BAB 10
Seperti kebiasaan, rutin hari-hari yang
dilakukan oleh para mahasiswa sebelum pensyarah tiba ialah ber ‘selfie’,
bersms, tidak kurang juga yang bergosip kalah mak jemah. Masing-masing khayal dengan dunia mereka sendiri. Termasuklah
Balqis. Kerjanya tidak lain tidak bukan hanya termenung..Termenung dan
termenung.. Lama mana dia bertahan? Lama mana pensyarah masih belum tiba. Dalam
tempoh masa itulah dia tidak menghiraukan sekeliling, melayan perasaannya yang
entah bila mahu habis. Adakala dia terdengar satu ketawa besar di kalangan
rakan-rakan mereka.
Terkejut.
'Bahagianya hidup.' Bisiknya sendiri. Bukan
niat dia mahu cemburu dengan kehidupan rakan-rakannya yang lain, cuma bak kata
orang tu, seronok berpada-pada. Karang adalah yang nak menangis tu. Telaah Balqis
satu persatu pe'el rakan-rakan sekelasnya. Selalunya begitulah, masuk kelas
huuhaa sana-sini dah habis kelas nanti ada sahaja yang menangis lah, itulah
inilah. Diulangnya satu persatu hal yang selalunya terjadi di dalam kelas.
Drama banyak betul duduk kelas ni! Kalah masa zaman tadika dulu! Fikirnya.
“Hai, Qis!”sapa Mimi dan Dira yang baru
sampai. Tergesa-gesa sahaja lagak mereka. Lewat mereka datang hari itu. Ada hal
barangkali.
“Kita orang ingat kita orang dah lambat! Huh!”keluh Mimi. Diikuti Dira yang duduk di sebelahnya. “Punyalah kami rushing nak datang sini. Naik tangga lagi. Penatnya!”tambah Dira pula. Aloloh.. Comelnya melihat kedua gadis kecil molek ini mengomel. Balqis tersenyum kecil. “Hui! Apa ni senyum sorang-sorang?”usik Dira yang mula menyedari Balqis yang tiba-tiba tersengih seorang diri. Tangan Dira menguis lembut pipi kiri Balqis. Eh eh!
“Kita orang ingat kita orang dah lambat! Huh!”keluh Mimi. Diikuti Dira yang duduk di sebelahnya. “Punyalah kami rushing nak datang sini. Naik tangga lagi. Penatnya!”tambah Dira pula. Aloloh.. Comelnya melihat kedua gadis kecil molek ini mengomel. Balqis tersenyum kecil. “Hui! Apa ni senyum sorang-sorang?”usik Dira yang mula menyedari Balqis yang tiba-tiba tersengih seorang diri. Tangan Dira menguis lembut pipi kiri Balqis. Eh eh!
“Mestilah I senyum.. Sebab You orang
berdua ni comel sangat. Tambah-tambah bila marah. Heeee.”balas Balqis sambil
tersengih lagi. Pulak..Macam-macamlah si Balqis ini. Ada sahaja yang hendak
dipujinya. Tidak dapat puji waktu mereka tersenyum, semasa tengah marah pun
jadilah..
“You ni suka tau.. Perli-perli kita.” Di
dalam malu, ada nada rajuk yang sengaja dibuat-buat oleh si Dira. Ewah! orang
puji ikhlas, dituduh perli pula.”Mana ada I perli lah baby.. I ikhlas
tau.”bersungguh-sungguh Balqis memuji. Ada apa-apa ke ni? Sudah mulalah pabila
perangai masing-masing mahu memuji itu ini, lusa pun belum tentu habis.
“Qis pun comel juga. Hehehe..”tambah
Mimi pula. Suaranya yang halus itu dapat menambat hati sesiapa sahaja. Alahai
Sizuka aku ni.. Cair hati aku ni tau. Untung siapa boyfriend dia. Dengar suara
saja dah dapat menenangkan hati jiwa raga. Ini baru suara biasa ni. Belum lagi
dia membuat suara manja. Agaknya kalau dengan boyfriend dia macam manalah agaknya ya.. Di dalam
termenung-termenung si Balqis ini sempat lagi fikirannya menerawang mentafsir
personaliti diri setiap seorang rakan-rakannya.
“Comel la suara Mimi ni…”tiba-tiba
muncul ayat itu. Habis merah muka Mimi yang putih dan licin seperti telur itu. Ada-ada
je Balqis ni..Huk.
Kurang lima minit kemudian pensyarah pun
tiba. Pensyarah yang diberi nama Madam Effa itu memohon maaf kerana terpaksa masuk
lewat. Ada hal kecemasan katanya.
“Sokey Madam..Lagipun Madam nampak cute
lah harini Madam..Hehehe..”kata Najihah. Ada tawa di hujung bicara.nya. Hai nak
membodek ke.. Ahli kelas mereka yang tersangat sporting itu sedikit sebanyak menaikkan semangat
belajar bersama-sama satu kelas. Semua pensyarah dipuji mereka. Kalau boleh
semua pensyarah mahu mereka sakat. Ada kalanya class rep mereka sendiri
terpaksa mencari jalan lain untuk menenangkan sesuatu situasi di dalam kelas
mereka. Aktif sungguh! Mulut satu persatu daripada mereka kalah pasar pagi yang
ada dekat Machang!
“ANAKNDA-ANAKNDA DADDY SEKALIAN, MOHON ANAK-ANAK SEMUA BEHAVE YA.
NI BUKAN KELAS TUTORIAL, NI KELAS CAMPUR
TAU ANAK-ANAK………..”
Hampir tersembur Balqis membaca amaran
kecil-kecil cili padi yang dikeluarkan oleh si Hisyam, class rep yang juga
bertindak sebagai ‘Daddy’ dalam kelas mereka. Sudahlah dia tengah minum. Daddy
ni.. Suka sangat buat benda di luar jangkaan. Tidak lama kemudian suasana sunyi
seketika dik kerana masing-masing sibuk menelaah talifon bimbit. Mungkin tengah
sibuk membaca arahan yang diberikan. Namun tidak lama, baru sahaja Madam Effa
meminta diri menjawab panggilan talifon, deraian ketawa akhirnya dilepaskan
oleh sekumpulan pelajar di hadapan. YA ALLAH! Suara yang paling kuat didengari
ialah si Najihah itulah. Dia kalau ketawa, tidak ingat dunia!
“Daddy buat kelakarlah! HAHAHAHA!”celah
Najihah sambil tergelak besar. Mereka yang masih menahan tawa akhirnya terburai
gelak bersama. Balqis juga akhirnya tewas. Dia turut ketawa terbahak-bahak.
Mana tahan beb! Apala nasib, daftar kelas ni macam-macam ragam yang timbul.
Tetapi sedikiit sebanyak dapatlah mengisi ruang kosong di dalam hati. Hilang sedikit
stres dia. Masing-masing memandang Hisyam. Aduh! Mujurlah Hisyam cuma bertubuh
kecil sahaja, cepat-cepat dia menutup mukanya dengan buku. Malunya! Ish
budak-budak ni! Orang suruh diam, lagi buat bising pula. Hilai tawa mereka
mendapat perhatian daripada Madam Effa.
“Apa
hal dengan kau orang semua ni? Kau orang buli Hisyam ya?”sampuk Madam Effa
tiba-tiba. Pulak dah.. Ada gaya Madam ni nak masuk join sekaki.. Hisyam menepuk
dahi. Aduii.. Apa ni…. Masak juga dia hari itu, tidak cukup dikenakan oleh
anak-anak buah, dengan pensyarah pun kena sekali. Nasib kau la Labu!
No comments:
Post a Comment