BAB 2
Jam sudah menunjukkan pukul 11.45 pagi. Masing-masing
sudah menunjukkan perasaan letih dan yang paling penting, mereka berdua sangat
lapar.
"Jomlah gerak. Boleh makan tengah hari sekali.
Perut saya dah lapar ni."ajak Ciksu. Dia dengan makanan memang kawan
paling baik sejak zaman dahulu lagi. Balqis menggeleng kepala.
Tak perlu cakap! Dah tahu.
"Eh kejap!" Baru selangkah mereka
menjejakkan kaki untuk ke loker beg masing-masing, mereka berdua terhenti di
pertengahan langkah. Balqis mengenggam erat pergelangan Ciksu. Terkedu dia
jadinya.
"Kenapa ni?"soal Ciksu. Aduh, nak datang
macam ni, nak balik pun macam ni. Apalah agaknya yang diintaikan si Balqis itu.
Celaru juga bila difikir-fikir.
"Okey?"
"Okey! Line
clear.."balas Balqis. Laju mereka berjalan. Seolah-olah perpustakaan
ini bisa terbang kesana kesini pula. Susah mahu keluar nanti.
**
"Jumpa esoklah, tempat biasa ya."
"Bereh-bereh."
Arman menyeka peluh yang mula mengalir di dahinya.
Baru lima belas minit keluar dari perpustakaan yang beku itu, sekarang dah cair
dengan peluh balik. Apalah nasib! Badan penuh toksin la ni.
"Arman! Arman!"kedengaran suara seorang
perempuan menerkam dari arah kafeteria 'Cool Blog' tidak jauh dari tempat
mereka berjalan. "Tu Nisa tu."kata Syahmin.
Mereka sama-sama menuju ke sana.
"Untuk awak..!"kata Nisa sambil
menghulurkan air Cool Blog. Wah.. Untung betul, sudah berjalan di panas-panas
terik begini. Ada pula yang bermurah hati nak bagi air 'heaven' ni. Tak boleh tahan!
Syahmin mengerling tajam.
"Untungla..."Arman tergelak kecil. Begitu
juga dengan Nisa. "Kau nak jugak ke Syahmin? Alaa menyibuk je."kata
Nisa pula. Alah, setakat Cool Blog ni, lima belas cup aku boleh borong! Syahmin
mula buat muka bengis.
"Ala ni sebagai tanda terima kasih aku sebab si
Arman ni dah tolong aku ajarkan subjek ACC116. Kan Aman? Hehehe, tak ada makna
apa-apa pun okey!"terang Nisa panjang lebar. Arman hanya mengangguk dari
tadi. Lagipula mana mungkinlah dia dan Nisa ada apa-apa. Mustahil!
"Betul tu..Nah, minum la nah ambik sikit. Saya
tahu awak dahaga tu..Nah."hulur Arman. Cepat sahaja tangan Syahmin
merampas bekas air minuman itu.
Tahu tak apa!
Arman dan Nisa terkekeh gelaknya. Tadi jual mahal!
Balqis mengintai dari sudut belakang dinding Kiosk
perbualan mereka.
Intim.
Bisik hatinya. Pandai kau bermain jurang kan? Mata
Balqis kelihatan kecil besar dari tadi. Seperti sedang menyaksikan sesuatu yang
tersangat meremukkan hati, meruntunkan jiwa. Malahan kalah cerita drama melayu
yang ada di televisyen. Tiba-tiba teringat kejadian yang berlaku dua minggu
lepas. Air jernih mula keluar menusuri pipi. Perlahan-lahan dia menutup mata.
Menarik nafas dalam. Namun kali ini emosinya tidak dapat dikawal sebetulnya.
Dia terduduk dalam keadaan tersedu-sedan. Beberapa orang lalu lalang disitu
mula memandangnya aneh. Ada yang cuba membantu, ada juga yang hanya mampu
melihat tangisan gadis itu.
Kasihan!
Dosa silam terus menerus menghantui diri. Makin lama
dirasakan tangisannya agak kuat. Balqis separuh meraung. Hingga mendapat
perhatian Arman dan rakan-rakannya yang lain. Masing-masing mula menjenguk ke arah
belakang Kiosk yang terletak sedikit terpencil di kawasan blok B.
"Eh! Balqis Ayesya! Kau okay tak? Man! Sini..
Balqis ni."panggil Syahmin, rakan sekelas Balqis sekaligus merangkul
sahabat baiknya. Dahi Arman berkerut. Dia pantas melangkah kemari. Tiba-tiba
langkahnya terhenti. "Qis.?"
"Aku okey. Aku cuma tak sihat min."Balqis
mencari helah. Sedari langkah Arman semakin dekat kemari dia cepat-cepat mahu
bangun. Namun badannya yang terlalu lemah membuatkan dia jatuh kembali. Kali
ini dia bangkit dengan bantuan Syahmin.
"Kau tak okey ni, Qis. Jomlah aku hantar kau
balik."pelawa Syahmin.
"Naik apa?"
"Kereta Arman lah."laju dia membalas. Dia
mahu cepat. Semakin lama dia semakin risau dengan keadaan rakan baiknya begitu.
Mata sembam, muka pucat. Keadaannya sangat teruk.
"Atau kau nak ke U.K dulu? Jom, aku hantar.
Cepat."Syahmin terus menerus menonjolkan sikap prihatinnya terhadap
Balqis. Mereka berdua memang kawan baik satu kepala. Sejak dari semester dua
lagi. Balqis menggeleng laju.
"Aku boleh balik sendiri."ujar Balqis
menolak. Mana mungkin dia menumpang kereta lelaki bernama Arman itu. Mana
sanggup! Dia tidak tahan.
"Jangan degil! Tunggu sini, saya ambil
kereta."tiba-tiba suara Arman pula yang bergempa. Dia pantas meninggalkan
Syahmin dan Balqis. Laju dia berjalan menuju ke Medan Ilmu, tempat dia memakir
kereta. Mata Balqis terkedip-kedip. Syahmin membantu Balqis untuk duduk di atas
kerusi.
"Kau ni kenapa? Cuba bagitahu."soal
Syahmin. Balqis kelihatan tidak senang berada di situ. Seperti cacing
kepanasan.
"Aku nak balik, Syahmin.."jawabnya lemah.
"Aku boleh balik sendiri."pinta Balqis
dengan nada yang sebak. Syahmin menggelengkan kepalanya. Dia tahu sejak dua
menjak ini Balqis punya masalah. Tetapi tidak seperti kebiasaan, Balqis begitu
memendam perasaan tentang masalah yang dihadapinya kini.
"Kau tunggulah kejap. Kesian Arman, dia pergi
ambil kereta jauh-jauh. UiTM ni bukannya dekat."pujuk Syahmin lagi. Dia
merenung tepat ke dalam anak mata Balqis. Jelas terserlah seribu kesedihan yang
tersimpan. Entah apalah yang kau fikirkan ni Balqis Ayesya. Dia sendiri sudah
mula perasan, Balqis yang sekarang bukan Balqis yang dulu lagi. Balqis yang
dulunya selalu ketawa, tersenyum walaupun dilanda masalah sebesar ombak laut di
pantai. Tapi kini, dia lebih suka menyendiri. Kadangkala, menyepi. Sepatah
ditanya, sepatah jawapan yang diberi. Pernah juga dia ingin berlagak seperti
sediakala, tetapi bagi Syahmin tetap kekok. Nampak benar dia berpura-pura
melahirkan tawa, mengukirkan kuntuman senyuman.
Balqis masih lagi membisu. Dia menunduk. Dia tahu
niat baik rakan baiknya itu.
"Okey, Qis?"rayu Syahmin lagi. Balqis
akhirnya akur. Malas dia mahu bertekak lagi. Keadaan diri dia sangat lemah.
Daripada terus kena leter, lebih baik dia diam.
Kurang sepuluh minit selepas itu, bunyi hon sebuah
kereta Perdana memecahkan keheningan di tengah hari.
"Jom!"Syahmin menarik lengan baju Balqis.
Dia sudah tidak hiraukan kemarahan yang terpancar jelas di raut muka Balqis.
Dia cuma mahu mereka berdua cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta. Di dalam
keterpaksaan, Balqis akur dan hanya menurut.
**
No comments:
Post a Comment