Part 6#Cebisan Kasih

                                                                      BAB 7.

Kelas pertama dan terakhir mereka berakhir dengan penuh riuh rendah suara pelajar-pelajar semester tiga kelas Balqis. Masing-masing mahu melonjakkan pandangan masing-masing. Nada mereka seperti tidak berpuas hati.
“Ada ke patut..? Kan!”
“Tak patut.. Tak patut..”
“Serabutlah aku. Kacau je program orang petang ni.”
“Tu lah pasal. Menyesal aku..”
Begitulah antara dialog-dialog hebat kelas-kelas mereka. Balqis hanya diam. Malas mahu menyuarakan sebarang pandangan. Bukannya tidak sakit hati, sama sahaja seperti rakan-rakan yang lain. Malas dia mahu membahaskan isu yang sama. Lagipula silap satu kelas mereka juga. Siapa suruh tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof. Sebagai balasan, kerja mereka digandakan dua kali ganda dengan syarat mereka semua harus menghantarnya pada esok pagi. Jika tidak, semua carrymark mereka dipotong sebanyak lima markah. Soalan pula? Susah-susah belaka.
Jahanam.. Jahanam…
 Kata orang menyesal dahulu pendapatan, menyesal sekarang? Nasi pun sudah jadi bubur. Tak guna lagi mahu berbahas sekarang. Hari ini, pasti perpustakaan penuh dengan pelajar-pelajar dari kelas mereka sahaja.
“Sapa nak ikut I pergi makan?”soal Rina, sambil melambai-lambai tangannya dalam keadaannya berjalan di arah yang bertentangan untuk mendapat perhatian. Semua bersorak mahu makan terlebih dahulu. Alah, soalan apalah tu. Bukankah hari-hari lepas tamat kelas satu kelas mereka pergi makan bersama-sama? Balqis menggeleng kepala.
 HOORAY!
 Kelas mereka sememangnya unik. Tidak pernah berpecah. Seorang hilang, semua tercari-cari. Sekali dah duduk satu meja, kecoh sana-sini. Mudah sangat lupa diri.
“Qis pergi tandas kejap eh,”Balqis meminta diri.
“Okey, kita orang tunggu dekat Kara Café okay..”balas Najihah pula. Balqis sekadar mengangguk. “Nak saya teman?”Dira tiba-tiba mempelawakan diri.
“Tak apalah.. Awak pergilah dengan dia orang. Lagipun saya kejap je ni.”Balqis menolak lembut. Bukan dia sengaja mahu tolak. Cuma dia mahukan sedikit privacy. Dia juga bisa hidup sendiri. Antara prinsip hidup yang dia selalu pegang. Kat tempat orang kena pandai-pandai buat sendiri. Takkan lah nak ke tandas pun nak kena orang ikut? Fikirnya lagi. Dira hormat dengan keputusan yang dibuat. Cepat dia mengikut langkah teman-teman yang jauh meninggalkannya dibelakang.

**
Lama dia merenung wajahnya di cermin. Diamatinya satu persatu setiap kurniaan Allah kepadanya. Mata, hidung, mulut, sesekali dia mengusap perlahan raut wajahnya. Tiba-tiba bergenang air mata membasahi pipi. Tidak dinafikan, hatinya kian luluh. Sebak. Entah sampai bila harus dia rasa perasaan sebegini. ‘Kuatkan aku Ya Allah..’bisik hatinya sendiri. Peristiwa dua minggu lepas mula bermain di kotak fikiran. Masih melayang-layang bagaimana cara Arman memegang bahunya, lantas menyuruh dia untuk menutup mulut setelah apa yang telah berlaku dia antara mereka.
“Ingat tau! Jangan bagitahu siapa-siapa.”pinta Arman dengan nada yang lembut. Balqis mengangguk lemah. Keadaannya masih separuh sedar. Sekelip mata perkara itu berlaku. Dia langsung tidak menyangka bahawa antara dia dan Arman bisa terlanjur sebegitu rupa.
“Saya keluar dulu, awak keluar kemudian. Okey?”Pantas tindakannya menyelamatkan diri terlebih dahulu. Sekarang tinggal lah Balqis seorang diri di tandas lelaki. Nasib mereka berdua baik kerana hari itu ialah hari cuti. Tidak ramai pelajar yang lalu lalang di situ. Pantas Balqis mencapai talifon, sempat dia meninggalkan pesanan teks melalui whatsapp,:
“Line clear tak?”
“Clear.. Tak ada orang. Keluar cepat.”

Lamunan Balqis terhenti setelah beberapa budak perempuan mula menerpa masuk ke dalam. Menyedari dirinya bukan lagi seorang diri, cepat-cepat dia mengesat air matanya yang semakin berderai membasahi pipi. Pucat benar mukanya hari itu. Dia semakin tidak keruan. Puas  dia mencari cara untuk menutup pucat lesu di mukanya. Tas tangan puas juga dia punggah. Mencari gincu yang mungkin dapat menutupi cela di riak wajahnya pada masa itu. Namun hampa. Gincu tiada, bedak lagi deras lah tiada. Balqis bukan jenis perempuan yang suka bersolek. Jika ada event yang benar-benar memerlukan dia untuk bersolek sahaja dia akan mengenakan solekan. Itu pun jika terpaksa. Aduh! Dia tidak boleh menunjukkan muka dalam keadaan dia begini. Pasti mereka semua akan banyak tanya. Tambah-tambah si Adam, atau lebih dikenali dengan panggilan Along. Jika gelaran pun sudah dinamakan Along, sudah tentulah dia sangat-sangat prihatin tentang kebajikan kawan-kawannya. Masaklah dia jika si Along nampak!
Lama dia berfikir, akhirnya dia memutuskan untuk tidak turut serta untuk makan bersama-sama rakan sekelasnya yang lain. Daripada terkantoi, lebih baik dia tidak menampakkan diri. Dia keluar dari tandas dan terus pergi ke perpustakaan yang terletak tidak jauh dari banggunan blok B. Sepanjang perjalanan dia termenung, fikirannya berserabut. Macam-macam hal yang difikirkannya. Tidak lama selepas itu dia mengeluarkan talifon bimbit dari tas tangannya, dia menghantar sms kepada Dira. Dinyatakan beberapa sebab mengapa dia tidak dapat ikut serta makan bersama-sama. Harap-haraplah tak ada soalan pelik-pelik yang timbul. Dia hanya mengisi perut dengan beberapa jenis makanan ringan di luar hadapan perpustakaan itu. Lagipula seleranya langsung disekat disaat begini. Dia memberitahu ke dalam group kelas bahawa dia tunggu mereka semua di perpustakaan terlebih dahulu. Setelah itu, dia mematikan data. Sudah malas dia mahu membelek talifon. Lebih baik memulakan kerja yang bertimbun. Satu persatu helaian muka surat buku dihadapannya diselak. Nampak kusut diwajahnya. Mengapalah dia harus mengambil subjek akaun ini. Sudahlah lemah mengira, nak pula ada dua subjek mengira untuk semester ini. Pening juga kepalanya memikirkan. Dia kalau buat benda yang mengira seorang diri, bisa jadi gila. Manalah budak-budak ni.. Balqis mengeluh sendiri. Setengah jam kemudian datang beberapa orang rakan sekelasnya mengambil tempat duduk.
"Hai Qis..! Asal tak join kita orang?"sengaja Alisya bertanya soalan itu. Bukannya dia tidak baca alasan yang diberikan Balqis di dalam group kelas tadi.
"Sorry... Perut buat hal tadi."elak Balqis. Dia tersenyum kelat. "Dah tu sekarang okay tak?"tanya Alisya prihatin. Aduii... Ini baru Alisya, kalau yang lain datang ni apa lah agaknya jadi dengan aku? Satu-satu alasan aku nak bagi. Nak ulang jawapan yang sama. Fikir Balqis dalam hati. Dia memang sudah masak benar dengan sikap rakan-rakan sekelasnya ini. Semuanya kaya dengan sifat prihatin dan timbang rasa.
"Saya okey la awak-awak sekalian.."leret Balqis lagi. Tersenyum Alisya dan Illy.
"Mana yang lain?"soal Balqis lagi.
"On the way,"pantas Illy menjawab. Balqis mengangguk faham. Tidak lama kemudian, datang lagi beberapa rakannya yang lain. Haih.. Pergi sekali, baliknya separuh-separuh. Selalu sahaja begini.
"Hai you all..! Sorry kita orang lambat, biasala ada orang tu dia nak cucuk duit, lepas tu kan ATM beratur panjang sangat.. Kalah kereta api..Hurm, kesian kan dekat kita orang?"jelas Najihah panjang lebar. Beria-ia dia bercerita. Dia yang sememangnya mulut banyak selalu sahaja buat riuh di kalangan rakan-rakannya yang lain. Sudah lupa agaknya dimana dia berpijak sekarang. Tapi kata orang, mulut banyak, baik hati. Itulah Najihah! Mahu tergelak Balqis dibuatnya. Macam-macamlah!
"Tak apa lah sayang.. Duduklah. Jue? Duduk lah."pelawa Balqis lagi. Gelaran seperti sayang, comel, gorgeous, cantik, itu perkara biasa antara dia dan rakan-rakan yang lain. Kelihatan rakan-rakannya yang lain mengekori seorang demi seorang dari belakang Najihah. Tudia..Tentera group D sudah sampai.
"Hai, Qis."sapa Adam atau kadangkala dipanggil Along.
 "Hai.."Balqis buat-buat tidak layan.
"Cik kak okey ke ni..? Tiba-tiba buat drama tak nak makan lah, perut meragam lah buat hal lah itulah inilah...."Adam membebel.
"Shhh! Ni library la long! Diamlah."laju dia memotong. Faham sangat dia dengan perangai Adam yang terlebih prihatin dari yang lain. Adalah tu nak berleter. Macam nenek-nenek.
Uih.. Dah pandai menjawab dia sekarang. Bagitahu Daddy! Adam mengomel sendiri.
"Oi, sapa ajar melawan ni? Pandai dah sekarang..."sindir Adam lagi. Balqis menjeling tajam. Eii, suka hatilah! Masalah betul dia ni. Mujurlah kau ni along aku tau. Kalau tak....
"Memang pandai pun, terima kasih."Balqis sudah mula membuat perangai loyar buruknya. Bukan senang-senang dia nak beralah dengan si Adam yang dikatakan poyo ini. Sudah memang sikap Adam yang terlalu suka mengusik. Mulut dia pun boleh tahan. Mahu menang saja.
Tidak mahu membuang masa, cepat-cepat dia membuka soalan yang sudah membuat dia berjam-jam berfikir dari tadi.
"Jue.. Tahu tak macam mana ni?"soal Balqis kepada Julia. Julia mengerutkan dahi. Adui.. Apa benda punya soalan ni.
"Jue pun tak study apa pun lagi ni, Qis. Awak tanya Adam lah.. Sorry."jelas Julia. Balqis sudah dapat mengaggak. Untungla ni subjek kira-kira. Kau menang, Long! Dia tercari-cari si Adam. Mana dia ni? Tadi ada kat tepi ni saja. Cepat betul menghilang!
"Long! Along!"panggil Balqis. Hisy, pekak betul lah dia ni.
 "Along!"
Berkali juga dia panggil. Tidak tahu apa Adam pura-pura tidak dengar atau apa.
"Adam!"keluar nama penuh dia dipanggil oleh Balqis. Baru Adam menoleh. Dia membuat isyarat untuk tunggu sekejap.
Hmm..
 Ini yang malas ni, semua akan konker dia kalau untuk subjek akaun. Dia tahu Adam sedang mengajar rakan-rakannya yang lain. Manalah Dira ni.. Satu-satunya penyelamat dunia yang dia punya. Dia kembali mengambil talifon. Dia menerima pesanan ringkas daripada Dira yang menyatakan dia datang lambat. Ada hal katanya. Hmm.. Makin muncunglah Balqis. Tiba-tiba matanya terpandang akan Syahmin.
"Syahmin!"panggilnya sedikit berbisik. Syahmin memandang kearahnya. Segera dia ke tempat Balqis. "Dudukla.."pinta Balqis dalam keadaan mukanya yang masam.
"Awat hang ni?"soal Syahmin dengan loghat utara nya. Tak habis-habis lah. Dekat perpustakaan pun nak bawa juga ke emosi tu? Tinggal-tinggal lah dekat bilik kejap. Bukannya tak balik pun. Tidak berhenti dia bebel dalam hati.
"Syahmin. Kau tengok lah sini kejap."Balqis menunjuk kearah buku dihadapan mereka. Laa.. Patut la muka cantik sangat. Mudah stres betul lah makcik ni. Lama dia tenung buku itu. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
"Kau tahu ke tak ni..."tanya Balqis yang mula bosan. Menyampah juga dia dengan sikap Syahmin yang suka berlagak tahu. Buang masa betul lah. Perlahan Syahmin menggeleng. Dia tersengih seperti kerang busuk.
"Adam kan ada. Tanyalah dia. Aku pun tengah tunggu turn ni."selamba dia menjawab. Wah wah wah! Kalau macam ni baik dia pergi berdating dengan proffesor aje terus. Naik meradang juga Balqis menghadap subjek ni. Boleh dapat darah tinggi kalau hari-hari begini. Tidak lama kemudian, Syahmin memetik jari.
"Aku tau nak tanya sapa!"celahnya tiba-tiba. Keningnya terangkat sebelah. "Siapa?"soal Balqis.

"Kau tunggu sini."arah Syahmin. Dia segera meninggalkan tempat duduk mereka. Balqis mendengus lagi. Aduii. Akaun.. akaun.. Serabut betul lah aku dengan kau. Dia melihat sekeliling. Masing-masing sudah tidak tetap di satu tempat lagi. Ada yang di sana, disini. Yang paling menjadi tumpuan ialah di tempat duduk Adam. Kenapalah kau pandai sangat Adam? Apalah salahnya kalau kau sedekahkan sikit pandai kau tu kat aku ni? Tak ada la kau penat sorang-sorang.. Omel Balqis sendirian. Balqis menyambung ke soalan yang lain. Banyak soalan yang terpaksa dia langkau. Dia mencuba mana-mana soalan yang dia tahu. Yang tidak tahu, ditinggalnya terlebih dahulu.

Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

No comments:

Post a Comment

TAKE MY BANNER :)

KEEP IN TOUCH
 
Blog design by Fatin Hazwani. Copyright Peningpenings