BAB 1
Talifon bimbit berjenama samsung note II digapainya,
suis talifon bimbit dimatikan segera. Sesekali melihat dia tersenyum memandang
skrin paparan talifon bimbit miliknya. Adakala dia terlepas satu ketawa besar.
Seakan sesuatu yang lucu sedang dihadamnya satu persatu.
"Hoi! Tersengih-sengih dari tadi. Dengan Arman
la tu!"sinis nada Ayuni, roomate Balqis Ayesya sejak daripada semester
pertama lagi. Dia berpaling kearah Ayuni. Alamak! "Tak ada apa-apa lah.
Kau ni suka sangat buruk sangka. Ni haa, aku baca tweet-tweet dekat twitter ni.
Lawak kau tahu."selindung Balqis. Ada saja perkara yang mahu dia mengelak.
Ayuni sekadar mengiakan saja apa yang dinyatakan Balqis. Bukannya dia tidak
tahu perangai rakan sebiliknya yang seorang ini. Tidak lama kemudian, Ayuni
bangun menyiapkan diri. Dia mengenakan tudung berwarna coklat keemasan untuk
digayakan bersama baju putih bercorak kebungaan. Jam hampir menunjukkan pukul
sepuluh setengah.
"Ni kau kelas pukul berapa ni? Dua belas lagi
ke?"soal Ayuni lagi memandangkan Balqis masih terlantar di atas katil
mereput bersama-sama talifon bimbit miliknya. Balqis sekadar mengangguk.
"Aku pergi dululah, bye." Beg tangan dicapai lalu dia segera keluar
dari perut kamar bernombor 308.
**
PAAPPP!
Balqis tersentak. Dia tersedar dari lamunan. Ya
TUHAN. Dia beristighfar di dalam hati. Sejak kejadian itu berlaku, dia sering
mengelamun dan termenung seorang diri.
"Okay tak?"soal Ayuni. Balqis mengangguk
lemah. Dia menghadiahkan senyuman kelat.
"Hisy, tu la. Aku ni sia-sia je selama ni jadi
pendengar setia kau. Selama hari ni, kau okey je nak cerita apa-apa dekat aku.
Kali ni?"Ayuni sudah mula berleter. Kening Ziana Zainnya di angkat tinggi
sambil mengerling tajam ke arah Balqis. Dia tahu, ada perkara yang
disembunyikan Balqis tanpa pengetahuannya. Dia tidak mahu mendesak, kerana dia
yakin lambat laun Balqis akan cerita juga padanya. Dia masih menunggu. Namun
masih tiada khabar berita. Yang ada hanya sifat pasif yang tiba-tiba bertandang
dalam diri Balqis. Besar sangatkah masalah yang dihadapinya? Huh.. Tidak habis
fikir Ayuni dibuatnya.
"Ayu...."Panggil Balqis. Ayuni berpaling. Dia sangat berharap masa
yang ditunggu-tunggu itu adalah sekarang. Masa untuk Balqis menceritakan kejadian yang berlaku dua minggu lepas.
"Qis...? I'm
listening."jawab Ayuni teruja.
"I'm
sorry. Kalau kalau aku dah banyak sangat susahkan kau."kata Balqis
sedikit sebak. Ayuni tercenggang. Apa lagi la kali ni. Angin tak ada ribut pun
tak lalu, tiba-tiba mahu minta maaf!
"Qis... Apa kau ni? Aku suruh kau cerita, yang
kau mintak maaf ni kenapa?"rungut Ayuni panjang. Dia memegang kepala.
Terasa berat tiba-tiba. Balqis masih lagi mendiamkan diri. Dengan tidak
semena-mena air jernih membasahi pipi.
Nangis la pulak!
Ayuni buntu memikirkan apa yang sedang dialami Balqis.
Selalunya sesulit mana pun masalah yang dia ada, dia pasti akan menceritakan
kepada Ayuni. Tetapi kali ini, mulutnya bagaikan ada emas.
"Dah la Qis.. Stop menangis. Aku janji tak akan paksa kau lagi."rayu Ayuni.
Dia merangkul pinggang Balqis. Dengan tidak semena-mena kepala Balqis jatuh di
atas bahu Ayuni. Dibiarkan ruang dan
masa mengaburi segala yang berlaku. Mungkin dia benar-benar memerlukan
seseorang untuk menjadi penenangnya di kala begini. Petang itu berlalu dengan
hampa. Sama seperti hari-hari sebelumnya. Sejak Balqis menjadi seorang yang
pendiam. Tiada lagi hilai tawa bergempa di setiap sudut ruang kamar yang mereka
duduki itu.
**
"Sue, tolong saya!"pinta Balqis sambil
menghulurkan beg komputer riba. Setiap minggu begini. Setiap hari selasa rutinnya
padat. Pagi sibuk dengan kelas, petang dengan kokurikulum pula. Bukunya tak
cukup di tangan beg tangan juga dibanjiri buku tebal-tebal dan berat.
"Saya benci betul la hari selasa. Tengok lah!
"rungut Balqis seorang diri.
Ciksu menghulurkan kembali beg laptop miliknya.
"Thanks."ucap
Balqis.
"Alright!"balas
Ciksu tersenyum.
Mereka sama-sama masuk ke dalam perpustakaan. Mereka
memilih tempat biasa iaitu di bahagian Iqra' (BACALAH) pada bahagian belakang
sekali. Di situ ada suis. Senang bagi dia untuk mengecas laptopnya nanti. Belum
sempat dia dan Ciksu sampai di tempat duduk, langkah Balqis terhenti.
Pandangannya tertumpu kepada satu arah. Bibirnya diketap kuat. Mukanya
tiba-tiba pucat lesu.
"Qis..? Qis..?" Panggil Ciksu berulang
kali. Kenapa pula ni? Macam nampak hantu pula.
"Qis!" Ciksu cuba menggoncang perlahan
badan Balqis.
Tersentak.
"Ya?"soal Balqis tiba-tiba. Suhaila atau
lebih dikenali dengan nama Ciksu mengerutkan dahi. Mula merasa aneh. Sudahlah
empunya badan di hadapannya itu sudah dikenali memang berkelakuan aneh, kali
ini, bertambah-tambah aneh pula sikap yang ditonjolkan. "Awak okey ke?
Kenapa ni? Tengok siapa?"soal Ciksu tidak melepaskan peluang bertanya
soalan bertalu-talu. Balqis masih dalam keadaan kaget. Hanya gelenggan kecil
yang menjadi respon terhadap pertanyaan tersebut.
"Mari... Kita duduk."ajak Ciksu lagi.
Tangan Balqis cepat-cepat dia tarik. Dia tidak mahu terus mendesak. Banyak
perkara yang dibicarakan tentang Balqis oleh rakan-rakan lain sejak dua menjak
ini. Ada begini, ada begitu. Mujurlah dia orangnya tidak mudah terpengaruh. Dia
berkawan dengan sesiapa sahaja. Sebab itu Ciksu mempunyai banyak rakan.
Sesampai sahaja di meja, keadaan Balqis masih lemah.
"Awak okay tak, Qis?"soal Ciksu lagi.
Komputer riba sudah dia keluarkan. Balqis masih tidak memberi sebarang respon.
Cuma termenung.
"Atau awak nak balik?"Ciksu terus
bertanya. Risau juga dia jika keadaan Balqis terus menerus begini. Balqis
memandang Ciksu yang duduk berhadapan kerusi dengannya. Dia menggeleng.
"Tak payah lah.. Kita baru je sampai."ujar
Balqis tenang. Kali ini dia cuba mengawal emosi. Dia menarik nafas dalam-dalam.
Senyuman kecil terukir biarpun kelat.
"Saya okey."kata Balqis cuba meyakinkan
Ciksu. Kelihatan rakannya menarik nafas lega. Barulah lapang sedikit dadanya.
"Sampai mana slaid kita semalam? Meh saya
sambung."pinta Balqis. Dia pantas mendapatkan komputer riba miliknya.
Diselaknya satu buku laporan besar sehelai demi sehelai. Dia ingin melupakan
apa yang berlaku dengan melakukan sebarang bentuk kerja. Begitu juga jika di
bilik. Menyapu, buang sampah, mengemas meja belajar, semua itu dia lakukan demi
untuk melupakan apa yang telah berlaku. Perbincangan mereka menjadi kian
rancak. Hampir dua jam mereka berhempas pulas menyiapkan slaid perbentangan
yang akan berlangsung kurang dua minggu dari sekarang.
"Alhamdulillah.. Siap pun."ucap Balqis
tanda syukur. Kali ini senyumannya benar-benar dari pelusuk hati. Bukan
senyuman yang dibuat-buat. Terpancar jelas hasil kerja yang mereka usahakan
menjadi seperti apa yang dirancang. Memang dia mahu mendapat markah tinggi di
dalam assignment bagi subjek ini. Bukannya senang mahu skor semua untuk final.
Boleh mati katak dia dibuatnya!
"Nanti kita confirmkan balik dengan Ida dan
Sofi pasal report. Yang penting kita
punya task dah settle!"ia-ia Balqis memberitahu.
"Qis.."terdengar perlahan suara Ciksu.
Balqis mengangkat kening. "Ya?"jawabnya.
"Kenapa Su?"soal Balqis lagi. Perasaan
tanda tanya mula menerpa ke dasar hati.
"Tak ada lah.. Saya cuma nak make sure yang awak betul-betul okey.
Erm.. Awak tak nak bagitahu saya apa-apa? Mungkin saya boleh bantu
ke.."panjang lebar penjelasan Ciksu. Dia mahu mengorek rahsia rupanya.
Tercenggang juga Balqis mendengarnya. Setahu dia Ciksu ini orangnya bukan jenis
yang mengambil tahu. Tapi kali ini..
Mungkin dia benar-benar tidak mahu aku bersedih
macam tadi! Getus hatinya.
"Su.. Sorry
lah kalau saya ada buat awak takut atau terasa hati dengan saya. Saya okey je
sebenarnya. Awak takyah la risau..ek." Lesung pipit di pipi mula terbit
setelah Balqis menghadiahkan senyuman paling lebar dia sepanjang berada di
perpustakaan ini. Ciksu tergelak kecil. Macam ini baru Balqis yang dia kenal!
Tak lekang dengan senyuman, walaupun ditimpa masalah. "Takpe lah kalau
macam tu.."kata Ciksu tidak memaksa. Setakat itu sajalah perasaan ingin
tahu yang ada pada diri Ciksu. Dia bukan yang jenis benar-benar mahu mengambil
tahu. Bagi dia, cukup sekadar dia mengambil berat, selebihnya terpulang kepada
tuan badan mahu menceritakan atau sebaliknya. Balqis senang berkawan dengan
Ciksu. Dia bukan jenis yang memaksa.
No comments:
Post a Comment