Part 3#Cebisan Kasih

                                                                       BAB 3

Di dalam kereta masing-masing diam. Hinggalah Arman membuat pusingan belok ke arah bertentangan dengan kolej kediaman Balqis Ayesya. "Eh? Nak kemana ni, Arman?"soal Syahmin sedikit sebanyak melegakan hati Balqis. Dia juga ingin bertanyakan soalan yang sama.
"Dah tengah hari, kita pergi makan dululah. Awak pun mesti tak makan lagi, kan Balqis?"soal Arman tiba-tiba. Balqis tersentak.
Makan?
Arman memandangnya dari cermin pandang belakang. Dahi Balqis berkerut. Jari jemari dimainnya sendiri. Bagaimana dia bisa tahu? Rancangan dia dan Ciksu tadi punah selepas Ciksu mendapat panggilan kecemasan untuk ke bilik Miss Aina, salah seorang pensyarah mereka. Ada urusan yang melibatkan persatuan yang masih belum beres antara dia dan para pensyarah. Jadi, sehingga sekarang memang dia masih belum menjamah apa-apa.
"Okey jugak tu. Kita makan dulu la, Qis.."sokong Syahmin pula. Dia juga masih belum makan.
"Eh, ke kau nak pergi Unit Kesihatan dulu?"tambah Syahmin lagi. Baru dia ingat akan janjinya ingin membawa Balqis ke U.K terlebih dahulu.
"U.K?"soal Arman sedikit kaget.
"Tak! Tak payah. Aku okey,"balas Balqis pantas.
"Betul ni?"soal Syahmin lagi bagi mendapatkan kepastian. Tidak mahulah jika terjadi apa-apa kepada Balqis ini, nanti apa dia mahu jawab dekat rakan sebiliknya. Habis naya dia dibuatnya. Balqis mengangguk pantas.
**

Selesai memesan makanan, masing-masing mula membisukan diri. Hanya Syahmin dan Arman yang banyak bercakap. Balqis Ayesya seakan tidak wujud. Diam menyepi. "Kenapa diam je ni? Pasal trip family kelas kita nak ke Tok Bali tu, jadi tak?"Syahmin memulakan bicara. Sengaja dia mengalihkan topik perbualan. Hari keluarga kelas mereka sudah hampir. Dan sehingga sekarang Balqis masih belum memberi jawapan untuk sama-sama menyertai ataupun tidak.
"Jadi kot."sepatah yang dia jawab.
"Hmm,.. Tak apalah. Eh, aku nak ke sana jap, nak pergi usyar mee celop. Kejap eh," Syahmin meninggalkan tempat duduk mereka. Kini hanya tinggal dia dan Arman. Kedudukan mereka betul-betul bertentangan antara satu sama lain. Perasaan Balqis bercampur baur. Benci, nak marah, semuanya ada! Serba tidak kena dia jadinya. Dia sekadar tunduk.
"Awak nak pergi U.K buat apa tadi?"soal Arman memulakan bicara. Sengaja ditenungnya seraut wajah gadis yang ada betul-betul dihadapannya menyebabkan gadis itu tidak selesa. Dia mula berasa rimas. Renungan itu!
Ya! Renungan yang penuh dengan kepalsuan! Sampai mati aku tidak akan mempercayainya lagi!
"Awak... Saya bercakap dengan awak ni."tanya Arman lagi dengan nada yang sangat lembut. Sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti cair. Untunglah! Allah kurniakan kau suara yang lembut macam ni! Tapi maaf, bukan untuk kau tarik perhatian aku lagi.
"Tak ada apa. Nak check saja." Jawabnya acuh tidak acuh. "Check?"nada Arman kini sedikit tinggi. Tetapi masih mengekalkan kelembutan suara dia di hadapan perempuan. Bagi dia, adalah sangat dayus bagi lelaki yang meninggikan suara di hadapan perempuan. "Check apa?"sambungnya lagi. Mata Balqis serta merta membulat besar. Terkejut dia tatkala di soal sebegitu.
Ya Allah...kuatkan hatiku.
Di dalam diam, dia memohon kekuatan illahi. Jauh dari sudut hati ingin sahaja dia menangis. Mengapalah sekarang aku berada di hadapan lelaki ini? Apa sebenarnya yang aku dah buat?
Belum sempat perbualan mereka ditamatkan, Syahmin sudah datang dengan membawa semangkuk mee celop lalu diletakkan diatas meja. Berasap-asap mangkuk yang dipegang.
"Tak panas ke?"soal Arman. Soalan apakah itu? Apalah, mestilah panas. Tak kan mee celop ni baru dikeluarkan dari peti sejuk pula.
"Mestila..."balas Syahmin bersahaja. Kadangkala, teman sebilik dia ini tidak kurang bendulnya. Malahan lebih bendul dari dia. Bak kata semua kawan-kawan, semua teman sebilik dia punyai watak yang lebih kurang sama sahaja. Bendul! Eloklah! Satu kepala.
"Haa, sambungla borak. Asal diam. Hadoi. "Rungut Syahmin pula. Tadi bukan main bersembang, ada dia dah sepi balik. "Awak marah saya lagi?"tiba-tiba terpacul soalan begitu dari mulut Arman. Balqis pantas mengerling kearah Syahmin. Pandangannya tidak dihiraukan Syahmin yang sudah mula menjamah mee celop di hadapannya. Nasib baik!
Bodoh!
Soalan apa yang kau tanya ni? Isu apa yang cuba kau bangkitkan sekarang ni? Tidak sedarkah disini ada siapa? Roomate kau, kawan baik aku sendiri! Tidak kurang Balqis menyumpah di dalam hati. Aneh. Dia masih boleh berlagak normal. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Sedang Balqis hampir kehilangan personaliti dirinya sendiri.
"Soalan apa awak tanya ni?"pertanyaan Arman dibalas pertanyaan. Kali ini nadanya sedikit perlahan tetapi bunyinya jelas sekali keras. Arman tetap membuat muka selamba.
Lelaki memang beginikah? Ahh! Tak faham aku!
"Takpe-takpe, kita makan dulu. Okay?"pinta Arman lembut sebaik sahaja pembantu gerai makan yang ada disitu meletakkan talam dan menghidangkan hidangan yang telah mereka pesan tadi. Balqis sedikit lega. Sekurang-kurangnya dia tidak gabra seperti tadi. Engkau ni Balqis, cepat sangat gabra. Tenang.. Rileks.. Kita ikut rentak dia.. Balqis cuba menenangkan hati.
"Lepas ni kau memang takde perancangan pergi mana-mana ke?"celah Syahmin tiba-tiba. Balqis sekadar menggeleng. Syahmin akur dengan jawapan itu. Puas dia cuba mencipta satu topik khas buat mereka bertiga membuka suara. Tetapi masing-masing diam. Dia mula curiga, Arman dengan Balqis sedang berperang. Eh eh, ganas betul bunyi. Huh. Perang! Kau ader?
Terima kasih sebab sudi baca. Jangan lupa baca entry lain?

No comments:

Post a Comment

TAKE MY BANNER :)

KEEP IN TOUCH
 
Blog design by Fatin Hazwani. Copyright Peningpenings