BAB 4
"Assalamualaikum."ucap Balqis di muka pintu. Langkahnya diatur perlahan memasuki perut kamar.
"Waalaikumsalam.. Hai."sapa Ayuni. Balqis
buat muka tak endah dengan sapaan itu. Dia masih terlalu penat untuk berhadapan
dengan apa yang telah berlaku
"Syok dating?
Hehehe."usik Ayuni lagi. Wah wah! Bukan main dia bahan si Balqis. Budak
itu baru saja melangkah masuk, tidak sempat letak beg pun lagi.
"Apa kau merepek ni?"jerkah Balqis
tiba-tiba. Kasar benar bunyinya. Terkejut Ayuni dibuatnya. Marah betul. Salah
ke aku cakap ni? Tapi betul la tadi kan..dia..
Balqis mula menunjukkan reaksi tidak berpuas hati.
Mungkin bara di hati masih belum reda sepenuhnya, tiba-tiba saja dia dituduh
ber'dating' pula.
"Eh..Qis, eh.. relaks la. Asal ni nak
marah-marah?" Ayuni cuba menenangkan Balqis. Dia faham roomate dia ini kalau sudah marah, hantu
pun takut nak masuk dalam badan. Menyesal pula akan apa yang telah dia
lontarkan sebentar tadi. Mana tahu pertemuan tadi tu disebabkan bergaduh ke..
Tapi ingatkan dah selesai! Ayuni tidak habis membuat teka teki sendiri.
"Sekarang ni kau cakap terus-terang dengan aku!
Kau mengintip aku kan selama ni?"meluru bicara Balqis. Sungguh, marah dia
semasa di kedai makan tadi terpaksa dilepaskan kepada rakan sebiliknya sendiri.
Dia tidak tahan. Salah Ayuni sendiri, siapa suruh cari pasal, tidak kena
tempat!
"Eh apa kau ni..! Kau jangan nak
lebih-lebih..."
"Sapa yang lebih-lebih sekarang ni?"bicara
Ayuni terus-terusan di potong. Sakit hatinya semakin membuak-buak kali ini.
Kemarahannya semakin meluap-luap.
Manusia. Apabila dibiarkan nafsu jahat menguasai diri, mulalah syaitan yang
mengambil tempat, bermaharaja lela menjadi raja dalam diri.
"Kau jangan la salah faham..."
"Salah faham apa?”sekali lagi Balqis memotong
bicara Ayuni. Perang meletus.
“Kau sibuk
sangat nak tahu pasal hal aku sampaikan ke mana aku pergi semua kau nak ikut!
Dengan siapa aku keluar semua kau nak ambik tahu! Kan? Kau jujur je la,
Ayuni!"panjang lebar dia melepaskan geram. Kedengaran ada nada sebak di hujung
bicaranya. Nama Ayuni sengaja disebut penuh. Balqis benar-benar tidak dapat
mengawal emosi. Hari ini sahaja sudah banyak hal yang jadi. Mana mungkin dia
bertahan lagi. Ayuni terdiam.
Tunduk.
Perasaan menyesal mula menguasai diri. Ya Allah...
Bukan niatku mahu buat dia marah seperti ini. Selamatkanlah persahabatan kami..
Dia berdoa di dalam hati. Dia benar-benar khuatir sekiranya perkara remeh
seperti ini menjejaskan persahabatan antara dia dan Balqis.
"Maafkan aku, Qis.. Aku tak berniat nak
mengintai. Aku hanya ternampak kau dengan Arman masa nak keluar dari kedai
Akira tadi."jujur Ayuni. Nadanya sayu. Penuh dengan rasa bersalah. Balqis
melopong. Sedikit sebanyak dia sedar, tidak sepatutnya dia melepaskan geram
kepada orang lain. Kemarahan ini sepatutnya buat Arman! Bukan Ayuni. Dia
terduduk. Sama-sama terdiam dan terkaku. Tidak tahu mahu bagaimana untuk
diakhiri perbalahan yang tiba-tiba timbul di siang-siang begini. "Aku
mintak maaf."katanya sambil tertunduk.
Air jernih mula membasahi pipi...
Mukanya yang agak putih kini semakin merah. Begitu juga dengan Ayuni. Sudah
lama dia menahan sebak. Ayuni cepat-cepat keluar dari kamar itu. Dia segera
menuju ke tandas. Tidak sanggup mengalirkan airmata di hadapan Balqis. Sudah
itu memang sikapnya. Tidak akan sesekali mengeluarkan airmata di hadapan orang
lain. Balqis menutup muka dengan kedua tapak tangannya. Perasaan bersalah mula
menyelinap masuk di ruang hati. Ya Allah.. Apa yang aku dah buat ni? Kau ampunkan
lah dosa-dosaku.. Pohon Balqis dari ILLAHI.
**
"Kau dengan Balqis bergaduh ke?" Syahmin
sudah mula menyoal siasat. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Habuan
cukup-cukup makan. "Kenapa awak tanya macam tu pulak?"kini Arman pula
yang bermain soal menyoal. Arman yang memang dari dahulu sikapnya berlemah
lembut tidak kira baik lelaki mahupun perempuan sudah membuatkan Syahmin yang
agak kasar menjadi terbiasa. Boleh dikatakan hampir setiap seorang daripada
kawan mereka, Arman memanggil dengan panggilan 'saya' 'awak'. Mungkin kerana
dia datang dari negeri Pantai Timur. Satu-satunya teori yang mereka guna pakai
sehingga hari ini. Biarlah tak logik pun, asalkan ada juga, daripada tak ada? Pada
mulanya Syahmin yang datangnya dari Utara memanglah sukar dengan perilaku
sebegitu. Saya awak? Eii. Dengan perempuan pun dia ber 'aku' 'kau' kalau di
kampus Kelantan ini. Kalau di negeri sendiri? 'Aku' 'Hang' la jadinya. Tapi
lama kelamaan dia sudah terbiasa dengan panggilan itu. Hanya untuk Arman
seorang.
"Aku tengok dia macam ada masalah besar la. Dia
gaduh dengan kau la tu kan? Ala ngaku je.."sindir Syahmin terus menerus.
Mana dia fikir lagi soal betul atau tidak. Memang begitu sikapnya. Yang
sebenarnya dia bukannya terlalu mahu mengambil tahu, tetapi disebabkan Balqis
adalah sahabatnya, terpaksa jugalah dia korek-mengorek mencari tahu serba
sedikit.
"Biasalah, Syahmin.. Salah faham sikit."
Jawab Arman tenang. Memang dia seorang yang tidak melalut dan sangat selamba.
Membuatkan orang sekelilingnya kurang untuk mengesyaki apa-apa.
"Kau dengan Balqis ada apa-apa eh...?"
Makin menjadi-jadi pula si Syahmin ini pabila sudah dilayan. Dah sejak bila
jadi 'matchmaker' pulak?
"Astaghfirullahaladzim.. Jauh sangat awak
menyimpang tu Syahmin..."Arman cuba menidakkan. HAHAHAHA. Nak tergelak
Syahmin melihat reaksi terkejut Arman. Yelah.. Mana mungkin seorang Dai' dan
Imam Muda UiTM Kelantan nak main 'couple-couple'
dengan anak dara orang. Tak pasal-pasal hari ini dia kena ceramah free pula karang. "Apa yang awak
tersengih-sengih tu? Syahmin.. Awak tahu kan saya ni tak suka bercinta. Saya
lebih suka berkawan.. Bercinta tu kan bukan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Cukup-cukuplah dosa saya yang dulu-dulu. Sama-samalah kita berubah ikut sunnah
nabi. Ya.?"panjang lebar ceramah dari Yang Berbahagia Ustaz Haji Zul Arman
bin Zul Ariffin ini. Itulah gelaran yang paling sesuai digambarkan bagi
perwatakan si Arman. Syahmin menepuk dahi. Aku dah agak dah.. Mesti free-free punya aku kena ceramah ni...
Adoii.
"Baiklah Yang berbahagia, Dai'e Arman! Beta
menurut perintah!"jawab Syahmin kembali dengan sikap loyar buruknya. Siap
mengangkat tabik lagi. Kalah tentera askar yang tak balik berhari-hari! Arman sekadar
menggeleng. Sudah terbiasa dengan gelaran yang selalu diberikan oleh rakan
sebiliknya sendiri.
BAB 5
Usai solat maghrib berjemaah, Syahmin membentangkan
tikar. Seperti biasa malam-malam begini mereka berempat, Syahmin, Arman, Shakir
dan Ilyas akan sama-sama membuka menu untuk malam hari. Malam ini giliran Arman
pula untuk menentukan resepi roti bakar yang baru. Sesuai dengan keadaan roti
yang hanya tinggal beberapa keping sahaja lagi. Setelah itu, bolehlah mereka
makan di kafe semula. Ini satu-satunya idea si Shakir untuk berjimat cermat
sepanjang berada di kampus. Al-maklum, duit PTPTN sudah kering. Sedar tak sedar
mereka sudah pun berada di hujung semester.
"So... Apa resepi hari ni? Imam Muda Arman
silakan beri penerangan sedikit demi sedikit dengan bahan yang anda beli
kelmarin."sempat lagi Shakir menyakat. Arman hanya tersenyum lebar.
Tenang... Ini Arman.. Ada Arman, semua jadi!
"Kejap saya ambik barang semalam saya
beli."Arman meminta diri. Dia bingkas bangun. Mencari sesuatu di dalam
peti. Dalam langkah untuk kembali bersama rakan-rakannya, dia menggaru kepala.
Huh.. Banyak benda rupanya yang terlupa nak beli. Tak apalah, bawa je yang mana
ada! Getus hatinya.
"Apa je yang ada?"soal Ilyas kemudiannya.
"Ha'ah.. Ada apa je ni?" Syahmin
mengajukan soalan yang sama.
"Err... Sebenarnya.. Banyak jugak barang yang
saya terlupa nak beli. Biasalah rushing.. Tapi... Tak apa... Tak jadi
masalah....sebab..."
"Kita boleh je create resepi baru untuk malam ni.."sambung Arman lagi.
Bicaranya sedikit gagap. Ketiga-tiga ‘roomate’ nya melopong seketika. Menu apa
agaknya yang bakal masuk di dalam kerongkong mereka malam ini? Masing-masing
teruja, dalam masa yang sama takut juga. Takut resepi tersebut jadi yang
pelik-pelik. Tapi, kalau pelik pun mereka bantal juga. Biasalah, lelaki!
"Ye la Arman, tak kisahlah! Tapi apa je yang
ada kat tangan awak tu?" Soal Ilyas pula. Betul tu, dua benda je dekat
tangan si Arman ini. Alih-alih makan roti dengan susu saja. Kencing manis lagi
la jawabnya malam ini. Mengulangi resepi yang kelmarinnya di gubah oleh Syahmin
yang kurang menjadi.
"Apa kata kita cuba campurkan Ribena dengan
Susu? Jadi Ribena susu. Kita bakar dulu roti macam biasa. Haa, cepatlah. Ilyas
pembakar kat tepi awak tu. Cepat-cepat. Lapar kan semua?"bukan main
bersemangat Arman mahu memulakan resepi barunya. Ribena susu? Bunyi menarik!
Belum cuba, belum tahu! Rancangan mereka bermenukan roti bakar berkayakan
ribena susu pun berjaya dibuat. Masing-masing menjamah dengan penuh berselera.
"Macam mana semua?"tanya Arman sambil
tersenyum nakal. Mahu orang puji resepi baru dia lah tu. Apa lagi?
"Boleh tahan, man.. Macam ni!"sahut Syahmin
sambil menunjukkan ibu jari seperti di dalam simbol KFC.
"Sedap jugak!"
"Bestla.. Hari-hari buat pun tak apa!"
Masing-masing memberikan respon positif.
Alhamdulillah. Syukur, walaupun lain yang di rancang, lain yang jadi. Tetapi
sekurang-kurangnya jadi juga benda untuk mereka berempat makan. Malam itu
dialah legend segala benda. Untung badan. Selalu bernasib baik.
**
Balqis menyemak beberapa nota yang di’highlight’kan dengan warna pink itu
berkali-kali. Sesekali dia mengumpulkan semula kesemua nota yang telah
bercampur mengikut setiap subjek. Lama dia berada di meja tulis itu, namun tak
banyak benda yang dia mampu siapkan kecuali menyemak nota. Entahlah. Dia sedar,
badannya sahaja yang melekat di meja tulis tetapi fikirannya jauh melayang ke
tempat lain. Sesekali terdengar dia mengeluh kecil. Adakala termenung, adakala
mengelamun. Beberapa minit kemudian dia memandang Ayuni yang sedang enak dibuai
mimpi. Perasaan bersalahnya masih kuat melonjak-lonjak biarpun dia berkali-kali
memohon maaf. Dia bernasib baik kerana Ayuni bukan jenis yang suka merajuk
panjang. Sepanjang perkenalan mereka Ayuni tidak pernah merajuk dan meminta
yang aneh-aneh. Paling kurang pun lima minit sahaja rajuknya kekal. Ayuni mudah
mengingati dan mudah juga untuk melupai. Nasib aku baik! Hati kecilnya
bersuara.
"Pukul berapa ni?"soal Ayuni tiba-tiba.
Keluar suara kecilnya yang baru lepas bangun tidur. Eh, mengigau ke apa ni?
"Kau ngigau eh?"tanya Balqis pula.
"Mana ada..."Ayuni menafikan. Lalu dia
cepat-cepat beralih memandang skrin paparan talifon.
"5.30."jawabnya. Ayuni bingkas bangun. Eii
mengantuknya. Ni yang benci nangis banyak-banyak. Dia memandang diri di cermin.
Dibeleknya muka, mata, hidung satu persatu yang ada di mukanya. Teruk sangat
tak? Urmm. Balqis hanya mampu tersenyum kecil.
"Kau tetap comel la, Ayu.."puji Balqis
ikhlas. Ayuni membuat muka geli geleman.
"Kau tengok mata aku ni. Hitam! Comel apa ke bendanya."rungut Ayuni lagi. Pecah tawa Balqis mendengarnya. Bukan main lagi apabila dibangkitkan soal kecantikkan dekat muka dia ni. Dia memang tahu, Ayuni ini kalau satu jerawat yang tumbuh dekat muka, habis la dia punya leteran. Satu kolej kediaman ni boleh pekak telinga. Bukannya Balqis tidak tahu. Tambah-tambah di musim peperiksaan pula, makin stres makin banyak lah askar-askar tentera itu menapak di atas muka.
"Kau tengok mata aku ni. Hitam! Comel apa ke bendanya."rungut Ayuni lagi. Pecah tawa Balqis mendengarnya. Bukan main lagi apabila dibangkitkan soal kecantikkan dekat muka dia ni. Dia memang tahu, Ayuni ini kalau satu jerawat yang tumbuh dekat muka, habis la dia punya leteran. Satu kolej kediaman ni boleh pekak telinga. Bukannya Balqis tidak tahu. Tambah-tambah di musim peperiksaan pula, makin stres makin banyak lah askar-askar tentera itu menapak di atas muka.
"Comel la tu..! Jadi mata panda. Boleh geng
dengan aku. Hahahaha."tidak habis-habis Balqis menyakat roomatenya. Makin
cemberutlah muka Ayuni. Nak sama-samakan dengan mata panda pulak! Hisy! Budak
ni. Suka over tau. Apa lagi, pantas
tangan Ayu hinggap di merata-rata badan Balqis menggeleteknya. Mereka sama-sama
tergelak besar. Sudah lama rasanya Balqis tak segembira ini. Alhamdulillah.
Sekurang-kurangnya dapat juga Ayuni menyaksikan perkara ini berlaku. Di depan
matanya. Persahabatan mereka kian erat.
No comments:
Post a Comment