BAB 8
Balqis membuka tombol pintu kamarnya
perlahan-lahan. Dilihatnya Ayuni dan KakSha yang sedang asyik tidur lena.
Segera dia masuk perlahan-lahan. Awalnya tidur. Getus hatinya. Dia meletakkan barang-barangnya
diatas meja. Beg tangannya disangkut berdekatan dengan birai katil. Dia segera
melabuhkan punggung diatas kerusi yang terletak dekat dengan meja belajar
miliknya. Lama dia termenung. Agaknya kalau pencuri datang curi barang-barang
dia dan kawannya yang lain juga entah-entah dia tidak sedar. Sesekali terdengar
dia mengeluh kecil.
'Kenapala aku kena hadap lagi orang macam dia.. Tak faham betul aku, bukankah dia yang tak nak langsung bersua muka dengan aku? Alih-alih siap tolong ajarkan akaun bagai lagi. Sakit kepala aku.' Hatinya terus menerus berbicara tanpa hala tuju. Fikirannya masih teringat akan perkara tadi siang. Dia datang di saat semua orang sedang berada dalam kebingungan. Kalau tidak sebab dia juga, pasti kerja yang diberi oleh Prof itu masih berbaki. Masih terngiang-ngiang tutur kata bahasa yang dilontarkan oleh Arman semasa di perpustakaan tadi. Daripada tidak faham sepatah pun, dapat juga serba sedikit ilmu untuk dia serap. Rupanya subjek ni hanya memerlukannya untuk faham sahaja. Dari segi gaya bahasanya, cara dia bercakap dan yang paling penting sekali apabila mata mereka bertentangan. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Balqis sahaja yang seperti cacing kepanasan. Tidak senang duduk sepanjang perbincangan itu berjalan. Betul lah kata orang, hidup lelaki ni memang mudah. Apa jua perkara yang jadi dalam hidup mereka baik paling buruk sekalipun, tetap tidak meninggalkan apa-apa kesan dalam diri. Yang bahananya perempuan. Sikit-sikit perempuan. Untungnya jadi lelaki, mudah melakukan dan senang juga untuk melupakan. Seakan semua itu adalah perkara biasa buat manusia. Memang! Memang biasa. Biasa untuk orang yang sudah bernikah! Luar biasa buat seorang pelajar yang baru mahu mengenal dunia seperti dia. Kepalanya dipegang. Sakit yang teramat. Beban yang ditanggung bukan kepalang. Baru beban di kepala, belum dikira yang ada dalam hati lagi. “Cukup sifat dah aku kalau nak dapat hypertension kalau macam ni.” Bebel dia.
"Apa yang kau memekak sorang-sorang tu? Tak reti nak tidur?"sampuk Ayuni tiba-tiba. Hisy! Mimpi apa mak cik ni, dah tidur boleh pulak jaga balik. Dia dengar ke apa aku cakap? Matanya sedikit membesar. Baru pukul 9. Buang tebiat agaknya kawannya yang seorang ini. Yang KakSha ni pun satu. Kenapa awal sangat tidur? Tu la kalau duduk dengan si Ayuni ni memang hasrat nak study lama-lama tidur lambat terkuburlah jawabnya. Ada senyum kambing terhasil dari riak wajahnya.
"Awal tidur?"soal Balqis sambil buat muka tak bersalah.
"Besok orang ada Qiamullai, orang tak boleh solat duduk diam-diam dalam bilik. Baca buku."jelas Ayuni satu-persatu.

Ewah-ewah, cakap macam dia tu bukan
pelajar pulak. Kau ingat kau tu siapa? Pengurus asrama? Cakap pandai!
Patutlah pun. Lain macam sunyi je kolej dia malam itu. Bagaimanalah dia boleh lupa soal ini? Tapi kalau ingat pun, macam lah dia boleh pergi. Seperti biasa, walaupun kerja proffesor Osthman sudah siap, tetapi dia masih punya lagi satu tugas khas yang masih belum selesai. Tangannya dicelup ke dalam tas tangan miliknya di birai katil. Talifon bimbit dikeluarkan. Dia menekan beberapa angka lalu diletakkan di telinga.
"Hello, assalamualaikum."
"Abang Farhan.....”
Perbualan mereka semakin rancak lebih-lebih lagi apabila tinggal dia seorang yang masih belum tidur di dalam bilik itu. Beberapa fail dikeluarkan dari rak atas meja. Dia mengeluarkan beberapa keping kertas lalu diletakkan diatas meja. Disebutnya satu demi satu senarai tugas yang sudah dan akan disiapkan kepada Farhan. Begitulah rutinnya setiap hari. Tugasnya bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar biasa yang menghadap buku semata-mata, tetapi juga seorang yang aktif berpesatuan dan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti. Dia seronok melakukan kerja tersebut. Sekurang-kurangnya dengan menyibukkan diri, dapat juga dia melupakan masalah yang berserabut di ruang kepala. Walaupun agak sibuk dan terkejar-kejar masa, tetapi dia tetap tidak mengabaikan pelajaran dan cuba menyeimbangkan sebaiknya jadual masa belajarnya dengan waktu dia berpersatuan.

**
Hoi! Mu dengar dok aku oyak gapo ni
tino?!" Marah Ayuni dengan nada kesal. Keluar bahasa Kelantan pekatnya.
Dari tadi dia bercerita soal laki-laki yang mengimamkan solat hajat mereka
semua kepada Balqis, tetapi gadis itu seakan membuat muka selamba bodoh. Niat
dihati mahu buat si Balqis itu sakit hati. Alih-alih dia pula yang berperang
menanggung sakit. Balqis buat tak endah dengan leteran rakan sebiliknya.
Seolah-olah tidak punya perasaan.
"Kau ni takde hati perut tau!"tambah Ayuni lagi. Hisy, dia ni. Apa pulak kaitannnya dengan tak ada hati perut? Kalau betul aku ni takda hati perut dah lama aku tinggalkan kau mereput sorang-sorang dalam bilik ni. Ha! Cubalah. Ingat aku tak berani? Gertak si hati kecil. "Apa benda kau ni... Hisy! Bising lah. Aku nak buat kerja pun tak senang!" Dalihnya. Sengaja di selak-selak helaian buku di atas meja. Kononnya tengah belajarlah tu! Eleh.. Kerja konon. Tadi sebelum aku buka cerita ni kau bukan main bahagia main fon, sekarang nak buat-buat sibuk studylah itulah inilah! Giliran Ayuni mengomel seorang diri. Sesekali terlihat dia mengerling tajam kearah Balqis. Masih seperti biasa. Balqis membuat keras hati.
"Rugi tau kau tak pergi tadi......"tambah Ayuni sengaja mahu buat si Balqis panas hati.
"Apasal pulak?"soal Balqis. Akhirnya... Kau tanya jugak soalan ini. Heheheh. "Ada laki kau lah!"selamba jawapan yang diberi Ayuni. Bulat mata Balqis mendengarnya. Namun, jauh disudut hati dia sudah mulai mengagak.. Mesti Arman yang menjadi imam mereka. Mujurlah aku tak boleh solat. "Tak ada kena mengena, Cik Ayuni."Balqis mengeluarkan kenyataan kesal. Apa kaitan dengan dia pulak? Tak ada langsung! Titik. "Eleh.... Dalam diam.. Mesti tengah dok text kan.. Mesti kau cakap.. Kenapa jadi imam tak bagitahu? Notty tau...."Ayuni masih belum puas mengusik. Eii, geli pulak aku! Melebih la perempuan ni.
"Kalau ya sekalipun hajat kau tak sampai mahukan nombor talifon dia, janganlah sampai macam tu! Nampak sangat kau tahu tak?"giliran Balqis tunjuk belang. Pergh.. Banyak lawa dia punya bahasa. Tahu la dia ada nombor talifon si Dai' UiTM! Eii, serabut betul lah aku! Takpa..takpa kali ni kau menang.
"Woi! Mulut longkang gila!"marah Ayuni. Tahulah skandal dengan Dai'. Belum jadi bini lagi. Dah berlagak..!
"Dah lah, Ayu.. Suka hati kaulah! Malas layan aku."Balqis mula terasa bosan. Untuk apala dia melayan si Ayuni ni bercakap soal topik macam ni? Macam dah tak ada bahan nak gosip! Ayuni menghentak kaki. Pantasdia menghenyakkan tubuh di atas katil. Malaslah layan kau! Berlagak! Dia bermain talifon. Balqis memandang Ayuni senyap-senyap dari arah belakang. Ada senyuman kecil terukir di bibirnya. Tahu pun diam. Dia kembali menutup buku. Action je tadi tu. Tak kuasalah dia mahu menghadap buku tengah-tengah hari macam ni. Lebih baik dia tidur. Malam nanti dia ada mesyuarat lagi. Daripada terlena masa mesyuarat, baik lena sekarang! Sebaik saja dia merebahkan diri di atas katil, Ayuni melihatnya dengan pandangan tidak berpuas hati. Haa tengok tu! Konon sibuk apa bagailah tadi. Sekarang nak tidur lah tu! Eiii. Makin sakit hati si Ayuni dibuatnya.
"Apa tengok-tengok?"gertak si Balqis menyedari dirinya diperhati. Perasan!

No comments:
Post a Comment