnya agak kurang hari itu,
tetapi suaranya masih kekal. Tidak ada tanda-tanda dia akan meninggikan suara
kepada perempuan. Ziana yang berada di sebelah Lyn sekadar menggeleng kecil.
Macam-macam lah perempuan ni. Tak dapat goda Playboy, nak goda Dai' pulak.
Ingat senang ke cik adik?
“Ana, awak tolong terang dekat Lyn, saya nak pergi
toilet jap.”pinta Arman. Bingkas dia bangun. Ziana mengangguk perlahan. Lyn
menjuiskan bibir. Ziana memandang dia kecik besar kecik besar sahaja.
“Kau ni memang tak dengar ke buat-buat tak dengar?”tanya
Ziana tidak berpuas hati. Tajam dia mengerling ke arah Lyn.
“Sorryla…”Lyn memohon maaf. Halus suaranya. Ziana
malas mahu melayan. Dia cepat-cepat menerangkan apa yang baru dibincangkan
sebentar tadi bersama Arman. Rancak juga perbincangan mereka.
“Kau faham tak? Kalau tak faham juga kau tanya
Ida.”soal Ziana acuh tak acuh. Pandangannya sengaja dialihkan ke arah Ida yang
sedang asyik mendengar lagu. Cepat-cepat Ida mengangkat muka. ‘Panggil aku ke?’
Baru nak sedar orang sebut nama dia! Biar pekak telinga tu nanti asyik dengar
earphone. Baru tahu!
“Eyh.. Faham-faham!”pantas Lyn menjawab.
Tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Kau ni stop-stop lah berangan! Sedarlah sikit dia
tu siapa kita ni siapa,”leter Ziana tiba-tiba. Kurang senang hati dengan sikap
kawannya. “Kau ni! Bukannya nak bagi support.”rajuk nada Lyn membalas penyataan
Ziana. Adakah patut dia cakap macam tu?
“Habis tu, Mirul kau nak taruk mana? Dalam
poket?”sindir Ziana sinis sekali. Sekali lagi Lyn memuncungkan bibirnya. Ah!
Kenapa mahu sebut pasal Mirul pulak dekat sini? Hisy! Potong stim!
“Apa kau ni..Nak babitkan dia pulak?”suaranya yang
manja itu membuatkan Ziana geli geleman. Cukup-cukuplah tu Cik Lynda, bukannya
dia tahu rakannya itu penuh skandal keliling pinggang! Kasihan. Dia ingat perempuan macam lelaki? Boleh
pasang banyak-banyak? Tidak cukup-cukup yang duk ada mahu tambah lagi seorang
pula. “Kau jangan nak macam-macam tau. Dia tu pun mesti dah ada, kita ni aje
yang tak tahu.”tambah Ziana lagi sengaja mahu menambah bara di hati rakannya.
Eii,mulut! Insuran dah habis guna lah tu.
“Dah kau sambung buat
kerja. Karang si Arman tu datang penyakit angau kau tu datang balik! Cepat,
sambung buat kerja.”arah Ziana tidak mahu membuang masa lagi. Di dalam keluhan
kecil, Lyn turutkan sahaja perintah Ziana.
No comments:
Post a Comment